riview produk cocealer elianto & maybelline

Assalamualaikum..

saya mahu riview produk.

concealer yang saya guna kalau tutup kesan mata panda ke,
mata beruang ke..eh kan best kalau mata itu ber'wang kah kah..

elianto cream concealer 01.

> jenis krim.

>kesan yang tebal.so takyah tempek2 banyak kali.

> mudah nak tutup kesan hitam sekeliling mata,
kesan parut dan lain2.

> tahan lama.

> waktu pakai kena blend betul2 sebab kalau tak dia jadi
bercapuk.ini kan jenis krim.

> kaler dia lebih cerah dari yang kita lihat kat dalam bekas.
so jangan salah pilih.saya guna kaler 01.
ni kaler yang paling cerah.

> sangat berkesan untuk tutup kesan jerawat macam jerawat batu
atau jerawat yang nampak ketara.

maybelline liquid concealer medium
(lupa nama penuh dia).

> jenis cecair yang ringan.

> kesannya nipis,so kat kawasan yang ada parut atau
jerawat tebal kena sapu lapis demi lapis untuk tutup kesan cela tu.

> senang nak sapu.cuma titikkan dan pedap2.

> tahan lama.

> kaler dia sama ja macam yang kita nampak kat dalam bekas tu.

dua2 ni concealer yang paling saya suka.
tapi yang paling kerap guna maybelline tu sebab
saya suka pakai mekap yang bagi kesan nipis dan ringan.

entry ini serius saja kan?
takpe sekali sekala..dua kali dua kala nak serius juga kan
he he..

like fanpage saya kalau sudi.
ada kat sidebar.

klik nuffnang nak operate.

tenkiu.