miss him so much..allahyarham zamzuri muhamad


Salam semua..
zoey nk berkongsi kenangan zoey bersama arwah abg zoey.
Serius ckp,time taip benda ni semua zoey nangis.
Zoey tulis ni sbb ngah solat td zoey tetiba rindukan dia.

Dlm family dia yg plg garang dan pns baran.
Tapi dgn zoey kami mmg rapat.
Slalu berkgsi cerita even zoey g cari keja pun pergi dgn dia.

Dia suka main gitar dan lagu kegemaran dia ialah cinta pantai merdeka 
Dan lagu dari kumpulan xpdc(zoey lupa tajuknye) hehehe..
Dia juga ska main bola sepak.
Dulu zoey ckp kat dia yg zoey trigin nk blajar main drum,
tp dia kata kalau dia ada duit nnti,dia nk hantar zoey g kelas piano hehe..
Tp hajat tu x kesampaian..

Kwn2 zoey slalu ckp abg zoey yg tu hensem dan macho.
Ramai peminat tu tau..hehe..
Kwn dia yg plg rapat mgkin ramai 
tp 1 atau 2 taun dkt2 nk meninggal tu dia rapat dgn sorang kwn yg dipggil a'coy.
Rapat sgguh la sampaikan time dia skt,
dia nk a'coy tlgkn blikan barli dn bkn org lain 
sbb dia nk suh mak buat air untuk dia minum
(time tu dia ssh kencing,tanda2 awal tu..).

Dekat2 nak meninggal tu dia pergi keje.
Ikut abg sulung bwk lori (out station).
Blk umah dia cerita kt zoey yg depa jumpa antu tp dia yg nampak real2.
Dia nih brani tp time cerita tu dia nampak lain mcm..suara pun ada getar2.

Pastu dia demam teruk.
Mula2 sakit pala sgt2..
Pastu muka dia pucat gila..pucat sgt2 sampai zoey jd pelik.
X lama pastu dia mula jd truk..
X leh bagun walaupun gerak sket sbb dia rasa sakit.
Dia muntah2,x leh kencing n buang air bsr.
Dia mcm ilang ingatan..dia ckp merapu.
Benda yg terjd time kck2 dulu dia ingat tp benda yg skarang2 dia cam lupa trus.
Cuma kalau disuruh mengucap dia msh ingat.

Mlm2 mak dgn bapak tdo apitkan dia.
Tgh2 mlm dia slalu azan kuat2 tau..sampai 1 umah terjaga.
Time tu zoey ssh ati gila.
Dok umah rasa nk g keja sbb x sggup tgk dia skt dn ckp merapu.
Dok kt tmpat keja lak rasa x tenteram sbb ingat dia dgn mak kt umah.

Bwk g hospital doct bg ubt dmm then suh bwk blk umah.
Tp pas keadaan dia makin teruk,
Bwk g hospital blk.
Pas buat semua pemeriksaan,doct dapati dalam otak n darah dia ada kuman.
Depa nk suntik ubt keesokkannya.
Mlm tu abg yg sorang gi dgn abg ipar temankan dia sambil baca yassin.
Dia dh leh tutup mata n tido dgn tenang.
X mcm slalu,dia x leh ttup mata..
Mata keras ja..x berkelip pun..
Sian dia..

Kul 5 pg,abg sorg  gi x henti2 call zoey tp zoey x sedar.
Pastu dia call org lain lak.
Rupanya abg dah nazak.
Ubat yg depa bg pun x leh masuk bdn dia dah.
Doct suh pggil mak n bapak.
Pas depa p,
Dlm waktu subuh camtu dpt pggilan yg abg dah x de..
9 hari dia sakit,akhirnya dia pergi jua
pada tarikh 24.12.2005
pada waktu subuh(time dia dilahirkan juga)
pada usia 25 tahun dan sempat sambut bday pada 25.6.2005.

Pas dia pergi baru kami semua sedar perubahan yg dia tunjukkan.
Dkt2 nk meninggal,dia kene mrh dgn bapak.
Slalu dia panas baran tp hari tu dia relaks aje..siap leh gurau2 dgn zoey.

Dia ska pakai kain pelikat..
Time tu rasa pelik sbb dia ska pakai suar pendek,
tetiba ja rajin pakai kain pelikat.
Dia slalu mai sembang dgn zoey n lala kt dlm bilik sampai mak rasa pelik..
ye la x penah pun  lepak2 dlm bilik kitaorg yg perempuan ja ni.

Abg yg sorang gi lak ckp,dia penah tanya arwah,
cantik x pc yg dia baru cat tu..
Arwah jwb x nampak ape pun..
Kata nenek tu antara tanda dia sbb bila kita dah nk meninggal,
mana2 deria kita pun akan kurang atau ilang..wallahualam.

Selain tu dia jugak ckp nk potong rambut dia,
Tapi bila dia pakai lawa2 nk kuar pi potong,mesti x jd.
Dia mcm x mau kuar umah tau..
Plg jauh kuar pun time tu,cuma duduk depan pintu umah.

Waktu dpt pggilan yg dia dah meninggal,
Hati zoey rasa 'lega' sbb penderitaan dan kesakitan dia bagaikan dah berakhir.
Hari tu zoey x menangis pun.
Zoey leh seyum2 lg..
Mgkin x berperasaan kot time tu..atau mgkin juga sbb zoey redha dgn pemergiannya.

Walau apa pun.
Zoey sentiasa rindukan dia dan x lupa sedekahkan al-fatihah untuk dia.
Kenangan dgn dia x kan zoey lupa.
Rajin main game sama2,mkn sama2..
Oh,dia ska suh zoey goreng telur dadar untuk dia
sbb dia kata zoey buat sdp..hehe..
Permintaan dia yg terakhir tp xdpt zoey tunaikan ialah
nak mkn spagetti mcm yg ex-gf dia masak.
Mgkin bkn rezeki dia kot.

Kdg2 zoey mimpikan dia.
Terutama time mula2 dia meniggal.
dia dtg,senyum,rambutnya pendek mcm yg dia nk,
pakai baju yg zoey plg suka tp dia hanya mendiamkan diri.
hmmm...=)

X pe lah..zoey sebagai adik,
Akn salau doakan dia dari jauh.
Semoga rohnya dicucuri rahmat,dosanya diampunkan 
dan dia dimasukkan ke dlm syurga..insyaallah..
Aminn..




3 comments:

Mrs. dEe emma said...

hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm :'(
rindu kt dia................
sumpah sedeh giler :(

zoey zau yah muhamad said...

aku lagi laaa....=(

mamaairis said...

dis pon sahabat baik saya waktu saya terlalu kesedihan dulu.....tak sangka orang baik yang selalu buat saya gembira telah di jemput ilahi...dia pernah pujuk hati saya satu masa dulu....katanya.."jodoh, ajal, maut..di tangan tuhan...kita sebagai hamba hanya Berserah dengan ketentuannya..."kerana kata2 itu saya berjaya keluar dari segala kemelut yang datang waktu tu...saya juga rindu zamzuri muhamad..i'll never forget him...!!!