tutorial cuci mekap tanpa kesan hitam

Assalamualaikum..


Meh nak buat iklan sket..
pas cuci mekap mata anda masih ada
kesan hitam macam mata panda?
mata panda sangat cumel kan?
tapi kalau mata saya dan anda2 yang hitam,
cumel ke cemel?

Saya tak ada masalah tu sebab saya
dah tahu cara nak cuci mekap dengan betul.
tak payah guna banyak tisu pun.
saya sendiri pakai cinonet je dari 1 tisu!

sekian iklan..
moh tengok camne caranya..

1. Tuang minyak bayi kat atas tisu.
mestilah tuang kan,x kan minum plak haha..

2. Mula2 guna tisu yang ada minyak tu,
lurut bulu mata dari pangkal ke hujungnya
(kepit bulu mata dengan sepit ketam..eh bukan!
dua jari,kira bulu mata
kat tengah2  antara dua jari,baru lurut k).

Dengan cara ni,maskara tertanggal dan
dalam masa yang sama eyeliner turut tertanggal.
jimat masa kan? 
tapi kalau banyak masa terluang,nak cuci sampai
esok hari pun takpe..hehe..

3. tisu+minyak yang sama tadi  guna lagi.
tak payah tuang minyak lain.
Kalau ada sisa eyeliner,
pedap2 ok.pedap2 gak kat eyeshadow semua.
time ni memang banyak kesan hitam tapi tunggu..!

4. Tisu tadi jugak tapi bahagian yang bersih lah..
lap2 kesan minyak2 tadi semua.
time ni kesan minyak dan hitam2 dah hilang.

5. Cuci bahagian bawah pulak.
tisu+minyak dan pedap2 kat bahagian
bercelak tu.time ni pun ada kesan hitam2.
tunggu gak k..

6. tisu tadi tapi bahagian yang bersih,
lap kesan minyak dan hitam2 tu semua.
dah bersih!

senang je kan? cuma guna sehelai tisu
dan 2 tompok minyak bayi..hehe...
tapi dari pandangan pakar,
lebih baik cuci mekap terutama kat mata
guna make-up remover dan paling
baik dari jenis lotion yang bersifat lembut.

Kenapa macam serius saja si mak cik ini ya?
hurmm....konpius!
udah2...

Selamat mencuba..
tata=)