Review: contact lens POP C LIGHT BROWN

Assalamualaikum..

saya adalah pencinta contact lens..hahahahaha...
ok part yang gelak tu tak tulis pun takpe bukan ada kepentingan juga tiada kaitan 
tapi hey..hey..ini kan belog saya..jadi paham2 lah sudah lah ya..

saya mahu review contact lens baru saya yang peewwwittt...!
gambar ini tak edit kaler sebab nak tunjuk kaler asal lens bila saya pakai.

dah puas dah berangan jadi minah saleh..sekarang mari mempakai yang berwarna coklat pula.

POP C LIGHT BROWN CIRCLE LENS 

COLOUR: light brown.
FROM: korea.
WATER CONTENT: 38%
BASE CURVE: 8.6mm
DIAMETER: 16.0mm
(saya dapat tahu ini bersaiz 15.5mm saja tapi kat botol tulis 16.0mm pula).
EXPIRED: 1 year
PRICE: RM17 !!!! 
(harga promosi,harga sekarang saya tak pasti).
OWNER: wida ollcay

perbezaan antara pakai lens dan tidak.

> tak tebal sangat,tak nipis sangat.tapi lens jenis kira kira lagi nipis dari ini.

> rasanya saiz 15.5mm saja sebab lens jenis kira kira yang saiz 16.0mm nampak lagi besar
dari jenis ini.

> selesa.tak rasa apa pun time pakai..malah saya pernah pakai lebih dari 8 jam
dan mata masih rasa selesa.

> warna coklatnya nampak jelas.takdelah nampak gelap macam kebanyakan
lens korea yang lain.

> corak seakan-akan bunga dan ianya cantik.

> ada ring tebal kaler hitam,so dia kasi effect mata besar.
*ring itu line hitam keliling lens tu.

> mata nampak lebih besar dari asal.

>lens POP C ada dua jenis..
POP C LIGHT  dan POP C DARK.
yang saya beli ini jenis light,so kaler nampak jelas berbanding jenis dark yang nampak gelap.

> selain kaler coklat,ada lagi kaler kelabu,biru,hijau dan ungu.

> boleh beli yang ada power atau tidak.
power bermula dari 0 sampai 1000 kot kalau tak salah.

> pengalaman beli kat wida memang puas hati ok.
dia tak kedekut nak berbalas mesej dengan kita walaupun macam2 yang kita tanya.
tak kiralah mesej kat fb atau henfon.service pun cepat.

ini lagi perbezaan antara pakai lens dan tidak.

TIPS:
> saya tahu pakai lens memang tak elok tapi orang rabun macam saya ini
tak boleh pakai sepek pula sebab sakit kepala...hanya lens yang boleh,jadi
nak elakkan mata rosak kena jaga kebersihan lens dan tangan betul2.

> walaupun tahan 1 tahun,tapi saya hanya pakai selama 2 atau 3 bulan.

> jangan pakai lebih dari 8 jam.

> jangan pakai time tidur walaupun sekejap.

> jangan tonyoh2 mata time lens ada kat dalam mata.

> jangan titis eyemo time lens kat dalam mata.
keluarkan dan titis eyemo barulah pakai lens semula.

> kalau rasa tak selesa atau macam ada benda dalam mata,keluarkan dan cuci lens
barulah pakai semula.

> time cuci kene gosok sembut guna jari yang bersih,kalau tak lens akan rasa tak selesa
atau nampak kelabu pandangan bila dipakai.

hoi penatlah nak taip panjang2..hahahhahahaha...

kalau nak tau lagi boleh la carik kat label 'LENS'
kat bawah header saya tu..

like fanpage kalau sudi.www.facebook.com/zoeyzauyah.blogspot.com
atau kat sidebar dah ade..like saje..

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.