Review: Gam bulu mata palsu

Assalamualaikum..

ramai yang bertanya soalan macam mana nak bagi bulu mata palsu melekat lama.
nasib baik saya anggap ini soalan berbaur cepuk emas,
kalau saya anggap ianya cepuk silver ke hape memang tak layan dah soklan kauorang tu
kahkahkah...
dengan baik hatinya saya nak review satu produk nih.
produk yang akan buat bulu mata palsu melekat lama.
susah nak tertanggal macam selalu sampai kauorang rasa nak kunyah2 bulu mata 
 tu sampai lumat T_T

*ada dua jenis gam yang macam sama tapi sebenarnya tak sama.

 ZIXIANNE EYE CREAM

 BEST....
harga: RM10 ~ RM25 *ikut tempat.

tekstur jenis latex putih macam susu getah tu tapi dia agak pekat.
tapi ini bukan susu getah kau amik gi jual tu ya..susu pekat manis cap teko pun bukan..
jangan nak tersilap pulak...

bau macam gam budak sekolah kahkahkah tak lawak ponnnn...=.="

ada batang kat penutup dia,so senang nak sapu gam kat bulu mata.
sapu sampah memang tak boleh..itu buang tebiat namanya..

buat masa sekarang inilah gam yang paling bagus saya pernah guna.
melekat kuat dan takyah risau sangat bulu mata palsu tertanggal ke hape.
sapelah tokey jenama nih..nak aje haku minta komisen kat dia...

TAK BEST...
gam cepat kering terutama kat leher botol.
kat leher kita dia tak kering pasal memang tak sapu kat leher kita pun..

gam warna putih,so lepas pakai kena cover kesan gam tu guna liquid eyeliner hitam.
nak cover dengan marker pen pun..errrr...ikut suka kaulah senah...

sesetengah orang mungkin akan rasa sakit time nak tanggalkan bulu mata.
gam dia agak kuat.
jerit jek kalau sakit..takde halangan pun...

tapi overall memang saya puas hati dengan gam ni..
jantung,hempedu semua puas sekali hehehehehe...

CARA GUNA..
sapu gam secukupnya sepanjang garisan bulu mata palsu.
bubuh lebih toksah nak kedekut sangat cek kiah ooiii...

sapu lebih kat bahagian hujung.

biar separuh kering baru pakai bulu mata palsu tu.
dengan cara ni bulu mata akan melekat kuat.

CARA TANGGALKAN/CUCI..
cabut perlahan hujung bulu mata palsu.
saya suka mula dari hujung dalam mata(dekat hidung tu)
dan tarik perlahan2 ke arah tengah dan hujung luar mata.

cuci kesan gam kat mata dengan waterproof make-up remover atau minyak bayi.

kalau tanggalkan dengan elok,awak boleh guna bulu mata palsu tu lebih dari sekali.

kalau bulu mata tu masih elok,guna putik kapas..celup dalam waterproof make-up remover
atau minyak bayi dan cuci perlahan2 bulu mata tu.
cuci kedua2 bahagian bulu mata..belakang dan depan.
lepas tu ambil putik kapas yang bersih dan kering atau boleh juga gunakan tisu,
cuci sisa minyak dan kotoran kat bulu mata tu..
simpan dan boleh digunakan semula.

PERBEZAAN ANTARA DUA JENAMA.

jangan konpius wahai kawan2 semua.

ada dua jenama yang packagingnya sama tapi kesan berlainan.
yang bagusnya jenama ZIXIANNE.
saya beli kat pemborong mekap murah sikit atau boleh beli kat bright sail dengan harga RM25.

yang satu lagi jenama MARIE BEAUTY.
jenama ni selalu ada kat pemborong mekap yang jual on9.
harga dia selalunya murah sikit.
tak tahu apa pendapat orang lain yang pernah guna jenama ni tapi saya memang tak suka.
dia cair,susah kering,mudah comot dan tak bape kuat/tahan.

taknak tersalah beli senang saja.
boleh tengok perbezaan yang saya tunjuk kat gambar tu.
yang penting perbezaannya kat logo dan jenama.
yang lain memang sama..sekali pandang susah nak beza.

sekarang sudah tahu kan?
boleh la memakai bulu mata palsu dengan senang hati..
macam budak kat bawah ini =.=

hai saya adalah si pencinta bulu mata palsu...
biasalah bajet nak jadi rozita che wan...

kadang2 saya terlebih over punya worang...
memakai bulu mata palsu yang mengerikan di bawah mata T_T

selamat mentry.

like fanpage kalau sudi.
www.facebook.com/zoeyzauyah.blogspot.com

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.