tutorial masker tradisional

Assalamualaikum...

Jangan ingat bila nak cantik kene pakai barang moden saja.

Cehh! kata orang kau pun sama..ha ha gelak kat diri sendiri..

Saya suka masker tradisional..

Selalu buat yang telur..kali ini guna madu.

moh try..

Madu lebah asli..
madu simpanan emak menjadi mangsa..ha ha ha..

Sesetengah cara boleh campur dengan bahan lain..
tapi saya guna ini saja..

Sapu seluruh muka. dan leher tapi elakkan kawasan mata.
biarkan selama 15 atau 20 minit.

P/S: selepas sapu silalah baring,tutup mata dan relaks sebab 
ada kajian membuktikan aktiviti seperti membaca
atau lain2 yang mencetuskan pergerakkan di bahagian muka
boleh menterbalikkan kesan pemakaian masker itu sendiri.
contohnya...masker untuk hilangkan kedut,
bila ada pergerakkan walaupun sedikit..akan membuat kedut muncul pula.

P/S: Sebaiknya masker dipakai paling lama selama 15 atau 20 minit saja.

Cuci muka seperti biasa..tapi saya
hanya cuci dengan air biasa sebab awal2 sudah guna
pencuci muka dan scrub muka sebelum pakai masker ini.

p/s: sape cakap kulit muka saya perfect?
pori2 agak  terbuka ye puan2..ha ha..

Muka yang konon2 suci lagi murni ha ha ha...

KESAN: Kulit jadi lembab,lembut dan tegang.
sesuatu yang saya perasan..lepas pakai kulit jadi putih..
aisehhh tak tipu..ini betul2...ha ha ha..

KEBAIKAN MADU UNTUK KULIT:
Melembabkan.
Memperbaharui sel2 kulit.
Antibakteria.
Merawat jerawat.
Menghaluskan kulit.
Membuat kulit berseri-seri.

Selamat mencuba..

Klik nuffnang..mahu kawen cepat2..ha ha..

Terima kasih.