ijn

Assalamualaikum..

untuk sesape yang merindukan saya silalah membaca sambil
menahan air mata kah kah over !

saya sangat rindukan belog ini dan kamu semua..
memang rindu..i tak tipu hokeh..sob sob..
sudahlah..mari lihat apa kebenda saya buat kat IJN nun..
(tinggal kat ijn 8 hari dan ipoh 3 hari).

mahu cakap nih..
dalam banyak2 benda saya buat kat sana...
hanya ada 2 gambar saja?
cettt..!!!!

berninja di pagi2 buta..
giler kau air-cond punya kuat 24 jam sehari selama 8 hari..!
pedih hidung2 nih ha..
mandi pukul 6 pagi sebab nak solat..pastu tergedik gedik atas katil
sampai terpaksa jadi ninja ha ha padan muka haku!

benda yang saya buat kat sana..
ECHO:
macam scan kat bahagian dada,perut dan tekak.
yang buat itu adalah mamat-awat-hang-hensem-sangat-weh? 
kah kah malu i..kene selak2..aouw2...!!

LUNG TEST:
ada alat yang diset dengan komputer.
buang semua nafas yang ada dalam paru2,
tarik nafas sepanjang panjangnya dan masukkan
alat khas didalam mulut
pastu hembus sehabis boleh sampai komputer menunjukkan isyarat.
keputusan? 50 sahaja..normal 80..
buat 3 kali pun sama saja..finelah..paru2 2nd  dah huk huk..

6 MINUTES WALK:
jalan ulang alik mengelilingi kon.
alat khas mengukur nadi dipasang di tangan.
kena berjalan selaju yang boleh sampai cukup 6 minit.
kena buat sebanyak 2 set (12 minit).
lepas tu nadi,tekanan darah dan tahap keletihan akan dicheck semula.
dulu berjaya buat 450km..
sekarang tak boleh habis dah..kurang dari 300km rasanya.
penat yang amat.

X RAY:
takyah explain..
sape tak tahu meh nak sekeh sekor2..
eh ada hati mau sekeh anak orang ha ha..

DARAH:
part nih paling seksa..
bukan sebab saya takut ke hapa..
saya tak penah takut amik darah cuma
kat mana2 pun memang susah nak amek darah saya.
urat saya sangat halus.
pagi tu lebih dari 5 kali saya dicucuk..darah x mau kuar,
kalau kuar lak dia jadi pekat.habis dua2 belah lengan kena tampal plaster.
tengahari lak lebih dari 5 kali gak kena cucuk masih
tak dapat amik darah.
last2 dapat gak..tu pun punya lama depa try.
habis dua2 lengan bengkak2 dan lebam.

UBAT:
saya sedang test ubat.
2 jenis ubat ditambah.
tapi kesannya hanya dapat dilihat selepas 2,3 bulan.

ini adalah menu makan.marilah memilih kemudian termenung mengenangkan
bil yang bakal tiba..

keputusannya?
saya dah jumpa pakar bedah dan coordinator pemindahan
jantung dan paru2.
kalau ada rezeki nama saya akan disenarai 
untuk menunggu penderma jantung dan paru2.
berharap sangat saya dapat disenaraikan dan dapat buat operation.
itu harapan terakhir sebab paru2 dah rosak..
jantung lak memang bermasalah.
doakan saya dapat buat operation..
amin..

yang paling dasat adalah billnya..
RM22,000 ++
okes marilah pengsan bersama saya!!!

ada perkara dasyat berlaku kat saya.
nanti saya buat entry ya.

klik nuffnang nak operate..

tenkiu.