Tutorial mekap mata sepet shining+hitam

Assalamualaikum..
Sebelum apa2..nak pesan..
sila abaikan mata besar gedabak
angkara cik contact lens itu sebab tidak
kena langsung dengan tema mekap kita hari ini.

Orang cakap..mata sepet tak boleh pakai warna gelap..
orang lah cakap kan..bukan saya sebab saya suka2 hati..
maka semua warna pun saya rasa boleh..
kalau boleh warna pelangi 7 lapis tu pun
 nak tempek kat mata nih keh keh..

Moh setat..
Kenapakah mesti ada muka dia ini?

Warna silver shining.

 1) Sapu seluruh mata sampai kening.

*motif tak sebut kelopak?
mata sepet mane ade kelopak !
tapi saya rasa mata sepet cantik jugak kan.

Warna ini sebenarnya dari tone ungu.
nampak macam biru tapi bila disapu
ke kulit jadi kelabu kebiruan skit.
Jenis shining. 

*motif lagik?
saya tak tahu nak panggil warna apa !
kah kah...

2) Sapu macam tanda yang saya buat tu.
sambil sapu,sambil buka mata okes.
tu untuk pastikan warna tu nampak bila mata dibuka.
Maknanya kene sapu bagi 'tinggi' dan 'lebar'.

Warna hitam.

3) Sapu guna berus okes.
sapu bermula di tengah sampai ke hujung dan menaik.
ikut tanda yang saya buat.

4) Sambil sapu,sambil buka mata.
pastikan ianya menaik macam tanda yang saya buat tu.

Maskara dan celak pensil maybelline
warna hitam.

5) Buat garisan secara tebal di hujung luar mata
sampai tengah.
Garis secara nipis bermula tengah sampai hujung dalam mata
(berhampiran hidung adalah hujung dalam mata).
Ikut tanda saya buat tu.

6) Guna celak yang sama..
garis dan cantumkan garisan dari hujung luar mata atas
dengan hujung luar mata bawah.
garis secara nipis sahaja sehingga hujung dalam mata.
ikut tanda yang saya buat.

7) Sapu warna hitam seperti step no.3 dibawah garisan celak.
(anak panah warna biru) dari hujung sampai tengah.

sapu warna seperti step no.2 dibawah garisan celak 
(anak panah merah) dari hujung dalam mata sampai tengah
(sambungkan dengan warna hitam tadi).

8) Pakai maskara guna teknik zigzag
(rujuk entry yang lepas untuk belajar teknik ini).
atas dan bawah.


Bulu mata palsu dan gam.

9) Untuk mata sepet,saya sangat sarankan pakai bulu mata palsu..
mata akan jadi 'terbuka' dan nampak 'galak'.


Pakai eyeliner liquid di garisan bulu mata
untuk tutup kesan gam yang putih2 tu. 
pastu pakai maskara semula ok.

Siap sudah..!

Tang mata ja nampak lebih..
tang lain I jimat mekap UUUUUU...!
kah kah..

Owh..! nampak seperti alien tetapi untuk
mata sepet sangat cantik hokeh !

Jangan ingat saya suka2 nak syok sendiri
ambil gambar dengan cahaya keimanan
terlebih sudah..
tapi memang cahaya itu sangat suka dekat saya..
maka muka saya kelihatan seperti sedang memakai
tepung gomak cap kambeng hitam.

Beranikah anda?
tapi bukan pelik pun..he he..

Masih belum habis tempek gambar 
muka model tak berbayar ini kah kah..

Gambar penutup...
hape kes arr haku nak buat muka macam ini?

Sila klik nuffnang saya.
semoga cepat zau yah kahwin dengan afnan.

Terima kasih.