Review: essence no limits volume mascara waterproof

Assalamualaikum..

hari itu beli produk essense..
pungpang2 jurusolek lain citer pasal produk ini,
hati saya pun apa lagik..berdesup melonjak2 mahu mencuba.

produk essence dari jerman.
harga murah sangat2..
boleh beli kat watsons.

saya beli beberapa produk.
tapi sekarang mahu review maskara dulu ya.

dia ada banyak sangat jenis maskara,tapi kebanyakannya
tak tulis pun waterproof ke hape..
habis tu tak ke kemain lama tercegat depan kaunter tu dengan
bersusah payah mencari yang waterproof ?
pahan ke tak paham? tolong paham boleh tak?
(budak ini emo bukan elmo eh..elmo itu comel).
last2 beli yang biru ini..

gambar atas: 
essence no limit volume mascara waterproof.
harga RM11.90
warna hitam
packagingnya kaler biru muda.

gambar bawah:
berus maskara macam ini.
susah lah  time pakai..asik nak comot saja.

testing...
1) saya ketip bulu mata dengan pengetip biasa,
pastu pakai maskara tu dalam 2,3 kali lapisan.
kesannya biasa je kan? kalau pakai 1 lapisan lagilah tak nampak lentik ke,
tebal ke..biasa saja.

2) saya pakai beberapa lapisan dan ketip dengan pengetip panas.
dia jadi berketul dan melekat2 pula.

3) selepas 8 jam pakai.
letikkan tak tahan lama dan bawah mata tu jadi comot2..
waterproof tak berapa berkesan.

*ada bau..saya pakaikan kat anak sedara yang umur 5 tahun pun
dia komplen apesal bau busuk macam expired ja..
sebenarnya bau takdelah busuk tapi masih tak berapa menyenangkan.
saya tak suka maskara yang berbau.

* berus dia tak menarik.
bila pakai asik comot.tambah2 lak kalau pakai kat bulu mata bawah.

* tektur tak pekat atau banyak.
bila pakai jadi nipis dan kurang berkesan.
kene pakai banyak lapisan baru nak nampak macam pakai maskara.

*tapi kalau pakai banyak lapisan dia berketul pula..

* kata waterproof tapi tak sampai sejam lepas pakai 
dah comot2 terutama kat bawah mata.

kesimpulannya saya tak suka.
jenama maybelline paling bagus.
lepas nih mesti awak semua akan selalu nampak saya guna maskara
essence nih kat tutorial..murah kan..leh lah guna banyak2..
kalau jenama maybelline sayang nak guna
hahahaha...pecah dah rahsia..pecah dah..rupanya kedek tuan blog ini..

nanti saya review yang lain pula ya..
ada gak produk dia yang saya cuba dan betul2 bagus..
so tungguuu...

like fanpage kalau sudi.
ada kat sidebar atau boleh cari kat www.facebook.com/zoeyzauyah.blogspot.com

klik nufnang nak bedah..amin..

tenkiu.