Contact lens lagik

Assalamualaikum...

Saya adalah penggila lens..penggila tu weh..! hebat tak? hebat tak?
dussshhhh! okes2..sudah tumbuk diri sendiri(punya ganas la kata).

So,saya mahu kongsi sedikit maklumat dan pengalaman guna lens.

moh cekidout bebeh..!

 JENAMA
Jenama yang paling selesa dalam peradaban dunia..HA HA HA..
hebat kan?(ayat nak kena lempang).

saya paling suka jenama ni dari koleksi dolly.

Sangat selesa walaupun saya pernah terbabas pakai lebih dari 12 jam.
(mata tak kering).

warna dia sangat2 lah best...! ada sesetengahnya yang jadi gelap,
ada yang terang tapi memang cantik.takyah risau kalau
beli warna apa pun..semuanya nampak OK.!
(weh...skit2 dah la iklan).

Saiznya 15mm..tapi ada macam2 saiz sebenarnya.

harga ikut tempat.biasanya RM100+
tapi saya main tenyit2 mata kat tokey kedai,dapat lah harga
'aweks2' ha ha ha...! (minta2 hencik pakwe tak baca nih).

CUCI
Cuci tangan dengan sabun,bilas bersih dengan air dan lap sampai kering
guna tuala tapi saya guna tisu sebab takde serat kain yang akan melekat
(serat kain kat tuala boleh melekat kat tangan lalu melekat pula kat
lens dan bila pakai rasa tak selesa).

letak lens atas tapak tangan kiri,guna jari telunjuk tangan kanan
untuk gosok(bukan kuku ya).kuku pastikan pendek dan bersih.

sekarang murid2..mari tengok gambar kat atas tu..

tuang solution atas tapak tangan yang ada lens tu.
(lebih baik guna 'all in one solution' sebab leh guna
untuk cuci,bilas dan simpan).
jangan kedekut solution ye adik2..

gosok guna jari telunjuk tadi secara lembut 
dari depan ke belakang secara ulang alik
(anak panah bertemu anak panah macam dalam gambar tu)

kiri ke kanan secara ulang alik juga.
rujuk gambar juga.

buat di sebelah dalam,kemudian terbalikkan lens dan buat di bahagian
luar pula.guna teknik yang sama ya.

terbalikkan semula lens,buang solution tadi,
tuang solution baru dan goyang gerudi kan tapak tangan yang ada lens tu.
ini kira cam bilas dia lah.

siap !

p/s: jangan gosok lens secara membulat
kebanyakan orang buat macam tu tapi sebenarnya salah hokeh..!

jenama solution 'all in one' yang saya guna.
complete: lepas cuci lens akan rasa selesa, tak pedih.
opti-free: Mahal sikit tapi jenama No.1 nih tau ! selesa dan terbaik.
dream eye: jenama no.3 do korea.selesa juga.

PAKAI
Letak lens atas jari telunjuk.
nak tahu beza bahagian luar dan dalam lens?
rujuk gambar kat atas tu.kiri adalah betul.
kanan adalah salah.kalau letak atas jari dan jadi macam kanan,
terbalikkan lens biar jadi macam gambar kiri.barulah boleh pakai.

letak atas jari telunjuk kanan,
mata pandang lurus ke depan(depan cermin lah kan).
jari tengah kanan tarik bawah mata luas.
jari tengah kiri tarik atas mata sekali bulu mata luas2.
mata dah terbuka kan? tahan kejap then jari telunjuk kanan tu
letak lens kat mata hitam.letak tengah2..biar sentuh mata hitam tu.
tahan kejap,pandang atas,bawah,kiri,kanan dan depan barulah tutup mata
sambil betulkan apa2 yang patut secara lembut.

kebanyakan orang rasa susah nak pakai atau lens tak mahu
masuk dalam mata.
puncanya sebab mata kita asyik berkelip.kene tahan sikit tau.
atau cara letak lens menggunakan jari telunjuk tak betul.
selalunya letak jauh dari mata hitam,pastu mengharapkan
lens lekat sendiri kat mata hitam.sebenarnya tak..
kene sentuh mata hitam tu sikit baru lens melekat okes.

sekarang mari lihat video cara pakai..

