contact lens baru yeaaa...! + perbezaan dengan yang lama

Assalamualaikum...

lens hijau ala2 minah arab tak jadi saya tu dah nak mengkiokkan diri.

maka saya belilah yang baru tapi kali ini beli yang murah saja
nampak tak haku orang susah? nampak tak? nampak tak? 
eh kerek hape tuan belog nih..

saya beli dari kawan saya..sila klik  Shira's lens
sangat MURAAAAHHHH!!!! hokeh! 
okes2..memang murah lah tu sampai taip panjang berjela.
RM25+ 

 saya order yang lain tapi dapat yang ini..
balik rumah baru perasan tapi tak apa..saya suka juga yang ini he he..

mari kongsi pengalaman saya mengetest power rangers dua2 lens ini..

KIRI: hijau. KANAN: gray

JENAMA:
HIJAU: colour vue dolly bigger eyes.
GRAY:JENAMA: korea mari...

WARNA:
HIJAU: party green 
(patutlah asik nak berparty saja bila pakai kah kah).
GARY: gray.

SAIZ:
HIJAU: 15mm
GRAY:  15.5mm atau 16mm
saya dapat yang lain,so saya tak pasti saiz sebenar.
saya cuba ukur dengan lens colourvue..saiz sama saja pun.
15.5 mungkin.

CORAK:
HIJAU: ring(keliling) hitam tapi ring tu macam bercorak sikit.
corak tengahnya pulak boleh nampak kat gambar tu kan?
abstrak eh? kah kah kah tak tau nak cakap camne
haku hentam saja labuuu...!
GRAY: ring hitam tapi agal tebal dan jelas.
ring tu secara garisan keliling lens.
corak tengah2 tu sila rujuk gambar.
anda pasti nampak perbezaan antara dua lens itu kan.

HARGA:
HIJAU: RM100+..harga promosi RM90..
saya kenal toley kedai tu,so saya dapat lagi murah ha ha..KRONI!
GRAY: RM28

JANGKA HAYAT:
HIJAU 3 bulan.
GRAY: 1 tahun.

KESELESAAN: 
HIJAU: super duper BESTTT!!! saya pakai lebih dari 12 jam pun 
ok saja.mata tak kering dan tak rasa ada benda.
selesa macam tak pakai apa2.
GRAY: agak selesa.saya cuba pakai tapi tak lebih 8 jam lagi.
so,hasil maksimum belum tahu cuma saya rasa memang ok lah
sebab sebelum ini saya pernah pakai jenama korea(bos lama kasi free)
banyak wehh! tapi bila pakai rasa tak selesa.macam ada benda dalam mata.
pedih2..mata merah..asik nak berkelip jek.tapi yang ni ok lah pulak.
selesa.tapi kdg2 lepas buka mata jadi merah dan rasa pedih skit lah.

KESAN:
HIJAU: mata nampak bulat dan warna2 lens dari jenama ni memang
cantik hokeh! takyah risau kalau nak beli.pasti cantik..
ehem2...dah cam promoter haku nih kah kah..
GRAY: warna agak menyerlah.nampak lah gray tu terang terutama kalau
duduk kat kawasan yang cerah.
selalunya kalau korea ni warna jadi gelap,tapi yang ini lain.



PACKAGING:
HIJAU: Atas sekali packaging jenama colourvue.
memang datang dalam bekas macam itu.
dan air dalam tu adalah solution macam all in one yang kita
boleh guna untuk cuci dan simpan tu.
kalau nak buka dari packaging dan terus pakai pun takpe.


GRAY: Gambar tengah tu packaging untuk jenama korea.
dia datang dalam botol kaca.selalunya ada sticker
(saya tahu sebab saya pernah keje jual ini),tapi yang ini saya beli
takde pula stickernya.mungkin depa tanggalkan kot
(kadang2 suplier atau penjual takmau customer 
ushar2 secara 'terjojol biji mata' kat sticker tu a.k.a
carik maklumat lebih2..).air dalam tu pula ialah larutan garam.
tu untuk matikan kuman.sebelum pakai kene cuci lens dulu tau.
saya selalu jumpa orang yang terus pakai selepas keluarkan dari botol
pastu mulalah mata pedih2.nama pun larutan garam kan.


Gambar bawah tu power saya.
cinta2 nak jadi power rangers tak kesampaian..pakai power
kat biji mata pun jadilah kan? kah kah..

power saya sebelah lain,sebelah lagi lain.
tapi untuk sebelah lagi takde lak..so saya terpaksa upkan skit power
untuk sebelah tu.

PERINGATAN!! cara ini tak  sesuai okeh..tak digalakkan tambah power
sesuka hati.kalau power takde yang sama,sepatutnye kene ambil yang power rendah sikit
dari asal.tapi nama pun ska2 hati kan? ska2 haku jek tambah2..
kang pening atau power betul2 bertambah tak pasal2 saja.

perbezaan antara pakai dan tidak.
dua2 buat mata nampak besar.

tahu tak..kata orang2 yang selalu pakai contact lens dari bermacam2
jenama dan saiz...saiz yang besar sikit dari mata tak membuatkan mata kita sakit
atau rasa macam ada benda.
saiz yang normal..akan buat mata kita terasa 'sesuatu' maksudnya buat mata rasa
tak selesa.saya pun rasa macam tu juga.ini dari pengalaman ya.

corak yang berbeza.
warna pula saya rasa yang hijau tu campuran beberapa warna.
yang gray tu pula biasalah...gray saja.

hasilnya...not bad kan?

colourvue tetap yang terbaik tapi yang korea ni pun ok juga.

saya pakai ikut kemampuan..kalau time kringkontang jenama kopok ini
memanglah saya pakai yang berpatutan saja.
tapi untuk keselesaan dan keselamatan jangka panjang,saya suka colourvue.
biar mahal asalkan selamat dan sesuai.

INFO:
jenama korea akan menyebabkan mata cepat letih dan kering.
terutama jika dipakai menghampiri atau lebih dari 8 jam.

jenama colouvue pula adalah sebaliknya tapi setiap lens hanya boleh
dipakai tidak melebihi 8 jam.

kalau tak selesa..buka dan cuci lens sebelum dipakai semula.

lens korea tebal sikit dari lens colourvue.

klik nuffnang nak kawen.

terima kasih.