video Tutorial-how to wash,wear and removed contact lens

Assalamualaikum...

sebenarnya sudah lama kawan2 minta saya buat video ini..

tapi biasalah..

membuat orang tertungu tunggu adalah kepakaran saya..KAH KAH..

ehem2..apa nih? apa nih? gelak semacam berbangga saja..


saya sudah berjanji untuk membuat video ini sebelum hari raya hari yang mulia..

jadi marilah kita tengok sambil belajar,sambil cuba,sambil minum air..eh tak..tak..


P/S: saya belajar dari pakar mata hokeh..
kalau salah yang saya tunjuk tu maka salah la pelajaran saya pada suatu waktu yang dulu
T_T

PESANAN PENAJA CAP KAMBENG:

1) pakai lens sebelum pakai apa2 produk kecantikan muka dan mekap.
ini untuk elakkan bakteria.

2) tanggalkan lens sebelum cuci mekap.

3) sentiasa pastikan jari dan tangan bersih sebelum memegang lens dan mata.

4) cuci tangan dengan sabun,bilas bersih dengan tisu bukan kain
sebab kalau serat kain melekat kat jari dan tangan ia akan melekat pula di lens.
nanti pakai lens pulak rasa tak selesa.

5) tukar solutions dalam bekas lens setiap kali nak simpan lens.

6) cuci lens dengan cara yang betul setiap kali sebelum pakai dan setiap kali
sebelum simpan lens.baru mata tak sakit atau tak selesa.

7) lebih baik pakai lens bersaiz besar seperti 15mm atau 16mm sebab
saiz ini buat mata tak sakit.saiz normal 14mm dan 14.5mm buat mata rasa tak selesa.

8) guna solutions jenis all in one.
boleh guna untuk cuci,bilas dan simpan.
kalau jenis biasa hanya boleh guna untuk cuci saja.bukan simpan.
kang pedih mata kang..

P/S: MAJORITI ORANG YANG PAKAI LENS TAK
MENCUCI,MENJAGA DAN MEMAKAI LENS DENGAN BETUL.

lain2 info dan pengalaman saya dengan lens boleh tengok kat label
'LENS'
silalah memakai lens untuk kelihatan cantik..

weh ini menghasutkah? kah kah..!



like fanpage kalau sudi.kat sidebar.

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.