yang betul dan yang salah time jaga muka*perkara yang tersembunyi.

Assalamualaikum...

hai kawan2 sekelian..
sudah cuci muka ke belum?
sudah pakai toner ke belum?
sudah pakai pelembab ke belum?
sudah pakai sunblock ke belum?
sudah blablabla ke belum?

terus kauorang rasa annoying gila budak ini kan?
terus rasa nak lempang2 muka budak ini kan?
nanti dulu..jangan lempang saya..lempang diri sendiri takpe...
hahahaha...memang annoying haku ini kan?

memperkenalkan tuan punya blog yang peewwiiittt habislah..hahahahah..
kauorang pun #$^%$^&%^& kat dalam hati..

hari ini saya mahu kongsi tips yang saya belajar dan baca.
tips yang tak berapa kita tahu tapi pakar2 tahu..
semoga selepas baca kita pun akan tahu..
jadi marilah sama2 tahu..
eh lempang nak?



PENCUCI
SALAH: letak pencuci kat muka,tonyoh sikit2 terus bilas.

BETUL: buihkan kat tapak tangan.guna buih tu urut muka pelan2 selama 1 minit
untuk tanggalkan kotoran yang melekat kat kulit.
AWAS ! jangan lebih dari 1 minit pula,nanti buih2 tu masuk dan menyerap
ke dalam pori dan kulit.masalah lain pula yang timbul seperti jerawat.

SALAH: rasa tegang tanda muka bersih.

BETUL: itu tanda pencuci tu kuat dan lembapan kulit hilang.
jadi kulit akan mengeluarkan lebih banyak
minyak untuk menggantikan lembapan yang hilang tu.
maknanya kat sini kulit akan jadi lebih berminyak dari biasa.


TONER
SALAH: orang kata toner itu wajib..tapi ada pakar yang kata tak pun.
kata orang toner sejuk dan tegang itu tandanya bagus...

BETUL: toner bukan satu benda yang wajib tapi keperluan kalau nak tanggalkan
lebihan kotoran yang tak hilang time cuci dengan pencuci+air.
juga ada bahan2 tertentu untuk kecilkan pori.
toner sejuk dan tegang tandanya ada kadungan alkohol.
lagi sejuk dan tegang,lagi banyak kadungan alkohol.
alkohol menghilangkan kuman dan mengeringkan kulit.

PELEMBAB
SALAH: lagi banyak sapu pelembab,lagi bagus.
kulit minyak takyah pakai pelembab.

BETUL: kulit ada had untuk menyerap lembapan.
pakai sekadar yang diperlukan.jangan sampai kulit jadi over basah/lembab/minyak.
lepas sapu tolong tepuk2 secara lembut kulit muka kita itu ya..
untuk mempercepatkan proses menyerap lembapan.
kulit minyak kene pakai juga.tapi khusus untuk kulit berminyaklah.
pakai sedikit sahaja kalau taknak goreng telur di muka sendiri =.="
(minyak over = goreng telur pun sodap).

PELINDUNG UV
SALAH: takyah pakai sebab leceh.
asal ada tulis pelindung uv pakai je..dah lindung semuanya.

BETUL: carik produk pelindung uv/pelembab yang lindungi kulit
dari UVA dan UVB sekaligus sebab dua jenis uv ini adalah berlainan,
kesannya terhadap kulit pun lain.
tahap perlindungan pun kene ambil kira juga.
spf15 hanya tahan beberapa jam..selepas tu kulit tak akan dilindungi lagi.
paling bagus pakai pelembab ada pelindung uv,pakai pelindung uv lagi,
pakai fondation ada pelindung uv dan bedak juga ada pelindung uv.
selepas dilapis dengan pelindung2 ni semua,spf akan jadi tinggi dan tahan lama.

SCRUB
SALAH: makin kasar butiran scrub,makin bagus tanggalkan kotoran.
scrub boleh pakai hari2.

BETUL: memang ada yang kasar,tapi hanya untuk kegunaan seminggu sekali atau 2 kali saja.
dan jika terlalu kasar akan menimbulkan iritasi(cela,pedih,kering,tegang).
scrub tak boleh pakai hari2..nanti akan timbul masalah2 macam yang saya cakap kat atas tu.
paling bagus guna scrub yang lembut dan ada jenis scrub lembut boleh guna hari2.
haaa yang jenis tu takpe(ada tulis kat label produk).

KRIM MALAM
SALAH: sama macam pelembab siang.

BETUL: krim malam lebih pekat dan ada kadungan tertentu untuk
merawat kulit.jadi krim malam adalah berlainan dari pelembab siang.

MASKER
SALAH: pakai masker sambil membaca,tonton tv dan buat kerja2 rumah.
pakai lama kat muka akan jadi lagi berkesan.

BETUL: pakai pastu tidur.setkan masa/alarm supaya tak pakai lebih dari waktu yang disarankan.
pergerakkan otot walaupun sedkit,walaupun kita tak sedar,akan menmbulkan garisan dan kedut.
jadi jangan membaca ke,buat apa2 je lah aktiviti..tidur saja ok.
jangan pakai lebih dari waktu yang disarankan oleh pengeluar.
nanti kulit akan mengalami iritasi.

GEL/KRIM MATA
SALAH: pakai lebih skit bagus.

BETUL: kulit kawasan mata nipis dan ada had untuk menyerap lembapan.
kalau pakai secara berlebihan akan timbul masalah milia(biji2 timbul),
biji2 yang ada kadungan minyak dan mata berair.
sebaiknya pakai gel/krim sebesar sebutir nasi dan pedap2 bawah mata.
pastu urut melingkar untuk hilangkan hitam dan bengkak bawah mata.

PRODUK
SALAH: campur2 produk dari banyak jenama takpe...
produk mahal je bagus..

BETUL: sesentengah orang memang takde masalah kalau campur2 jenama produk.
pencuci jenama lain,toner lain,blablabla lain..
tapi tahu tak yang terpaling elok adalah memakai satu jenama yang sama untuk
kesemua produk?
sebab setiap satu produk dari jenama yang sama dicipta untuk menyokong antara
satu sama lain.
contohnya...pencuci ada bahan A,toner pula ada bahan B yang mana bila dipakai
kedua2nya akan bergabung memberi kesan yang memberangsangkan
seperti yang pengeluar janjikan.

produk mahak tak semestinya bagus..
saya pernah guna SKII..hampes...
tak sesuai dengan kulit..last2 murahan juga yang saya guna..
untung juga..takde membazir duit camne tu je kan..
bukannnya pakai mahal2 boleh tukar jadi muka siti nurhaliza..
itu ajaib namanya..

*sama macam mekap..murah tapi ade kualiti itu lebih bagus.
asalkan kita tahu cara yang betul nak guna.
semakin mahal semakin bagus adalah TIDAK BETUL !
yang penting tahu kandungan,kelebihan,kekurangan dan cara menggunakan yang betul.
ini adalah dari pengalaman selama lebih dari 8 tahun saya dalam bidang ini.

yang paling penting jangan cakap putih itu cantik.
saya tak percaya hanya orang berkulit putih itu cantik.
tak kira warna kulit,kalau ianya sihat ianya adalah yang terpaling cantik
(sebab senang mekap ke senah? huahahahaha..).

like fanpage kalau sudi
www.facebook.com/zoeyzauyah.blogspot.com

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.