kemusykilan yang terjawab

Assalamualaikum..

bace tak paper metro ahad 17 julai 2011
tak baca takpe..kalau bace pun takpe..
pasal meh sini saya tolong bacakan..
eh bukan bukan..macam bermimpi saja kalau saya yang bacakan..
saya tulis awak semua baca ya? HA HA HA..
(erk eleh..)

P/S: soalan dari pembaca,dijawab oleh DR.MASHITAH.
saya letak 3 saja,lagi satu tak berkaitan kekonpiusan saya (berkenaan ibu hamil).
so saya letak yang mana saya nak tahu saja okes hi hi..

BEDAK SELEPAS WUDUK
SOALAN: adakah menggunakan bedak asas di muka boleh
membatalkan wuduk kerana air tidak sampai ke kulit?
dari: AIDA, KEMAMAN.

JAWAPAN: jika sudah mengambil wuduk kemudian memakai
apa saja yang bedak asas yang bersifat kalis air atau tidak,
wuduk saudari masih sah.
berbeza jika selepas memakai bedak yang memang dinyatakan
kalis air kemudian mengambil wuduk maka tidak sah wuduk kerana
syarat sah wuduk ialah sampai air ke kulit.
apa yang penting air sampai ke kulit barulah sah wuduk.

HUKUM LURUSKAN RAMBUT
SOALAN: baru2 ini suami menyuruh saya untuk meluruskan rambut(rebonding).
apakah hukum meluruskan rambut walaupun mendapat keizinan suami?
adakah amalan saya diterima allah?
dari: ZIANA, KELANA JAYA.

JAWAPAN: hukum meluruskan rambut adalah HARUS,
apatah lagi bagi seorang wanita yang berkahwin tambahan pula
ia adalah sesuatu yang disukai suami.

mungkin ia dapat mengeratkan kasih sayang antara
puan dan juga suami malah ia adalah dituntut bagi suami isteri
melakukan perkara yang boleh mengharmonikan
rumah tangga.

WANITA UZUR BOLEH ZIARAH KUBUR
SOALAN: apakah hukum bagi seorang wanita yang menziarahi kubur ketika haid.
ada sesetengah orang mengatakan menziarahi kubur ketika haid adalah haram
namun ada yang mengatakan ia tidak berdosa.
saya berasa serba salah hendak menziarahi kubur ketika
dalam keadaan haid.
dari: MIZA, SIPITANG,SABAH.

JAWAPAN: wanita yang sedang berada dalam keadaan haid
tidak dilarang bagi menziarahi kubur.

tiada nas Al-Quran dan hadis yang melarang wanita haid
pergi ke kubur kerana ia bukanlah tempat suci untuk beribadah.
bagaimanapun mungkin ketika berziarah dia tidak dapat membaca ayat Al-Quran 
kecuali berzikir sahaja.

itu saja saya nak share..

like fanpage saya kalau sudi.
kat sidebar ye.

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.