video tutorial soft purple make up or gray outfit

Assalamualaikum..

hari tu saya dah tunjuk mekap biru yang dramatik sikit untuk pakai dengan baju kaler kelabu.

kali ni saya tunjuk mekap simple-gila-lah-weh!-pejam-mata-pun-boleh-buat.
weh gile punya tajuk..panjang kemain..
eh tak..tak..itu bukan tajuk..
itu mukadimah saja...kah kah !

mekap ni tak guna banyak kaler dan barang pasal permintaan kawan2 nak yang simple jek.

saya guna white eyeliner sebagai base sebab tekstur yang berkrim
buat kaler yang tak terang tu lekat dan jadi terang semula.

awak boleh guna white eyeliner kat bawah mata kalau nak.
saya tak guna sebab mata saya nampak macam kecik jekk...

boleh juga tambah highligh kat hujung dalam mata.
saya pun tak buat yang ni..saja je takmo buat.

mekap ni buat mata nampak besar.
weewwiiittt...!

mata yang layu di tasik madu telah bertukar menjadi mata-yang-besar-kau-tangok-pun-jeles-lah-weh!

saya adalah si pembajet cun yang paling hebat..

eh eh gigi saya adalah seperti pagar yang tidak siap..
jadi apakah masalahnya?
SADAP UUUU..!!! (ini bergaduh dengan diri sendiri nih..)



lain2 tuto mekap boleh carik kat label 'tutomekap'

lain2 tuto shawl boleh carik kat label 'tutoshawl'

saya juga adalah pembajet comel yang hebat...

atas kanan: perbezaan mata sebelum dan selepas mekap.

bawah kiri: tak pakai white eyeliner.

bawah kanan: pakai white eyeliner.

oke kawan2..saya masih berhutang 1 tuto mekap raya atas permintaan peminat..
weh peminat? heppppp..!!!

like fanpage kalau sudi.kat sidebar.

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.