video simple make-up..

Assalamualaikum..

dah lama giler tak buat video mekap tapi hari ni tetiba rasa nak buat.

make-up simple sahaja..

sesuai untuk orang yang baru nak belajar mekap atau dah tau mekap cuma malas
macam saya ha ha ha..

tapi kening saya lupa buat ha ha ha..

kualiti out skit sebab webcam problem.

saya kasi link saja ya sebab tak larat nak upload vedeo..ha ha ha..

mekap macam ini..

mari klik...

klik nuffnang nak kawen.

Terima kasih.

tutorial masker tradisional

Assalamualaikum...

Jangan ingat bila nak cantik kene pakai barang moden saja.

Cehh! kata orang kau pun sama..ha ha gelak kat diri sendiri..

Saya suka masker tradisional..

Selalu buat yang telur..kali ini guna madu.

moh try..

Madu lebah asli..
madu simpanan emak menjadi mangsa..ha ha ha..

Sesetengah cara boleh campur dengan bahan lain..
tapi saya guna ini saja..

Sapu seluruh muka. dan leher tapi elakkan kawasan mata.
biarkan selama 15 atau 20 minit.

P/S: selepas sapu silalah baring,tutup mata dan relaks sebab 
ada kajian membuktikan aktiviti seperti membaca
atau lain2 yang mencetuskan pergerakkan di bahagian muka
boleh menterbalikkan kesan pemakaian masker itu sendiri.
contohnya...masker untuk hilangkan kedut,
bila ada pergerakkan walaupun sedikit..akan membuat kedut muncul pula.

P/S: Sebaiknya masker dipakai paling lama selama 15 atau 20 minit saja.

Cuci muka seperti biasa..tapi saya
hanya cuci dengan air biasa sebab awal2 sudah guna
pencuci muka dan scrub muka sebelum pakai masker ini.

p/s: sape cakap kulit muka saya perfect?
pori2 agak  terbuka ye puan2..ha ha..

Muka yang konon2 suci lagi murni ha ha ha...

KESAN: Kulit jadi lembab,lembut dan tegang.
sesuatu yang saya perasan..lepas pakai kulit jadi putih..
aisehhh tak tipu..ini betul2...ha ha ha..

KEBAIKAN MADU UNTUK KULIT:
Melembabkan.
Memperbaharui sel2 kulit.
Antibakteria.
Merawat jerawat.
Menghaluskan kulit.
Membuat kulit berseri-seri.

Selamat mencuba..

Klik nuffnang..mahu kawen cepat2..ha ha..

Terima kasih.

Tutorial hilangkan kesan hitam bawah mata dengan cara yg paling mudah tanpa concelear.

Assalamualaikum...

Tahukah kamu kalau bab nak mengajar menipu serahkan saja 
pada saya si-muka-tidak-tahu-malu..
kah kah..aishh berbangga pula dengan hal ini..
Cepuk barang sedas dua baru sedar diri gamaknya dia ini
kah kah..

Okes..sekarang nak mengajar(cehh rasa can cikgu cikgi plak)
menyamar..eh buka menyamar jadi spy kids ye puan2..
kita sudah tua tak elok berangan jadi budak2..
menyamarkan kesan mata panda atau nama glamour beliau
'lingkaran nyamuk aedes'..eh bukan..bukan..
aku lempang gak budak ni kang..
'lingkaran hitam sekeliling mata'.
yup..!
dengan tips yang sangat mudah..
moh setat menipu...

Warna putih..jenis shining lagi bagus.

Bila dah habis mekap mata yang lain..
sapukan aje warna putih tu kat bawah mata dan kawasan
yang rasa cam terlebih kaler itam.
sapu tebal2 pun takpe..ade i kisah?
eyeshadow masing2 kan? tak luak pun eyeshadow saya 
 ha ha...


Ini sebelum...
Tiba2 terserlah muka sebenar..
err...sapa la nih? tak kenai pon..ha ha..
Tengok mata dia tu...isk2...

