Contact lens lagik

Assalamualaikum...

Saya adalah penggila lens..penggila tu weh..! hebat tak? hebat tak?
dussshhhh! okes2..sudah tumbuk diri sendiri(punya ganas la kata).

So,saya mahu kongsi sedikit maklumat dan pengalaman guna lens.

moh cekidout bebeh..!

 JENAMA
Jenama yang paling selesa dalam peradaban dunia..HA HA HA..
hebat kan?(ayat nak kena lempang).

saya paling suka jenama ni dari koleksi dolly.

Sangat selesa walaupun saya pernah terbabas pakai lebih dari 12 jam.
(mata tak kering).

warna dia sangat2 lah best...! ada sesetengahnya yang jadi gelap,
ada yang terang tapi memang cantik.takyah risau kalau
beli warna apa pun..semuanya nampak OK.!
(weh...skit2 dah la iklan).

Saiznya 15mm..tapi ada macam2 saiz sebenarnya.

harga ikut tempat.biasanya RM100+
tapi saya main tenyit2 mata kat tokey kedai,dapat lah harga
'aweks2' ha ha ha...! (minta2 hencik pakwe tak baca nih).

CUCI
Cuci tangan dengan sabun,bilas bersih dengan air dan lap sampai kering
guna tuala tapi saya guna tisu sebab takde serat kain yang akan melekat
(serat kain kat tuala boleh melekat kat tangan lalu melekat pula kat
lens dan bila pakai rasa tak selesa).

letak lens atas tapak tangan kiri,guna jari telunjuk tangan kanan
untuk gosok(bukan kuku ya).kuku pastikan pendek dan bersih.

sekarang murid2..mari tengok gambar kat atas tu..

tuang solution atas tapak tangan yang ada lens tu.
(lebih baik guna 'all in one solution' sebab leh guna
untuk cuci,bilas dan simpan).
jangan kedekut solution ye adik2..

gosok guna jari telunjuk tadi secara lembut 
dari depan ke belakang secara ulang alik
(anak panah bertemu anak panah macam dalam gambar tu)

kiri ke kanan secara ulang alik juga.
rujuk gambar juga.

buat di sebelah dalam,kemudian terbalikkan lens dan buat di bahagian
luar pula.guna teknik yang sama ya.

terbalikkan semula lens,buang solution tadi,
tuang solution baru dan goyang gerudi kan tapak tangan yang ada lens tu.
ini kira cam bilas dia lah.

siap !

p/s: jangan gosok lens secara membulat
kebanyakan orang buat macam tu tapi sebenarnya salah hokeh..!

jenama solution 'all in one' yang saya guna.
complete: lepas cuci lens akan rasa selesa, tak pedih.
opti-free: Mahal sikit tapi jenama No.1 nih tau ! selesa dan terbaik.
dream eye: jenama no.3 do korea.selesa juga.

PAKAI
Letak lens atas jari telunjuk.
nak tahu beza bahagian luar dan dalam lens?
rujuk gambar kat atas tu.kiri adalah betul.
kanan adalah salah.kalau letak atas jari dan jadi macam kanan,
terbalikkan lens biar jadi macam gambar kiri.barulah boleh pakai.

letak atas jari telunjuk kanan,
mata pandang lurus ke depan(depan cermin lah kan).
jari tengah kanan tarik bawah mata luas.
jari tengah kiri tarik atas mata sekali bulu mata luas2.
mata dah terbuka kan? tahan kejap then jari telunjuk kanan tu
letak lens kat mata hitam.letak tengah2..biar sentuh mata hitam tu.
tahan kejap,pandang atas,bawah,kiri,kanan dan depan barulah tutup mata
sambil betulkan apa2 yang patut secara lembut.

kebanyakan orang rasa susah nak pakai atau lens tak mahu
masuk dalam mata.
puncanya sebab mata kita asyik berkelip.kene tahan sikit tau.
atau cara letak lens menggunakan jari telunjuk tak betul.
selalunya letak jauh dari mata hitam,pastu mengharapkan
lens lekat sendiri kat mata hitam.sebenarnya tak..
kene sentuh mata hitam tu sikit baru lens melekat okes.

sekarang mari lihat video cara pakai..

CARA PAKAI

Video ini dalam bahasa jerman mungkin? ha ha ha..
cari bahasa inggeris tak jumpa pula.

jagalah kebersihan kalau pakai lens.

selamat memakai lens..

klik nuffnang nak kawen.

tq.