kalau ada fakers degil report ja kat sini

Assalamualaikum..

saya hanya ada satu facebook peribadi >>> http://www.facebook.com/zoeyzauyah
jadi jangan tertipu kalau ade yang guna gambar atau maklumat saya.

semalam dah mesej elok2 minta makluk yang guna gambar saya kat fb
supaya buang dan jangan tipu orang dengan guna gambar saya.
tapi takde respon.
check2 dia on9 ja pun malahan kawan dia dari 38 orang terus jadi 50 orang.
family yang dia listkan kat profile pun semua baru buat akaun fb termasuk dia sendiri.
nampak sangat fakers kan?

jadi saya bagi satu lagi mesej minta buang gambar saya.
kalau tak buang juga saya akan terus report kat cybersecurity.
ini bukan main2..

nak tengok makluk degil malu nak guna muka sendiri itu?


orang lain yang guna gambar saya cepat je buang kalau saya mesej elok2
minta buang.dia nih sorang jek degil nak mampusss...! 

kepada si pengguna gambar saya siap letak nama tak hot langsung,
sila buang atau saya akan terus report kat cybersecurity !

awak2 semua pun kalau rasa ada gangguan atau penipuan di alam siber boleh
ja email kat diaorang nih..
bagitau secara terperinci masalah2 kauorang tu terutama kalau bab gangguan.
cyber999@cybersecurity.my

ini pula akta komunikasi dan multimedia 1998.
so pasnih hati2 kalau nak komen ke,tulis apa2 ke kat alam siber.

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
apa-apa komen,permintaan,cadangan,komunikasi lain yang lucah,sumbang,palsu,
mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati,menganiayai,
menggugut atau menggangu orang lain;atau memulakan suatu komunikasi dengan
menggunakan mana-mana perkhidamatan aplikasi samada secara berterusan,berulang kali atau selainnya,
dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku,dengan atau tanpa
mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati,menganiayai,
menggugut,atau menggangu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat eletronik,
adalah melakukan kesalahan,tindakan boleh diambil mengiku 
AKTA 588,AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

orang yang malu dengan diri sendiri memang suka guna gambar orang lain.
sekian.

like fanpage kalau sudi.
www.facebook.com/zoeyzauyah.blogspot.com

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.

16 comments:

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

kenapalah perlu guna muka org lain kan? pelik, sekalipun nk menyamar gunalah muka artis...huhuhuhu..artis berapa ribu klon pun org tak herann...haish, buat report je kak...

zie_ira said...

kite report sama dia !!!! hehehe

macam2 la orang ni ,, letak la muke sendiri ,, nmpk sgt tk confident dgn diri sndiri kan,,ishh2,,

nuruashia ♥ said...

cehhh..mmg xtaw malu laaaaaa org cenggini haa..
tu laa sys cntekkk sgt..

zOeY zAu YaH said...

fifiey:saje je org nih..nk guna muka org lain..

zOeY zAu YaH said...

zie: yup..mmg pun.

zOeY zAu YaH said...

nuru: mana ada lah..saja org tu gatai malu nk tunjuk muka sendiri.

biskut chipmore said...

jahat..jahat depa tu.. meh kita lempang dia laju2.. tau la zoey comel..curik lak gbr kamu.. sangat tidak baik~

Juliet_iRa~" said...

zoey meletup!

heee...

rmai peminat ni..:D

❤ eyeme ❤ said...

wah! cik zzy da marah naa..tp mmg betul pun..kdg2 tgk sepupu sendiri pakai gambar heliza..rasanya diorang bdk2 kecik ni xtaw agaknya benda ni hak privacy seseorang..tu main pakat guna je gmbr org..

zOeY zAu YaH said...

biskut: ini spesis degil nih..org minta baik2 pun dia buat dono jee..x malu punya worang.

zOeY zAu YaH said...

juliet: mana ada..cumaaa org nih gilakan saya pa? hahahha

zOeY zAu YaH said...

eyeme: kalau budak2 lagilah depa x tau..bkn apa..takut org guna gambar then buat bukan2..menggatal dgn org lain ke kan..

Ct Sabihah Full said...

haish..ketekaq bdax ni..dah report ka kak zoey??

reyna said...

mungkin sebab dorang peminat la nih,,minat sgt2 tu yg pakai gambar orang lain tuh ,,

cik nur said...

org mcm nie tak pyah cakap baik buang air liur sahaja better terua jer report :)

~ieda~ said...

dia buang x lg picta 2????