Riview produk maybelline make up remover eye & lip

Assalamualaikum..

saya telah failed untuk upload video mekap sebab
video saya ada masalah..hampes! 
sekarang gantikan saja dengan review ini..jangan marah yee..hi hi..

sebelum ini saya hanya guna minyak bayi untuk 
buang mekap.

sekarang sudah tidak pandang dengan minyak bayi itu..
ini semua pasal produk yang saya baru cuba ini..

maybelline make up remover eye & lip.
ini adalah pencuci mekap bukan pencuci lantai
kalau mahu pakai pencuci lantai pun tidak mengapa tapi sila
jangan cari saya kalau muka sudah tidak ada rupa.

KATA PENGELUAR:
> efficient & easy: this formula instantly removes all
eye and lip makeup,even waterproof and non water-transfer.

> gentle: formulated for sensitive eyes it is especially very gentle
for the delicate skin around eyes.

> to use: shake well before use.
soak a cotton pad with the lotion and apply on your eyes or lips.

KATA SAYA:
> goncang sebelum guna.untuk buat cecair yang dua kaler tu bersatu.
lepas tu baru tuang atas kapas dan tanggalkan mekap.

> nampak cecair macam toner.
tapi bila disapu tak macam toner langsung lah!
ringan jek..tak terasa pun tengah guna produk tu.

> mekap mudah ditanggalkan walaupun mekap waterproof.
sekali sapuan pun dah tanggal.takyah nak tonyoh2 bagai nak rak.

> takde kesan lekit ke,tegang ke,pedih ke.
dicipta supaya sesuai untuk mata dan kulit yang sensitif,
so takde kesan2 tu semua.

> tanpa haruman.

> harga RM8.90 untuk botol kecil(time promosi)
tapi kalau bukan time promosi harga untuk botol besar cuma
RM15.90..murah je kan?

kalau dah habis nanti saya nak beli lagilah sebab
memang berkesan !

like page saya kalau sudi.
ada kat sidebar bahagian atas.

klik nuffnang nakoperate.

tenkiu.