tutorial pakai bulu mata palsu

Assalamualaikum..
Saya sangat konpius nak buat tutorial ini..
sebab saya tahu mesti kamu semua tak faham kan..
ditambah pulak si tuan blog yang suka merapu ini.
tak faham terus rasa nak pengsan..kah kah..!

Tapi dah ade yang request,maka saya kena buat juga
hehe..hai kamu..(lupa nama dia) yang comel itu..
saya buat ini demi kamu..he he..

Mula2 mekap mata dan pakai celak(celak pensil atau gel)
kat garisan mata atas.

Bulu mata mesti ada.tak kan nak pakai bulu tangkis
atau bulu ayam kan? kecuali anda sangat up-to-date
seploh taun akan datang kah kah..!

Guna la gam cap kembeng itu..
eh bukan2..gam itu cap xivievian(arghh! tak ingat!).
 Gam ini sangat kuat hokeh.
so takyah risau kalau2 bulu mata jatuh dalam 
nasi kandar anda ha ha..!

Cuba ukur bulu mata..
samada muat2 kat garisan mata
atau terlebih panjang.

Tanda merah saya buat tu ialah
tempat saya gunting sikit sebab bulu mata ni
agak panjang untuk mata saya.
kalau muat dengan mata anda..takyah lerr pi potong.

Sapu gam sepanjang garisan bulu mata palsu.
bubuh jek banyak2..jangan kedekut.
kat hujung tu kene letak lebih skit.

Orang malas macam saya ni
memang patut pegang bulu mata bergam itu
didepan kipas sebab cepat skit keh keh...
motif: kene tunggu gam separuh kering baru leh pakai.

Saya biasa pakai kat hujung dalam mata dulu.
letak betul2 berhampiran garisan bulu mata.
rapatkan ke kulit tu okes.

Perlahan-lahan rapatkan bulu mata
di garisan bulu mata kat tengah dan hujung luar mata.
rapatkan ke kulit.
adjust le apa2 yang patut bagi nampak ok.

See?
senang parktis la selalu.
try and eror tu perlu he he..

Kali ni saya guna liquid liner hitam jenama
elianto..tapi serius cakap jenama ni bukan
kegemaran saya sebab warna tak pekat dan
jadi berkeping bila nak cuci.. 
ini berdasarkan pengalaman hokeh!

Garis atas gam2 yang nampak tu dan
garisan bulu mata.

Owh kurang nampak pulak si bulu mata itu..
jap saya bagi satu gambar lagi..

Time ni saya pakai bulu mata palsu.

Klik nuffnang saya..
nak beli mekap kah kah tak malu !

Terima kasih.