tutorial mekap mata simple but daring..

Assalamualaikum..
hey hape kes lah haku neh nak letak
tajuk tah hape2 tu kan..

Simple itu betul...
daring itu? daring lah konon..sedangkan nak muntah haku
tengok..kah kah..gelak kat diri sendiri.
bukan daringlah..saja suka2 letak tajuk tu..

mari kita mulakan bebeh !

Ini saya..
saja nak tayang muka ini lalu menambah
loya di tekak anda ha ha..
*time ni saya tak pakai bulu mata palsu.

Warna putih.
tak kisah la kamu nak pakai jenis
shining atau mate.

Sapu seluruh kelopak sampai bawah kening.
sapu terang2 tau..

Warna krim.
sama gak la.ikut suka nak jenis shining atau mate.

Sapu terang2 kat kelopak.
ikut macam tanda yang saya buat tu.

Liquid eyeliner hitam jenama elianto.
maskara hitam jenama maybelline.

Garis eyeliner.tebal kat hujung luar mata.
nipis kat hujung dalam mata.
nampak kan tanda saya buat tu?
kiranya ini cat eyeliner la.

Dah siap pakai eyeliner.

Ini bila buka mata.
mata saya jenis kebawah bila buka,
so cat eyeliner agak 'menjunam' ye ha ha..

Kali ni saya guna liquid eyeliner yang sama untuk bawah mata.
tebal kat hujung luar mata,nipis kat hujung dalam mata.
Macam saya tanda tu..

Kalau mekap macam ini saya suka
pakai bulu mata palsu.

Selepas pakai bulu mata palsu.

Pakai maskara guna teknik zigzag
kat atas dan bawah.

 Bila sudah siap..dia ini menjadi agak kerek.

Janganlah tengok saya dan kutuk dalam hati..
saya sedih nanti..
tapi saya tahu saya memang gedix ! kah kah..

Konon ayu bila letak jari macam itu..

Di dagu pula..
ayu ka layu? kah kah..

Mulut itu yang tak tahan ! 
Konon seksi tapi nampak cam seksa kah kah..

Solute arr kat kamu semua sebab
sanggup tahan mata tengok si gedix ini bercewi..!

Klik nuffnang supaya zau yah dapat kawin dengan afnan..
ha ha tak malu..

Terima kasih.