hair treatment cara saya..

Assalamualaikum..

orang kata buat apa jaga rambut bila pakai tudung? bukan nampak pun..
itu orang kata..saya tak kata..

nak tahu apa saya kata?
WEH MINAH APESAL KAU TAK NAK JAGA RAMBUT HA?
KANG BERBAU,BERMINYAK,BERKELEMUMUR,GUGUR,
SAPE YANG MALU? KAU TAK MALU KE?
okes..budak nih memang melampau kah kah..

meh nak share info skit..skit je tak banyak..ha ha..

GUGUR:
banyak faktor.baru2 nih saya buat eksperimen skit.
cikgu rambut saya cakap setiap kali lepas syampoo kena pakai perapi.
kang rambut gugur dan kasar.
so dalam masa beberapa hari saya syampoo tak pakai perapi.

hasilnya:
rambut saya gugur dengan banyaknya..padahal saya takde masalah keguguran rambut pun sebelum nih.
rambut saya kering sangat2.
rambut saya kasar macam dawai T_T

lepas pakai perapi terus jadi ok tau.

punca: 
bila syampoo,kutikel iaitu lapisan rambut akan terbuka.
kalau tak pakai perapi,kutikel akan sentiasa terbuka dan mendedahkan
lapisan rambut kepada anasir2 luar seperti cuaca dan lain2.
rambut juga akan tersangkut antara satu sama lain sebab bentuk kutikel yang terbuka ni kasar2.
rambut pun akan mudah putus,gugur dan rosak.

disyorkan memakai perapi untuk menutup semula kutikel
dan mengurangkan geseran antara rambut.
so rambut akan lembut dan licin.

KULIT KEPALA:
orang tua2 selalu cakap tak boleh syampoo rambut hari2 atau secara kerap.
kang rambut rosak.
saya tengok sendiri time belajar dulu..
kulit kepala orang yang jarang dicuci dan dijaga.
lapisan kulit kepala dan liang roma dah tertutup.
so rambut beliau gugur,botak dan kulit kepala rosak.
bila tengok tu...sangat GELI ok..!

cuci rambut secara kerap dan rawat rambut sebaik-baiknya ok.


meh nak share cara saya jaga rambut.

> rambut saya jenis kering.

> kalau perlu saya cuci rambut setiap hari.
kalau tak,saya cuci selang sehari.

> buihkan syampoo dan lebihkan dikawasan kulit kepala bukan rambut
sebab tujuan bersyampoo untuk membersihkan dan kulit kepala adalah kawasan yang
memerangkap kotoran,so kulit kepala yang perlu dibersihkan.

> perapi pulak untuk rambut dan jangan bagi kena kat kulit kepala.
sifatnya berat dan sedikit berminyak.
kang kena kulit kepala ia akan berminyak,kelemumur dan memerangkap lebih banyak kotoran.

> 2,3 hari sekali saya buat sendiri hair treatment.

> sikat rambut guna sikat yang jarang.

> gunakan produk yang sesuai.

> tak menarik rambut dengan kuat,menyikat atau mengeringkan dengan kasar
dan tidak mencabut rambut.

> kurangkan penggunaan alat dandanan yang panas.


PRODUK:
saya syampoo rambut guna syampoo dan perapi sunsilk pink.

2,3 hari sekali saya buat hari treatment.

saya guna 2 produk ni secara bergilir untuk treatment rambut.
kalau dah guna wax,saya tak guna minyak zaitun..begitulah sebaliknya.

kiri:
Watsons Conditioning Treatment Wax Avocado extract.
500ML
RM15.00

mengandungi minyak avocado dan minyak zaitun.
menyubur dan melembabkan semula.
menjadikan ianya lembut dan senang diurus.
bau dia sederhana saja.tak kuat sangat dan tak wangi sangat.

lepas syampoo,keringkan rambut dengan tuala.
lumurkan wax ini di seluruh rambut tapi elakkan dari terkena kulit kepala.

rendam tuala didalam air panas atau suam.
perah separuh kering dan balut kepala.
biar selama 5 ke 10 minit.
kemudian cuci rambut dengan air sehingga bersih dan tiada sisa produk.
(fungsinya sama seperti steam rambut di salun)

bila malas saya tak buat camnih.
lepas syampoo saya pakai macam perapi ja.

lepas pakai rambut jadi lembut dan lembab.

saya cuba tak pakai pelembab rambut  lepas guna produk ni.
rambut saya kekal lembut dan lembab selama 2,3 hari.
kira ok sangat lah tu..

kanan:
Shurah Minyak Zaitun.
150ml
harga tak ingat dalam RM10 ke RM15 camtu la.

mengandungi minyak zaitun,minyak bijian anggur,vitamin A,C dan E.
melembab dan melembut.
senang diserap dan tidak berminyak.
boleh digunakan sebagai penanggal mekap,minyak urut,pelembab kulit dan lain2.
bau agak kuat.

kalau minyak nih saya guna waktu malam.
sapu seluruh rambut dan kulit kepala.urut kulit kepala guna hujung jari.

rendam tuala dalam air panas atau suam.
perah separuh kering dan balut rambut.
biar 5 ke 10 minit.
syampoo rambut,pakai perapi dan cuci bersih sampai takde kesan produk.

