Tutorial celak bawah mata(arab).

Assalamualaikum..

Celak bawah mata ni nampak aje simple
tapi kebanyakan orang tak tahu nak pakai
macam mana.

Ada banyak teknik tapi saya nak tunjuk yang 
paling lazim..kira celah gigi je arr..
haha konon pro! sedangkan hampas!
nama jek jurusolek..hehe maluu..

ni saja nak buat ala2 arab hehe..

1. Garis di sepanjang bawah mata.
saya mula garis dari hujung luar mata
ke hujung dalam mata.
(kat garisan bulu mata bawah ya,bukan dalam
tubir mata).

*Hujung luar mata tu garis lebar sikit,
semakin menghampiri hujung dalam mata
(berdekatan hidung),garisan semakin halus.

kali ni saya guna celak pensil maybelline
kaler hitam.nak lagi cam arab,garis terang2 okes.

2. Garis tubir mata guna celak putih.
saya guna jenama ZA.

3. Siap!
takut plak haku tengok mata ni..
mata sapa la niii..hihi..
Bawah mata tu sepatutnya pakai
eyeshadow gelap  so jadi cam betul2 ala arab tapi
saya tak pakai.


4. budak ini pasan jadi minah arab
hahaha...

TIPS...
*Celak bawah mata ada banyak teknik.
kalau nak mata besar,
garis celak hitam di hujung luar mata 
sampai tengah mata saja(garisan bulu mata,bukan tubir).
Separuh garisan lagi..garis celak putih atau bubuh
eyeshadow putih sampai hujung dalam mata
(berdekatan hidung).


Owh ini semalam punya citer..


Nasi goreng paprik dan kaki cik puan muda alyn.
candle light dinner tuuu...hihi..


*Buat kali yang ke-700 eh eh bukan..
kali yang ke-7 dalam sebulan..letrik takde.tensen!
Macam dok dalam utan banat!


*Saya susah tido,then mak cakap
"bagi makan ubat tido baru tau"
hehe...


*Owh..saya sangat terkejut..
semalam check kat hencik nuffnang,
pembaca saya paling ramai no.1 dari malaysia,
no.2 dari us,no.3 dari egyp,no.4 dari indon
dan lain2  lupa haha...yang lain2 saya tahu napa..
tapi kan yang no.2 tuuu...
err..US? US? US?
agak konpius yer puan2..haha..
Tq semua..


Sila klik nuffang saya..
boleh la saya cepat2 kawen hahaha..

Terima kasih kerana membaca.
Tata =)