See? saya sapu warna tu tebal2 tau..
haha trick ini sangat berkesan untuk orang malas
macam saya.

Dan ini juga....
gaya memang tak boleh belah...
suka sungguh buat muka perasan itu..

Selamat mencuba...

kita jumpa lagi dengan resepi yang lain  pula ya..

Klik nuffnang saya supaya dapat membeli barang2
untuk dijadikan korban resepi seterusnya.

Terima kasih..


tutorial mekap mata simple but daring..

Assalamualaikum..
hey hape kes lah haku neh nak letak
tajuk tah hape2 tu kan..

Simple itu betul...
daring itu? daring lah konon..sedangkan nak muntah haku
tengok..kah kah..gelak kat diri sendiri.
bukan daringlah..saja suka2 letak tajuk tu..

mari kita mulakan bebeh !

Ini saya..
saja nak tayang muka ini lalu menambah
loya di tekak anda ha ha..
*time ni saya tak pakai bulu mata palsu.

Warna putih.
tak kisah la kamu nak pakai jenis
shining atau mate.

Sapu seluruh kelopak sampai bawah kening.
sapu terang2 tau..

Warna krim.
sama gak la.ikut suka nak jenis shining atau mate.

Sapu terang2 kat kelopak.
ikut macam tanda yang saya buat tu.

Liquid eyeliner hitam jenama elianto.
maskara hitam jenama maybelline.

Garis eyeliner.tebal kat hujung luar mata.
nipis kat hujung dalam mata.
nampak kan tanda saya buat tu?
kiranya ini cat eyeliner la.

Dah siap pakai eyeliner.

Ini bila buka mata.
mata saya jenis kebawah bila buka,
so cat eyeliner agak 'menjunam' ye ha ha..

Kali ni saya guna liquid eyeliner yang sama untuk bawah mata.
tebal kat hujung luar mata,nipis kat hujung dalam mata.
Macam saya tanda tu..

Kalau mekap macam ini saya suka
pakai bulu mata palsu.

Selepas pakai bulu mata palsu.

Pakai maskara guna teknik zigzag
kat atas dan bawah.

 Bila sudah siap..dia ini menjadi agak kerek.

Janganlah tengok saya dan kutuk dalam hati..
saya sedih nanti..
tapi saya tahu saya memang gedix ! kah kah..

Konon ayu bila letak jari macam itu..

Di dagu pula..
ayu ka layu? kah kah..

Mulut itu yang tak tahan ! 
Konon seksi tapi nampak cam seksa kah kah..

Solute arr kat kamu semua sebab
sanggup tahan mata tengok si gedix ini bercewi..!

Klik nuffnang supaya zau yah dapat kawin dengan afnan..
ha ha tak malu..

Terima kasih.

Tutorial headband labuci

Assalamualaikum...

Sesungguhnya saya memang tinggal di KL..
Tapi kulim bukan kuala lumpur ha ha..
Maka nak mencari benda2 yang cantik dan terkini bukanlah senang
sesenang memetik jari 1,2,3..eh2 merapu pula.

Saya belum jumpa headband macam yang saya suka.
Dengan itu otak tak bape nak genius saya nih mula
terfikir nak buat sendiri saja..
emak..terima kasih kerana melahirkan anak yang 
suka mereka cipta..kah kah..

ehem2..mari kita setat enjin

Ini antara headband yang saya berjaya buat.

Kita buat headband camni ok?

BARANG2 YANG DIPERLUKAN..
1. ribbon kecil (untuk kepala saya,saya guna 1/2 meter).
2. rantai labuci 1/2 mtr.
3. getah kecil hitam (sikit saja).
4.gam panas.

letak gam atas ribbon kecil.

Lekatkan rantai labuci atas ribbon tadi.

