Tutorial shading

Assalamualaikum..

Shading itu adalah bayang2 disebalik
cahaya matahari ditengahari yang terik..
hahahaha haku merepek!

Moh tengok camne caranya..

Tapi amaran dulu ya..
ni sebenarnya cara saya buat untuk muka sendiri..
so nak share dengan anda..
kalau untuk mekap pengantin ke ape ke
teknik2 dia lagi elok,lagi tebal.

ada banyak jenis poduk
untuk buat shading tau.

Okes2..moh mula..
Lepas pakai fondation dan concealer,
baru buat shading okes..

Bulat cam bola dan dahi luas cam
padang golf kan muka saya? hehe..

No.1: Letak poduk tu kat kawasan yang saya tanda tu.
Kat dahi tu untuk cover dahi luas terbentang cam saya
yerr hehe..

No.2: Kat tulang pipi menghala ke atas.
dan kat tulang rahang.
ikut macam tanda yang saya buat tu yerr..
(teknik dan tempat shading lain2 tau..ikut bentuk muka).

No.3: sapu sepanjang kiri dan kanan hidung.

No.4: Guna concealer cerah,letak kat atas batang 
pisang...eh eh..batang hidung lah!
then sapu sepanjang batang hidung.


No.5: Pakai loose powder.

No.6: Pakai compact powder.


Guna warna coklat gelap cam anak panah tunjuk ye..

No.7: Guna jari,sapu sepanjang tepi hidung.

Guna kaler coklat yang sama..
*jangan pelik..saya memang guna ayeshadow,
tapi kalau ada
blusher coklat gelap guna aje blusher tu k.

No.8: Guna berus dan sapu kaler coklat tadi
atas shading2 yang dibuat mula2 tadi.


No.9: Atau kalau tak mau guna berus,
boleh juga pedap2 span kat eyeshadow coklat tadi
dan sapu kat atas shading2 tu semua.
saya lebih suka guna span.

P/S: Saya pakai kaler coklat untuk bagi sharp
shading tu semua..tapi kalau kaler poduk yang 
anda guna memang dah betul2 gelap dan sharp,
skip aje step ini ok..


Dah siap shading.
boleh la pakai mekap yang lain pula.
tapi kan cahaya terang sangat,
so shading tak bape nampak dalam gambar ni..
huhu..

Terima kasih..


Nak

Tata =)

Tutorial maskara

Assalamualaikum..

Meh dekat2 kite nak ajar buat teknik
zigzag time pakai maskara.

1. Lepas ketip bulu mata dengan pengetip,
pakai maskara okes.
Owh yee..time ketip tu kan kene la
Bagi pengetip tu sampai ke pangkal bulu mata.
maksudnye sampai ke garisan yang kita pakai eyeliner tu.
Then ketip lepas,ketip lepas..
buat banyak2 kali sampai bulu mata nampak real2 lentik.

2. Sapu maskara bermula pangkal bulu mata
(dekat kita pakai eyeliner)
pastu tarik ke kanan kita skit,
tarik ke hadapan(hujung bulu mata),
dekat2 nak hujung bulu mata tu tarik lagi ke kanan
sampai kene hujung bulu mata luar.
*ikut anak panah saya buat..bagi jadi bentuk zigzag la.

3.Ketip semula bulu mata.
*memang kurang elok untuk bulu mata,
tapi ini akan buat bulu mata lentik giler.

4.Ulang proses no.2 tadi 3 ke-4 kali 
supaya bulu mata tebal,lentik dan tahan lama.


Bulu mata bawah lak k.

Sapu maskara macam anak panah saya buat tu.
Ulang buat kedepan dan kebelakang beberapa kali.

Sapu maskara bermula pangkal bulu mata
menghala keluar macam anak panah.

Tak bape nampak dalam gambar ni..
tapi kalau kat luar memang nampak lentik.
orang siap cakap saya pakai bulu mata palsu
hahahahaha..ehem2..ini gelak perasan..
harap dimaafkan.

Try la buat yer..maaf la saya tak tau
anda semua paham ke tak hihi..


Sila usha baju2 yang saya lelong kat bawah 
entry ni yee...


klik nuffnang saya..

Terima kasih..
tata..=)

Tutorial concealer

Assalamualaikum..

 Hari ni meh nak ajar camne
nak samarkan mata panda dengan
parut kelapa eh eh tidak..tidak..
samarkan kesan hitam kat mata dengan parut
jerawat kat muka.

PESANAN PENAJA:
Ini mekap simple2 saja untuk sesapa
yang takmau mekap tebal 14 inci macam
saiz tb kat umah tu huahahaha....!
Untuk customer mekap kene betul2 tebal
n lawa..err..lawa ke haa? 
ARRGGGGHH! SADAP UUU!

