mekap ala arab

Assalamualaikum..

Kalau memang dasar over..buat apa pun mesti nak gedik2 amek gambar  melebihi
waktu bersiap kah kah..!

tadi saya mekap untuk join contest..

gigih engkau tahu? bangun pagi2,mandi wangi2 terus buat..
padahal perut dok krukkrak..krukkrak..

gigih nak mekap..gigih lagi haku gedik depan kamera !

last2 nak buang mekap baru pasan...LUPA PAKAI BULU MATA PELESU !!!

cetttt!!! so pakai lah balik segala mak nenek walaupun lens dah korek dari biji mata,
eyeshadow dah ilang separuh..SADISSS TAHU?

maka memory henpon pun bertambah sebanyak 122923009900 kepenuhannya
akibat aksi gedik dilipatgandakan kah kah..

mari lihat mekap dan aksi gediks ituuu...

asas: fondation pakai yang sesuai dengan kulit tapi pakai tebal2.
pakai compact powder(basahkan span dulu),shading pipi dan hidung dengan
eyeshadow coklat kalau mahu.

eyeshadow: asas kat kelopak..pink terang+pink keungguan.


garisan kelopak(kat ungu tu): garis dengan celak hitam,tambah eyeshadow coklat shining,
blend dengan putik kapas supaya garisan celak tu blur.
tambah warna pink dan ungu gelap.blend lagi sampai jadi cam gambar saya tu.

bawah mata: cara dan warna sama macam yang kat garisan kelopak atas tu.

bawah kening: pakai warna putih.

hujung dalam mata(berhampiran hidung): garis celak putih shining..blend dengan jari.

eyeliner: pakai warna hitam.kat atas garis dan buat 'wing'.
kat bawah mata,garis tebal2 kat hujung luar mata,
dan buat 'wing' juga tapi jangan bercantum.biar ada ruang kat tengah2.
garis sepanjang garisan bulu mata bawah.

bulu mata: ketip bulu mata,pakai bulu mata palsu yang tebal,pakai maskara hitam
atas dan bawah bulu mata.

kening: guna celak coklat.garis tebal2 sebab arab suka kening tebal.

pipi: pakai warna coklat dan tembaga.saya guna eyeshadow sebagai
blusher..HAMIK KAU..!

bibir: garis guna celak kening coklat..haha haku hentam saja labu!
pakai lipstick oren+coklat.
arab memang suka pakai camni kan? garis bibir warna lain,lipstick warna lain.













saya juga mekap anak sedara saya ala2 arab..nak tengok? tunggu..!

saya akan buat entry pasal tu ok?

saya juga mekap dan ukir inai untuk orang.
mahu? add saya di facebook..www.facebook.com/zoey zau yah.
kalau nak tanya kat sini pun boleh.

klik nuffnang nak kawen..

tq.