CARA PAKAI

Video ini dalam bahasa jerman mungkin? ha ha ha..
cari bahasa inggeris tak jumpa pula.

jagalah kebersihan kalau pakai lens.

selamat memakai lens..

klik nuffnang nak kawen.

tq.

tutorial mekap mata barbie bulat besar gedabak hamik kau ! kah kah

Assalamualaikum..

untuk memulakan entry ini mari bertepuk tangan beramai-ramai..yeaaa! yeaa!

motif? sebab impian anda mahu mata bulat macam anak-patung-barbie-ikat-tocang-dua
akan menjadi kenyataan..HA HA HA..ini gelak gila kuasa tahu? (???).

ok lah mari kita setat enjin kereta..

Sapu warna kuning air campur krim di  seluruh kelopak 
bunga raya bunga kebangsaan kita.

sapu warna pink di hujung kelopak.

sapu warna coklat kat kawasan saya tanda.

jangan sampai pink tu terpadam.letak tengah2 dia dan skit saja hokes?

blend guna jari saja supaya warna natural.

sapu warna hitam atas warna coklat tadi.kalau boleh buat supaya
warna coklat tetap nampak sikit/separuh.

blend guna jari.maksudnya tonyoh2 warna2 tu supaya natural.

No.1: sapu warna putih kat bawah kening dan tepi hidung.

No2.: garis celak putih kat tubir mata(garisan dalam mata).

No.3: garis celak putih berkilat atau silver kat kawasan saya tanda.
pastu saya tambah eyeshadow putih atau nak guna silver boleh juga.

pakai eyeliner.garis nipis2 pun x apa.

kalau mahu mata bulat dan besar,jangan buat teknik
'wing' atau nama satu lagi cat eyeliner.
kiranya kali ini saya buat ~flying without wing~wow-itu-omputih-punya-lagu.

pakai bulu mata palsu.yang tebal lagi cantik.

kemudian garis garisan bulu mata palsu tu dengan eyeliner liquid hitam.
tutup semua kesan gam ya.

garis  celak hitam jenis gel dari hujung ke tengah mata.

kat hujung tu bagi lebar sikit,kat tengah bagi nipis aje(ikut anak panah).

pakai la maskara hitam kat bulu mata atas dan bawah.

siap sudah !

kenapa ha..kalau ambil gambar saya nampak macam biasa2 jugak.

tapi kalau kat luar nampak setiap mekap itu bagi kesan yang berbeza.

kamera henpon..kau dah bosan menghadap muka haku kah?

takpe..takpe..haku beli dslr nanti bai2 la engkau KAH KAH KAH..
(ini hanyalah ugutan untuk kamera henpon,saya tak minat nak beli dslr pun..berat tahap dewa..
nanti patah la tangan saya..sekali bahu patah sape mahu jawab?.

abaikan saja inner ungu nampak pelik itu.

sekarang sudah tidak pelik lagi sebab saya buang awning keras kat dalam inner tu.

siap2 semua saya mahu makan nasi..

tapi sebelum itu saya tangkap gambar ini dulu.

habis saja tangkap gambar ini terus makan nasi macam kebulur sangat setaun tak makan
padahal baru mekap2 saja..bukan pergi berperang pon..huk huk..

BARANG2NYA:

ini saja tanda dengan no sekali untuk tunjuk
warna sebenar saya guna.
no yang saya buat ni tiada kaitan dengan turutan
cara mekap ya.

No.1: eyeshadow hitam.

No2: Eyeshadow putih.

No3: eyeshadow pink.

No.4: eyeshadow krim.

No.5: nampak hijau padahal kuning air.

No.1: bulu mata palsu.saya guna yang tebal.brand murah2 saja.

No.2: gam bulu mata palsu.jenama xivianne hape tah haku lupa ! hahaha..

No.3: Maskara maybelline volume express hitam.

No.4: celak putih jenama murah cap hayam panggang sedapnya hingga menjilat jari !

No5: eyeliner liquid in2it hitam.

No.6: maybelline gel liner hitam.

No.7: penetip bulu mata cap adabi goreng pon sodap..!

okes..itu saja.

klik nuffnang...nak kawen lajulaju..

toce..

Review produk sunsilk silky smooth and manageable

Assalamualaikum..