Inilah hasilnya selepas proses lekat2 tadi.

getah kecil tu potong ikut kepanjangan yang kita nak.
selalunya nak pakai sikit saja.so potong sikit ja lah.
pastu letak gam atas dia(hujung kiri dan kanan saja).

Lekatkan hujung ribbon+labuci kat hujung getah yang digam tadi.

inilah hasilnya..

Ni bahagian belakangnya.
saya sengaja lekat getah tu lebih skit.nak bg kuatlah kononnya.
owh yee..sambil buat sambil try kat kepala.
better buat longgar sikit sebab bila kita pakai inner+selendang atau
tudung yang tebal tak hingat donia tu..dia tak buat kepala kita sakit akibat ketat.

Dah siap..

Saya pakai silang2..

Suka sungguh warni-warni..
nasib baik diri sendiri tak fenin..ha ha..


Saya beli bahan yang macam2 jenis tu modalnya cuma RM5.60.
dapat buat 5 pcs!!!
kalau saya beli,saya tengok paling murah RM5/PCS..
soooo? buat pe nak bazir..pakai camtu gak kan ha ha..

Selamat mencuba..

klik nuffnang..mahu kawen..

terima kasih..=)

Tutorial buat scrub badan sendiri..

Assalamualaikum..

saya dengan secara tiba2 terajinkan diri nak berscrub
secara tradisional..ha ha ayat..! padahal scrub yang saya pakai
dah habis..nak tak nak buat la cara tradisional.

Dulu saya rajin jaga kecantikan dan try cara2 tradisonal nih.
tapi makin tua makin malas pula..hari ini  buka mata terus rasa nk buat.
Pasni saya akan buat lagi sebab rasa sangat berkesan !

Meh setat..

Beras dan habis madu sepah dibuang milik emak menjadi mangsa..ha ha ha..

Takyah susah2 nak taruk macam2..
dua ini saja bahannya.
BERAS yang kita makan hari2 tuh..
bukan beras pulut sebab saya tak suka.
MADU..yang asli okeh..bukan yang kat kedai siap tambah gula tu..

Basuh hotak kita..eh bukan2..
basuh beras tu tapi sekali bilas dah leerrrr...

Goreng tanpa minyak beras tu.
sampai perang cam paris hilton tau..hek hek tetibe haku nih..

blend beras tu sampai hancur.
abaikan blender emak yang amat 'klasik' itu ha ha ha..

p/s: emak pesan..jangan blender sesuatu kalau bahan tu masih panas.
macam beras ni..lepas goreng kene bagi sejuk dulu..
baru blend hokeh.kalau tak..blender rosak.

Inilah hasilnya..saya buat tak bape halus tapi lebih elok kalau halus.

Campur dengan madu.
saya buat bagi cair..

Gosok kat badan.
nak sapu,tunggu kering baru gosok boleh..
nak sapu terus gosok pun boleh.
saya malas nak tunggu..so saya sapu terus gosok.
saya buat bahagian demi bahagian..
mula kat tangan kiri..pastu tangan kanan..
terus ke suluruh badan.
pas semua dah digosok,cucilah badan macam biasa dan pakai krim badan.

Saya tak suka bila pergi spa depa scrub badan kita macam nak bagi
cukup syarat saja.
sedangkan daki tak hilang pun.saya check hokeh samada
daki hitam2 ada lagi kat kulit atau tak..he he..

Hasil dari semua ni?
kulit saya jadi bersih..halus..lembut...lembab...putih..BEST !

Saya ada lagi cara tradisional yang berkesan.
nanti saya publish okeh.

owh saya menang saguhati dari contest if i have rm100.
dan baru tadi  hadiah sampai.laju betul cik penganjur.
macam ini baru syok nak join contest ha ha..

 taaaadddaaa..!

dapat key-chain dengan alas buluh.
tq...key-chain dah pasang kat kunci..
alas buluh masih fikir nak letak kat mana ha ha..
tq aunimiyukie.blogspot.com
mari kita follow dia..

klik nuffnang..nak kawen..

Terima kasih.