kalau malas saya lumur seluruh rambut sampai kulit kepala kemudian urut.
biar sampai keesokkan pagi baru syampoo dan pakai perapi.

lepas pakai rambut agak lembut dan lembab.
tapi saya lebih suka pakai wax.


lepas cuci rambut,saya pakai salah satu dari produk ni.


kiri:
Pelembab Tanpa Bilas Sunsilk (Pink).
50ml
harga tak ingat.tapi RM10 kebawah.

mengandungi keratin yogurt nutri complex.
formula yang ringan.
menyaluti dan melindungi serat rambut.
melindungi rambut dari kelembapan dan persekitaran.
rambut kekal lembut dan senang diurus.
bau wangi dan agak kuat.

lepas cuci,biar rambut separuh kering baru pakai pelembab nih kat rambut.
rambut saja..jangan bagi kena kulit kepala.


lepas pakai rambut jadi lembut,lembab dan wangi.

kanan:
AD Professional crystal oil.
125ml harga dia ikut salun yang jual.
selalunya dalam RM15 ke RM30.

memperbaiki rambut yang rosak,kering dan kusut.
melembut dan mengawal rambut yang rosak dengan segera.
rambut kelihatan sihat dan bersinar.
bau dia ikut jenis sebab minyak ni ada banyak jenis,kaler dan haruman.
yang saya nih berbau anggur dan sederhana kuat.
cepat menyerap dan takde kesan minyak.

lepas cuci rambut boleh terus pakai dalam keadaan
rambut yang basah atau kering.
pakai kat rambut saja.jangan sampai terkena kulit kepala.

lepas pakai rambut lembut sangat2 dan tak terlalu kering.


weh panjang kemain entry haku nih T_T

moh la jaga rambut kita ok.

like fanpage saya kalau sudi.ada kat sidebar.

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.



28 comments:

NurulAthirah said...

rmbut sy ckt oily...ssh le lau pakai mnyk2 bagai 2...cmne ye...dh le rambut tebal kemain...tkt kelimumur maharajelela lak....

ღ p!nk veLvet ღ said...

wahhh...bagus info ni :)

Mya said...

weeee ada entri pasal rambut! thanks share info =)

GiGi_ChAnTiq said...

woah...bnyk nye..tu la..bile rmbut ggur...rase geram..kelmmur lg..ish...baru2 ni try gune produk dri Avon...2 in 1 anti-dandruf..brbaloi la...wlaupun mhal..uwuwuwuuw....

Hanie_Dew said...

hmmmmm..dengan gagahnya daku memabca smapai bawah walaupon panjang berjela.

BFF aku,Jue sangat memntingkan penjagaan rambut. produckjagaan rambut dia aje bile penuh kabinet.

Wani said...

wahhhhh.
terima kasih share :)

Aida Azryn said...

ok,thx share! :B

nuruashia ♥ said...

wawhhh bru tahu..thanks sudi share info hek9!
btw, sys boleh bukak salon neh hehehe

zie_ira said...

yeahh ! ira pon nak menjaga rambut dengan sebaik nyeee~,:D ,,leyh ikot tips2 ZZY ni,,tenkiuu,,:)

eh eh ,,ira online di skudai skarang ,sobs2~

zOeY zAu YaH said...

nurul: bli produk khusus untuk rambut berminyak.

zOeY zAu YaH said...

pink: amalkan ok? hehe

zOeY zAu YaH said...

mya: welcome =)

zOeY zAu YaH said...

gigi: kalau dh jumpa produk yg sesuai kira ok lah tu.

zOeY zAu YaH said...

hanie: =)

zOeY zAu YaH said...

wani: sama2 =)

zOeY zAu YaH said...

aida: jaga rambut tau hihi

zOeY zAu YaH said...

nuru: share cara saya jaga rambut sendiri ja hihi..

zOeY zAu YaH said...

zie: yup..jagalah rambut elok2 ok?
alolo siannya dh blk sana erk?

Nur Farah Hani said...

hari tu wat rebonding rambut.. skang rambut asyik gugur je.. uhuhu.. nak try la gune y watson tuh.. nak kasik lembab n tak kering.. :D

Cik Yatt said...

kalau kite perapi tu mesti...hee

Cik Suheela said...

betul2, rambut still kena jaga if bertudung...baru suami syg kan kan kan kifkifkif... kte pon pakai crystal oil tu, bagus..rambung kurang gugur...

cik nur said...

hurm rambur nur kelimumur tak tahu la nak buat mcm mana dah pakai shampoo tapi still ta hilan skang nie dah tukar yang baru cuma tgh tggu 3 bula kalo tak oke kena la tukar shampoo baru kan

Fyza Lovato said...

wah nice sharing.
sy pon selalu ringankan penjagaan rambut bila dah study.

Jue said...

aku sgt care psl rambut aku weh
mcm2 produk aku pakai tp satu jenama ^^

EB said...

Lelaki blh tiru mcm ni x?

baiyah said...

nk tye ni,AD professional crystal 2 nk bli ktne ek?

zOeY zAu YaH said...

baiyah: salun rambut.

Leeza dayasari [santai leeza] said...

terima kasih. tips yang baik untuk dikongsi .... mekasih.

KLIK SINI TUAN BLOG NAK KAWEN