Tutorial mekap mata sepet

Assalamualaikum..
Tanpa membuang masa tapi membuang waktu,
moh kite setat mekap ye puan2..
P/S: gigih sungguh saya buat entry ini tanpa pakai
contact lens.
mata saya bukan sepet tapi kecik dan kelopak tenggelam..
so kira aci la kan? he he..

Warna kelabu berkilat.

Sapu di kelopak..err..mata sepet takde kelopak kan?
betul kan? kan? eh tak tahu plak  dia ini..
nama saja tukang mekap hek hek..

sapu buat bentuk macam saya tanda tu okes.

Warna gangsa berkilat.

Sapu  ikut tanda saya buat tu.
mata sepet kene sapu 'tinggi2' 
berhampiran kening supaya
bila buka mata nanti..akan nampak warna tu.

Sambil sapu warna,sambil buka mata
untuk pastikan warna tu nampak.

Warna coklat gelap jenis mate(bukan berkilat).

Sapu ikut kawasan yang saya tanda tu.

Warna hitam jenis mate.

Sapu ikut tanda yang saya buat.
pastikan bila buka mata,nampak warna tu.
nampak skit2 kat hujung je k..bukan semua.

Warna putih berkilat.

Sapu kat kawasan saya tanda.
motif? sebab kat hujung luar mata tu
dah letak warna gangsa hampir dengan kening.
so tak nak lah warna tu terpadam.

Garis eyeliner hitam kat garisan bulu mata.
nipis kat hujung dalam mata berhampiran hidung tu..
dan tebal sedikit menaik kat hujung luar mata.
ikut macam tanda saya buat.

saya guna celak pensil maybelline hitam.

Guna celak yang sama..buat garisan
lebar2 tapi separuh mata ja.
 biar dalam garisan tu kosong dulu.

Guna celak yang sama..
warnakan ruang yang kosong tu.

Guna celak yang sama..
Garis nipis dari tengah mata ke hujung dalam mata.


Warna kelabu tadi.

Sapu bawah celak di hujung dalam mata.

Warna hitam tadi.

Sapu kat bawah garisan celak hujung luar mata.


Pakai maskara atas dan bawah hokeh..
saya guna maybelline volume express hitam.

Ini mata saya tanpa kepalsuan kah kah
tak sepet tapi kelopak tenggelam beb !

Nak lagi mengancam pakailah 
bulu mata palsu..
ada entry cara2 pakai bulu mata palsu,
nanti saya publish okes..
Ini selepas pakai bulu mata palsu.

Dannnnn....!
.
.
.
.
.
.
.
Wah ! dengan mata palsu ini,
keyakinan saya telah melonjak naik secara
10000 peratus ! kah kah..

Ada lagi teknik mekap mata sepet.
nanti saya publish okeh?

Klik nuffnang saya.
isilah tabung perkahwinan saya..he he..


owh..saya adalah salah seorang pemenang
contest 'if i have rm100'.
Walaupun bukan hadiah utama,tapi saya happy..!
tq to adik comel aunimiyukie.blogspot.com




SALAM MAULIDUR RASUL...

Terima kasih.