Review produk silkygirl silky white lightening liquid fondation

Assalamualaikum..

nama produk ini kemain panjang.
 nasib baik hencik blogger tak hadkan tajuk untuk entry,
kalau tidak teruslah sign out tak mahu buka sampai bila2 dah..
tragik tahu tak? tahu tak? tahu tak?
(meh lempang sedas).

ramai yang tanya jenama fondation yang saya guna.
saya guna jenama ini saja.
kalau guna jenama mahal tak pasal2 
haku menjadi kedekut taik idong masin kah kah..!
(untuk customer saya guna jenama lain).

marilah berkenalan dengan beliau..
.
.
.
 nama: silkygirl white ligtening liquid fondation.
umur: eh lempang nak?
 kata pengeluar: > melindungi kulit dari pancaran uva dan uvb(spf 20).
> hasil yang sempurna dan semulajadi dengan  liputan yang sederhana.
> formula non- comedogenic.
> tiada pewangi.
> tidak berminyak.
> murah,belas2 saja.

rupa fondation tu dan rupa saya yang telah memakai fondation tersebut.

walaupun kulit saya cerah, tapi saya guna warna 03 medium 
dan saya gabungkan dengan
pixy compact powder natural white yang warnanya cerah dari fondation tu.
gabungan fondation dan bedak tersebut buat mekap saya nampak natural.

mula2 pakai muka akan nampak putih sedikit,tapi selepas
berpeluh mekap akan jadi rata dan nampak semulajadi sangat2.

> dah banyak tahun saya pakai jenama ini.
> muka tak berminyak walaupun sebenarnya kulit saya jenis kombinasi
iaitu berminyak di zon-T dan normal di kawasan lainnya.
> mekap nampak natural.
> mekap tahan dan tak comot/sememeh.
> tak berbelak(tak rata).
> murah belas2 ringgit camtu jek.
> tak tebal.hasilnya sederhana saja.kena pakai concealer untuk
tutup kesan cela.

secara keseluruhannya saya suka sangat2 dengan produk nih.
jenama maybelline pun saya tak puas hati tau.
so sape cakap jenama yang harganya murah  tak bagus?
kalau untuk diri sendiri ok saja.
lainlah kalau untuk bisnes.


muka minta penampar..

sila mendapatkan jenama ini sekarang.

nak carik cik yang bernama silkygirl jap,
nak minta barang sekupang dua pasal saya kemain pulun
promote produk dia ha ha..


klik nuffnang nak kawen.

tocetoce..