produk muka yang saya guna sekarang

Assalamualaikum..

takpe..paham dah..paham dah..

tajuk dah mengexplaintkan semua isi cerita..

jadi biar saya babai di sini saja...OK BABAI..

weh weh..! nak kene lempang ke buat entry semacam ini hah?


ramai betul yang minta saya tunjuk produk muka yang saya guna.

sebelum itu mari saya mahu setori sikit pasal kulit saya ya kawan2
(tak boleh ke kau 'SETOR'kan saja setori kau itu?
 ini kata hati anda..bukan kata hati saya)

kulit saya memang licin(ini puji diri sendiri).

serius memang takde jerawat.

sejak dulu memang susah jerawat nak naik.

tapi kulit saya ada bintik2.

rasanya jeragat kot? kot? kot? T_T

pastu ditambah tangan yang gatal2 nak korek itu ini,

maka muka saya telah menjadi bintik2 taik unta..!
(unta cantik ye kawan2 ha ha..)

dulu kulit saya jenis berminyak,pastu jadi kombinasi,pastu sekarang normal
dan kadang2 kering.

kalau hormon kerek kulit saya jadi ruam halus kat hidung,
dahi dan apple of my cheek
(sepiking pasal tak tau panggil apa kat bahasa malaysia)

atau kalau ada yang tak kena dia jadi gatal merenyam
(selalu jadi kalau terlalu kering atau sensitif dengan bahan dalam produk)

sekarang saya mahu cegah penuaan pula.

ai nih plan nak kawen 5 taun lagik..

taknaklah kang muka kerepot kat atas pelamin kan?
(gaya mak2 datin dalam tb)

sekarang saya berumur 13 tahun..

sudah agak tua ya kawan2..

maka saya telah mentry produk untuk mencegah tua sebelum waktunya.
(ada bakat buat iklan budak nih)

saya cuba safi rania gold.dah dekat 2 bulan cuba pakai.

besar harapan saya semoga wajah bertukar menjadi sejelita rozita che wan.

atau kalau dapat jadi rozita kembang setaman pun takpe..ai rela..

p/s: saya setori produk secara ringkas ya.
nanti kalau rajin saya review satu persatu.
itu kalau rajin..
selalunya saya nih rajin ke?
sila jawab..cepat sila jawab..
(giler punya susah soalan)

PEMBERSIH WAJAH SAFI RANIA GOLD (KRIM).

P/S: dia ada 2 jenis,krim dan gel untuk jenis kulit yang berlainan.

KATA SAYA:
> jenis krim keemasan yang ada banyak buih.

> ada bau tapi ok2 saja.takde pening ke hape ke.

> buih banyak jadi senang nak urut2 kat muka pastu bilas.rasa bersih ja.

>lepas cuci kulit lembut tapi lepas beberapa minit kadang2 dia jadi kering.

 TAK BEST:
> kadang2 rasa gatal merenyam.saya syak mungkin sebab effect dia yang
buat kulit saya kering ataupun saya alergik dengan sesetengah bahan dalam produk ni.


lepas cuci terus pakai pelembab sebab saya jenis
yang tak boleh pakai toner sejak dulu.
saya adalah pemalas..sekian babai..

GUNA:
2 kali sehari iaitu siang dan malam.

KRIM PELEMBAB SIANG SPF20PA++

KATA SAYA:
> jenis krim dan berbau wangi yang cepat meresap ke kulit.

> tak berminyak..bab nih memang terbaik !
kulit tak minyak langsung tau.

> kulit anjal sikit dari sebelum ni.

> kulit lebih cerah.

> ada perlindungan uv spf20pa++.

> kulit lembut tapi di tahap yang sederhana saja.

TAK BEST:

> kadang2 kulit saya kering terutama kat kawasan pipi.

> bila pegang rasa macam biasa2 kadang2 kesat sikit.

> selalu kulit jadi gatal merenyam.
(mungkin sebab2nya macam saya cakap tadi).

GUNA:
sekali sehari iaitu pada waktu siang.

PELEMBAB MUKA LIDAH BUAYA SAFI.


p/s:  lepas sapu krim safi rania gold,saya sapu krim pelembab nih pulak.
kira double lah.
tapi saya pakai kat kawasan pipi,dagu dan dahi saja.
hidung dan atas bibir dielakkan sama sekali.

KATA SAYA:
> saya sapu krim nih untuk lembabkan semula kulit sebab safi ranai gold kan
tak bape lembab.pastu pas pakai nih gatal merenyam tu pun ilang.

> effect lembab dia memang mables !
sangat lembab dan tak berminyak walaupun saya suka sapu banyak2.

> kulit licin.majoriti orang yang pakai pelembab nih kulit dia
akan cantik,putih dan kemerah merahan.
CCE pun pakai krim nih.kulit dia jadi putih merah2 pastu licin.

> bila sentuh kulit lembut sangat2.

> pakai pemlembab nih pastu pakai mekap kulit
akan nampak cantik.

TAK BEST:
> takde spf.saya nih kan pemalas nak tempek banyak2 benda.
jadi saya amat mengharapkan spf ada siap2 kat dalam satu2 produk tu he he..

> kalau pakai kat hidung dan atas bibir mesti dia akan berpeluh 
secara hebat kat kawasan tu.pakai mekap pun akan
naik tompok2 dan tak rata.
kat kawasan tu je lah..kat kawasan lain kulit nampak cantik pas mekap.

GUNA:
sekali sehari pada waktu siang
atau kalau gedik saya guna jugak pada waktu malam.

AQUEOUS CREAM.

p/s: krim nih doctor IJN yang kasi.cuba awak cari kat farmasi atau klinik kulit.

KATA SAYA:

> berasaskan air dan takde bau.sejukkan kulit.sesuai kalau kulit ada masalah.

> krim yang sangat hebat.kenapa hebat? tengok entry nih >>> SINI NGERI WEH !!!

> bila pakai kulit lembab.

> kulit jadi lembut sangat2.

> kulit nampak licin.

> pakai krim nih pastu mekap..kulit+mekap akan nampak
cantik sangat2.

TAK BEST:
takde yang tak best.

GUNA: 
pakai ikut suka saya saja.
selalunya sekali sehari pada waktu malam sebelum tido.
atau setiap kali nak bermekap.
kang mekap ai nampak cantik uuu...

KRIM KONTUR MATA SAFI RANIA GOLD.

KATA SAYA:
> kalau tengok betul2 krim dia macam ada serbuk halus
warna keemasan.
eh ada emaskah? okes mahu membawak pergi ke kedai pajak gadai sekarang juga
kah kah over !

> jenis krim yang cepat meresap dan takde bau.

> kulit kat kawasan mata rasa lembab dan lembut.

> katanya boleh mengurangkan lingkaran hitam kat mata,
tapi saya belum pasti bab ini.
(memang dasar mata panda cik senah kan...)

sekarang marilah kita menyejukkan pandangan dengan
menatap gambar cik puan lawa..
(ini cik puan perasan bukan cik puan lawa)


ini kerja kamera buat kulit saya nampak macam mables gila la woi..! kah kah
memang over.


p/s: saya dah buat 'open on new tab' setiap kali awak klik mana2 link kat blog saya.
so senanglah kan.takde ganggu entry yang awak tengah baca.
tekan link jek otomatik keluar kat new tab.
syabas bete !!! (jakunness)

sila like fanpage kalau sudi.kat sidebar.

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.