Review produk celak 3 batang RM10 ! Cap Davis eye double colour

Assalamualaikum..

mari sini saya mahu bercerita..

sedang berjalan-jalan dengan hencik boypren..

saya telah terjumpa sesuatu yang sangat hebat !

celak satu batang ada 2 warna..beli 3 batang dengan harga RM10 !


okes2..taklah hebat sangat..jenama ini cak ayam kampung halaman..

kalau celak mac sudah tentu kat situ jugak saya pengsan,bangun semula..
pengsan..bangun semula..ulang sampai hencik boypren setuju nak beli kat saya
kah kah..akai keji !

okes  sudah.mari kita kenal dengan celak ayam ini..
ehem2..

inilah celak2 yang buat saya rakus sekejap kat kaunter aksesori tu.

teman lelaki saya juga begitu..tolong pilihkan warna untuk saya.
owh nampaknya beliau sudah faham benar dengan perangai teman wanitanya ini
lalu sama2 menjadi rakus sebagai tanda sokongan..YEAH !

putih.

jenis yang 'berminyak'..lalu hasilnya bukan warna putih bersih suci murni. 

shining melebih-lebih sampai dah boleh suluh muka sendiri kah kah..

kene sapu banyak lapis baru warna jadi terang.

ada macam perada.hati2 bila pakai..kang masuk mata pedih wooo !

hitam.

Abaikan mata hitam sememeh itu.nama pun test saja kan
(ayat x mau bagi muka sendiri malu..keh keh..).

jenis lembut dan senang nak garis.

warna pekat.

mudah sememeh,so tak sesuai untuk cuaca panas.

mate maksudnya bukan kilat2 dan tak ada perada.

silver.

jenis berminyak.

shining..tengok gambar pun sudah tahu kan ha ha..

ada kilat2 perada.

warna agak menonjol berbanding yang putih.

kelabu.

jenis berminyak.

warna menonjol.

effect shining sederhana.

ada kilat2 perada.tapi sederhana saja.

ungu.

jenis berminyak.

warna menonjol.

shining sederhana.

ada kilat2 perada tapi sederhana saja.

ungu cerah.

jenis berminyak.

warna sederhana.

shining.

ada kilat2 perada.

selalunya kalau pakai,saya double dengan eyeshadow..sapaya akan jadi menyerlah.

kalau pakai kat tubir mata(garisan dalam mata kat bawah mata),
warna tak nampak sangat,cuma shining yang menonjol.
kalau pakai kat garisan bulu mata(kena kulit) baru warna dia nak menyerlah.

keseluruhannya..boleh lah.ok lah jugak sebab ini pun murah saja.

saya guna untuk diri sendiri atau kalau betul2 perlu.

untuk customer saya guna yang berjenama.

sekian saja.penat nak taip hua hua..!

klik nuffnang.nak kawen.

tq.