tutorial smokey eyes yang simple

Assalamualaikum..
Saya buat tutorial ini khas buat
seorang pembaca saya..
tapi harap maaf..saya lupa nama dia kah kah
mengong haku nih !

Mari kita setat mewarna..

Sebelum itu kita lihat dahulu
gambar si-muka-tidak-tahu-malu-ini.

Warna silver jenis shining.

1) Sapu seluruh kelopak sampai bawah kening.

Warna biru nila jenis shining.

2) Sapu separuh kelopak.

Warna hitam jenis mate.

3) Sapu separuh kelopak lagi sehingga ke
pelipat mata(betul ke haku sebut nih ha?).

Pastikan warna tu nampak bila buka mata.

Maskara dan celak pensil maybelline.
warna hitam.

4) Garis secara nipis sepanjang garisan bulu mata.

Dah siap pakai celak..

5) Garis secara nipis sepanjang garisan bulu mata bawah.

6) Guna warna biru nila seperti step no.2.
sapu bermula hujung mata atas 
terus sambung di bawah garisan celak bawah mata.
bermula hujung luar mata ke tengah mata.

7) Guna warna silver seperti step no.1
bermula dari hujung dalam mata (atas),
sambung terus ke bawah garisan celak(bawah mata)..
kemudian terus sapu dibawah warna biru tadi.
kalau tak faham ikut saja tanda yang saya buat.

Dah siap dengan eyeshadow di bawah mata.

8) Pakai maskara guna teknik zigzag 
atas dan bawah.

P/S: Kalau nak mata lebih 'galak'..
pakai bulu mata palsu.

Teknik ini sederhana saja.
tak over so nak pakai keluar jalan2 pun boleh.

Gambar penutup mestilah ada muka syok sendiri ini..
keh keh..


Klik nuffnang tabung perkahwinan saya.

Terima kasih..