Riview produk Loreal white perfect transparent rosy

Assalamualaikum...

Muka saya jenis kombinasi.
minyak di zon-T (dahi ke hidung tak mancung)
dan normal di kawasan lainnya.

jangan ingat kulit saya licin macam telur juga.
kalau begitu,sudah lama saya makan kulit muka saya..
ha ha ha...

kulit saya juga bercela.
sekarang sudah jadi macam noda2 perang.
kata sifu(perghh ! haku ada sifu !),itu mungkin jeragat.
tak apalah..saya cuba produk yang sesuai.
pori2 juga agak terbuka.terutama di bahagian apple of the cheeck.
owh ruam juga kadang2 ada.

sekarang saya guna produk loreal.
mari kita berkenalan dengan beliau yang gojes..kah kah..


KEBAIKAN: Mengandungi SPF 15.
Bermakna mampu lindungi kulit selama 150 minit..kira sendiri berapa jam
ha ha ha keji !

selepas cuci saya terus pakai pelembab ini sebab
saya tak guna toner(sejak dulu malas guna toner).
selalunya kalau pakai krim lain,tak sampai 1/2 jam muka dah
keluar minyak-boleh-goreng-telur-mata-kerbau..
tapi yang ini ok saja.


mula2 sapu rasa lembut tapi tak melekit.
bau ros yang soft bukan ros cam poduk brand malaysia 
yang kuat sungguh baunya(i dont like!)

selepas pakai selama hampir 3 bulan,saya rasa
produk ini memang bagus.
.ruam halus kat muka dah hilang.
kulit jadi lembut,licin dan cerah.
sampai hencik boypren tegur..
(yelah..tegur engkau la..kang tegur perempuan lain cerah 
kau kasi penampar selipar jepun lak kan).

Saya beli dengan harga RM errr...lupa ! 
ha ha ha...
saya beli ni set so saya betul2 lupa harga dia.
satu bekas ni dalam 20 lebih macam tu ja kot.

okes...itu saja yang saya nak share..
harap2 saya akan jadi gojes selepas ini..
agak2 boleh buat tok ti jeles sama saya ha ha ha..

klik nuffnang..mahu kawen !

tq.