Tutorial headband labuci

Assalamualaikum...

Sesungguhnya saya memang tinggal di KL..
Tapi kulim bukan kuala lumpur ha ha..
Maka nak mencari benda2 yang cantik dan terkini bukanlah senang
sesenang memetik jari 1,2,3..eh2 merapu pula.

Saya belum jumpa headband macam yang saya suka.
Dengan itu otak tak bape nak genius saya nih mula
terfikir nak buat sendiri saja..
emak..terima kasih kerana melahirkan anak yang 
suka mereka cipta..kah kah..

ehem2..mari kita setat enjin

Ini antara headband yang saya berjaya buat.

Kita buat headband camni ok?

BARANG2 YANG DIPERLUKAN..
1. ribbon kecil (untuk kepala saya,saya guna 1/2 meter).
2. rantai labuci 1/2 mtr.
3. getah kecil hitam (sikit saja).
4.gam panas.

letak gam atas ribbon kecil.

Lekatkan rantai labuci atas ribbon tadi.

Inilah hasilnya selepas proses lekat2 tadi.

getah kecil tu potong ikut kepanjangan yang kita nak.
selalunya nak pakai sikit saja.so potong sikit ja lah.
pastu letak gam atas dia(hujung kiri dan kanan saja).

Lekatkan hujung ribbon+labuci kat hujung getah yang digam tadi.

inilah hasilnya..

Ni bahagian belakangnya.
saya sengaja lekat getah tu lebih skit.nak bg kuatlah kononnya.
owh yee..sambil buat sambil try kat kepala.
better buat longgar sikit sebab bila kita pakai inner+selendang atau
tudung yang tebal tak hingat donia tu..dia tak buat kepala kita sakit akibat ketat.

Dah siap..

Saya pakai silang2..

Suka sungguh warni-warni..
nasib baik diri sendiri tak fenin..ha ha..


Saya beli bahan yang macam2 jenis tu modalnya cuma RM5.60.
dapat buat 5 pcs!!!
kalau saya beli,saya tengok paling murah RM5/PCS..
soooo? buat pe nak bazir..pakai camtu gak kan ha ha..

Selamat mencuba..

klik nuffnang..mahu kawen..

terima kasih..=)