Lets go bebeh!


mula2 pakai fondation.
saya guna silkygirl medium.saya guna untuk diri sendiri
kalau nak jalan2 saja.
untuk customer jangan harap nak pakai fondation ini..
kang haku dapat penerajang free saja hahaha..

No.1: Titik2 fondation itu.

No.2: Guna span sapu fondation ke arah luar muka.
ikut anak raja eh eh..ank panah macam dalam gambar.


concealer cap ayam pula.
Elianto de amor (ska2 boh nama sendiri).
warna 01 iaitu warna paling cerah ye puan2..
inilah penipu paling BESAR PUNYAAA! 
dalam bab mekap2 ni..Hehehe..

NO.3: Titik2 kat kawasan panda ska bertenggek tu..
eh bukan..kawasan hitam2 tu lerr..
termasuk kat atas kelopak mata.

No.4: Pedap2 aje guna jari yer..

No.5: Ataupun guna span..
orang malas macam saya memang sesuai guna
span sebab cepat dan tangkas bertindak 
hahaha..tetibe haku nih!


No.6: Menggunakan concealer dari cap yang sama.
Titik2 kat bintik2 dan parut2 tu semua yer..

No.7: Pedap2 dengan jari..jangan tonyoh2..
kang seploh taun pon belum tentu kesan
tu semua boleh disamarkan.


Sebelah kanan tu bedak yang ditaja oleh
cik puan lala.
cap itik yer puan2..
Elianto dan warna plak err..lupa la korang..
hahahaha..

No: Letak Loose powder tu sampai selepung muka engkau
semua..then pedap2 dengan span.
tulun jangan tonyoh okes! 

Oh kesilapan teknikal sangat terserlah..
No.8 ada dua! ciisss! tapi saya sangat malas mahu edit.
sila abaikan yeee..


Bedak ini pula cap burung puyuh..
Pixy kaler 02..

No.8: Yang ni boleh sapu..menghala keluar muka macam
fondation tadi yerr..


Kalau masih nampak cela2 tu semua,
Last skali pakai la pulok cocealer cap
angsa ini..jenis liquid.
Maybelline hape tah kaler cerah yerr..hihi..

No.9: Titik2 kat cela tu.

No.10: Pedap2 okes.


Siap! Terang betoi cahaya nur kasih itu
huahahaha...!

Pasan tak hari ni dah macam 
'MARI MENGGUNAKAN PODUK BERTEMAKAN ZOO'
Akeke..

Selamat mencuba..

Tunggu my next tutorial..acece skipping haku nih..


Klik nuffnang tau..bosan dah jadi solo nih kah kah..

Terima kasih kerana membaca..

Tata..=)

Sian tangan haku..

Assalamualaikum..
Sesungguhnya saya seorang yang tidak ada kerja.
Kasihan tangan ini,balik2 dia saja yang menjadi mangsa
kerakusan si budak yang tidak tahu nak buat apa.

Selepas menonton perlawanan..eh pernikahan ayu dan zakuan,
terus saya nak tiru inai macam ayu.
tapi saya punya jadi 'layu' sebab tangan terketar-ketar
macam ada gempa bumi satu malaya..
tapi rasanya tidak..tidak...
terketar-ketar sebab terpaksa tekan inai 
yang nak habis tu dengan kekuatan kuda 
ehok! ehok! (ini bunyi  si ekor keriting kan?).


Tapak sulaiman eh tapak tangan..hihi..
Corak taman rashidah utama hakhak..!
Tangan macam budak2 pun ada hati nak lukis
bunga2 cinta yang bermaharajalela..haha..




25 januari saya keluar..
nak jumpa customer juga nak berpoya-poya dengan
sidia..tapi customer tak jadi datang,jadi saya dengan 
hencik boypren jalan2 saja..


Mekap hari ini..
Mata: pink+merah dan kat hujung simpang
bukan..bukan..hujung mata kelabu shining+hitam.


Bajet cun cik puan lawa nih..
Selendang sponsor by cik puan lala.


Saja2 pergi ke tempat kerja kawan..
bila si cik gepren sama kawan pongpang2
kuar air ujan,si hencik boypren leka main game pinjam
 Mungkin sidia malas nak layan gepren yang 
cakap banyak macam murai ini hehe..


Teman sidia makan.


Sangat suka kacau sidia..
Dah penat potpet2 kat hencik boypren,
saya mula gatal tangan nak snap2 gambar.
aksi hencik boypren menunjukkan dia tak rela
ambil gambar gedix2 macam saya kah kah..


