Riview produk Loreal uv perfect

Assalamualaikum..

Siapalah yang kata muka saya sangat suci.

Kalau betul suci tak perlulah saya mekap tebal 14 inci.
kah kah..

muka saya banyak cela tahu..ya memanglah anda tak tahu.
asyik tempek gambar muka-mekap-tebal-kalah-kasut-4-inci-haku !
macam manalah anda nak tahu kan? kah kah..

sudah2...mari kita mulakan sesi suaikenal
bersama subjek kita hari ini..

UV perfect longlasting UVA/UVB protector.

Ini krim yang paling saya suka.

tak pernah jumpa krim uv yang tak berminyak macam selalu.

krim ini teksturnya ringan dan tak melekit.

kulit jadi lembut.

lepas pakai,terus ada effect glowing dan kulit nampak
macam licin sangat2.

kalau pakai ini sebelum mekap,sangat sesuai.
mekap akan jadi cantik.

Saya sangat suka krim  ini,maka saya tempek gambar
dia banyak2..hi hi..

Dia ada dua warna.pink dan natural.
nak beli tengok tanda itu ya
fungsi sama..cuma warna saja berbeza.
saya guna yang natural.

harganya saya tak pasti.
saya beli time promosi..dia letak dalam set.

Silalah guna krim ini.
sangat best hokeh.saya suka effect dia kat kulit saya.

Klik nuffnang saya.mahu kawen.

terima kasih.