Boleh tak nak sumbat umah sejibik dalam bag ni?

Assalamualaikum...

kelmarin balik saja dari kenduri saya terus rasa mahu basuh bag.

motif? bag dah takde rupa bag..habis lemau,hitam legam bag itu saya kerjakan..

padahal warna asal putih suci minyak cap murni keh keh..


percayalah saya mengambil masa selama 3 jam mahu keluarkan barang2 didalam bag!
erkk? tak logik...tak logik..

barang sangat banyak..patutlah bag sangat berat bagaikan ada seekor anak gajah.

sudah..! mari lihat barang yang saya sumbat sampai bag mahu saja memberontak
dan menghentak hentak kaki dan tangan kah kah..

ini adalah bag pebret saya..

owh asalnya ini bag cik puan LAGI lawa..
tapi saya telah mengebas bag ini lalu dijadikan bag angkat saya kah kah..

penyumbang kepada keberatan yang amat sangat pada  bag saya.
patutlah hencik boypren yang selalu angkut bag ni dah naik muscle..
takpe..takpe...biar naik muscle..jangan naik minyak sudah..
karang saya nangis laju2...kih kih..

No1: bedak pixy adalah wajib.nak touch-up muka bila mekap dah setat 
mogok kah kah..

no.2: perfume adalah wajib juga.kalau tidak pasti esoknya
muka depan harian metro bertajuk
GADIS MUDA REMAJA PENYEBAB ORANG RAMAI PENGSAN
AKIBAT BAU2 BACANG!!!

no.3: lipbalm maybelline strawberry sememangnya wajib.
kalau tidak bibir ini tidak akan layak dipanggil bibir mekar bak delima
erkkk...betul ke ha? macam perosak bahasa saja..

no.4: gam bulu mata..tak berapa wajib tapi menjadi wajib
kalau saya pakai bulu mata palesu.kadang2 perlu tambah gam...
untuk elakkan bulu mata palesu dari jatuh ke dalam gulai..malulah saya.
kah kah..

no.5: Q-tip(betul ke ha?) adalah wajib untuk cover2 mekap.
mekap ni pun kadang2 jeles kat saya...mula lak nak buat party mogok
comot sana..comot sini...nasib baik ada Q-tip ini...eh eh..iklan kejap.

no.6: lipstick tersangatlah wajib.
jenama dan warna bergantung pada apa yang saya guna hari itu.
keburukkan bila spare didalam bag?
setiap satu minit mahu touch-up lipstik.tak sampai sehari lipstik
dah tinggal ciput! OVER KAU!

no.7: eyeliner.kalau perlu barulah menjadi wajib.
kalau saya pakai bulu mata palesu baru saya bawak spare.
takut kemain nak spare suka2..kang balik jadi kembar
burung hantu akibat gatal tangan asik nak touch-up saja..keh keh..

HEY...HEY..SEMUANYA ASIK SEBUT WAJIB...MEMANG WAJIB LAH OK!
cakap sajalah memang tak boleh tinggal bende berkoyan-koyan itu di luar bag.

no.8: lens solution botol kecil.kang angkut botol besar 
patah pulak bahu boypren haku kah kah.

no.9: lens case saya.kot2 mahu eksen mata ini sudah tidak rabun,
bolehlah simpan didalam case ini dan berlagak dengan mata asal..
padahal semut lalu pun tak nampak(eh..betulkah perumpaan ini?).

no.10: pen konon-bekerjaya-sangatlah-kan.

no.11: buku resit untuk customer.nama pun tukang mekap.

no.12: purse bonia yang sudah berkurip! huaaaaa!!! mahu yang baru boleh?
eh minta kat orang pula..

no.13: jangan kata saya tidak malu letak benda ini.
ini sangatlah wajib kot2 adik,kakak datang bertandang secara kerkezut
ehem2..

no.14: tisu tak boleh kalau takde hokeh!!! mahu lap air mata darah
kah kah..

no.15: ini pun tak boleh malu.kalau mahu nanti mahu ha ha ha..
ehem2...malu lah sikit wahai tuan belog.

no.16: bekas ubat yang ada ubat..eh pastilah ada ubat..
takkan ada emas pula kot? ha ha ha..
ehem..lempang kang..

no.17: mineral.penyumbang terbesar kepada dana keberatan maksimum!
ini adalah wajib untuk saya bawa pergi mana2.

cuba teka apakah yang tersembunyi disebalik penutup 'R' dan 'L' itu?
jawapannya....
.
.
.
.
.
.
.
.
no.18: minyak angin hadiah dari seorang ustaz.
boleh disapu kalau saya 'penat' yakni sesak napas..eh perlukah explain
macam itu?

no.19: minyak angin untuk hilangkan angin.badan saya mudah masuk angin..
kang terus jadi berangin..eh2 kenapa banyak sangat perkataan angin?


itu saja.

dan bag saya sangat berat.

klik nuffnang mahu kawen.

terima kasih.