Memandangkan dua kekasih hati tidak sihat,
maka kami telah pulang ke rumah lebih awal dari biasa.
didepan umah sempat pulak snap2 gambar.


Tak habis2 RM2 itu.


Tahu tak...didepan hencik boypren pun
ada lelaki berani2 ushar saya macam nak makan pizza!
Hencik boypren ingat itu kawan saya,
tapi saya tak kenal pun mereka.
siap panggil2 bila saya jalan dengan hencik boypren.
cepat2 saya pegang lengan hencik boypren.
Ini bukan kali pertama..
kadang2 ada lelaki berani peewiiit2 sama saya
didepan hencik boypren tauu..
Gilos! 


Pesan hencik boypren..
makan ini sambil on9..
keh keh..tahu2 saja saya suka on9 
sampai lupa nak makan nasi.




Mari klik nuffnang saya.


Terima kasih kerana membaca.


Tata =)



tutorial cuci mekap tanpa kesan hitam

Assalamualaikum..


Meh nak buat iklan sket..
pas cuci mekap mata anda masih ada
kesan hitam macam mata panda?
mata panda sangat cumel kan?
tapi kalau mata saya dan anda2 yang hitam,
cumel ke cemel?

Saya tak ada masalah tu sebab saya
dah tahu cara nak cuci mekap dengan betul.
tak payah guna banyak tisu pun.
saya sendiri pakai cinonet je dari 1 tisu!

sekian iklan..
moh tengok camne caranya..

1. Tuang minyak bayi kat atas tisu.
mestilah tuang kan,x kan minum plak haha..

2. Mula2 guna tisu yang ada minyak tu,
lurut bulu mata dari pangkal ke hujungnya
(kepit bulu mata dengan sepit ketam..eh bukan!
dua jari,kira bulu mata
kat tengah2  antara dua jari,baru lurut k).

Dengan cara ni,maskara tertanggal dan
dalam masa yang sama eyeliner turut tertanggal.
jimat masa kan? 
tapi kalau banyak masa terluang,nak cuci sampai
esok hari pun takpe..hehe..

3. tisu+minyak yang sama tadi  guna lagi.
tak payah tuang minyak lain.
Kalau ada sisa eyeliner,
pedap2 ok.pedap2 gak kat eyeshadow semua.
time ni memang banyak kesan hitam tapi tunggu..!

4. Tisu tadi jugak tapi bahagian yang bersih lah..
lap2 kesan minyak2 tadi semua.
time ni kesan minyak dan hitam2 dah hilang.

5. Cuci bahagian bawah pulak.
tisu+minyak dan pedap2 kat bahagian
bercelak tu.time ni pun ada kesan hitam2.
tunggu gak k..

6. tisu tadi tapi bahagian yang bersih,
lap kesan minyak dan hitam2 tu semua.
dah bersih!

senang je kan? cuma guna sehelai tisu
dan 2 tompok minyak bayi..hehe...
tapi dari pandangan pakar,
lebih baik cuci mekap terutama kat mata
guna make-up remover dan paling
baik dari jenis lotion yang bersifat lembut.

Kenapa macam serius saja si mak cik ini ya?
hurmm....konpius!
udah2...

Selamat mencuba..
tata=)

Tutorial lipstick.

Assalamualaikum..

Nak bagi lipstik tahan lama?

semua orag dah tahu kot..

tapi nak buat gak...

suka hati lah kan..
hahaha..
hukhuk! okes..sudah tercekik air liur sendiri..

jom mulakan..

Ini mulut saya(motif bagitahu?).

1. Sapu mentega..eh bukan! sapu concealer seluruh bibir.
sapu rata2 ye puan2..

2. Pedap2 loose powder seluruh bibir.

3. Lukis tepi bibir guna lipliner.
pakai juga seluruh bibir.
saya suka jenis pensil yang agak kering
sebab ia buat lipstick kita tahan lama.


4. Pakai lipstick.
guna brush la lagi senang rata.
nak lagi mengancam,guna la lip gloss.



Tips:
*Pakai lipliner kaler lain,lipstick kaler lain
dan lipgloss kaler lain pun boleh tau.
yang penting last skali blendkan dengan
 berus atau jari untuk sebatikan warna.
anda akan dapat warna baru yang cantik.

*Boleh juga selepas buat macam saya bagitahu tadi,
lepas pakai lipstick tu pedap2 lagi loose powder..
dan pakai semula lipstick.
lagi tahan tau..

Selamat mencuba..


Selepas ini nak buat contest tapi tertakluk
kepada terma kelapangan dan syarat kerajinan
kahkah..


Klik la nuffnang saya..nak kawen ni haha..

terima kasih..tata=)