Owh bangun pagi ini rambut bagaikan singa?
HO HO HO..!!!
iklan pulok cik minah muka tak malu..
Takpe2...moh saya nk kongsi pengalaman
guna syampu dengan perapi sunsilk kaler pink tu.

Antara syampu+perapi yang saya pernah guna..

1. PANTENE...rambut jadi lembab dan sihat.

2. Mustika ratu...konon nak rawat rambut..pakai lah syampu
yang ala2 herba skit nih..rambut jadi lembut.

3. Head and shoulder..takde masalah kelemumur
Saja pakai.seminggu dalam 2 kali je pakai
sebab nak elakkan juga kepala dari jadi kelemumur.
ok jugaklah cuma 
bau tak kuat..saya lebih suka yang baunya kuat.

4. Clairol herbal essences...saya guna yang biru.wangi ! saya suka.
rambut jadi lembab dan lembut.

5. Sunsilk straight..yang botol kaler kelabu jalur2 ungu+pink tu.
saya luruskan rambut kat salun,untuk mantain lurus
saya guna produk ni.bagus sangat2..saya jarang buat teratment pun
rambut tetap lurus dan cantik.

6. Loreal elseve..jenis yang mana tah  kaler oren.
ini yang paling saya tak suka.rambut saya yang ok ni
berubah jadi rosak dan cacak2 cam rambut gatal.
So sape cakap jenama mahal saja yang bagus?
mana adaaaa....!

Okes..rasanya banyak lagi tapi ini saja yang teringat.
now saya guna jenama kambeng gurun..
kah kah..okes ..mari lempang saya ramai2..

Saya guna ini...

Beli set ini kat watson dengan harga RM10.00 !!!
promosi la kata..tapi hencik boypren yang bayarkan he he..

Syampu.
SUKA: paling saya suka sebab wangi dan baunya kuat.
bila pakai tudung/shawl yang berlapis-lapis tu buat kepala
berpeluh dan kalau tak jaga akan berbau.
bila pakai syampu nih baunya kuat dan tahan lama.
saya pakai baunya tahan hokeh ! sangat best..!
Rambut pun jadi lembut.

Perapi.
SUKA: bau lebih kuat dari syampu.tapi suka !
Rambut jadi lembut sangat2.

pelembab.
SUKA: lembabkan dan lembutkan rambut.yang penting wangi..!


Saya pakai ketiga-tiga produk ni supaya
rambut lembut dan berbau wangi lebih lama.

jangan ingat bila tak pakai tudung ja perlu jaga rambut.
yang pakai tudung ni lagi la kena jaga.
macam saya rambut jenis kering.
tak pulak jadi berminyak,berbau,berbuah dan berkelemumur
macam kebanyakan orang yang pakai tudung tu.

dulu waktu tak pakai tudung,
saya suka sangat jaga rambut dan buat style macam2.
dari lurus sampailah ke cacak !
tapi paling saya suka rambut pendek.cool !

skang dah pakai tudung tapi masih jaga rambut.
cuma tengah tunggu rambut ni panjang,so tak boleh lagi nak
pergi salun dan stylekan semula he he..

Okes..terasa agak serius pula diri ini..
ehem2...sudah2..selamat mencuba kalau nak cuba.

nak beli baju murah2?
rm10 ~ rm25 sekali pos.
klik sini ALBUM BAJU

klik nuffnang..nak kawen.

tocetoce..

Tips cairkan eyeliner gel yang keras

Assalamualaikum..

buka saja mata hati terus rasa nak mentry tips ini..

so saya nak share dengan kawan2 semua.

saya pernah jumpa video yang ajar cara2 untuk cairkan semula
eyeliner gel yang keras.tapi bila nak carik semula memang dah tak jumpa
ehem2..okes lah tak ingat hokeh..! biasalah sudah 'berumur'...finelah..fine..

sebenarnya ada bahan2 tertentu yang kita kena campur dengan eyeliner tu.
untuk cairkan semula..tapi saya tetap tak ingat apa bahannya..
TENGOK TU..! pelupa sungguh nenek ini huk huk..!

maka saya mensukakan hati untuk 'hentam sajalah labu'..


1. campurkan krim pelembab muka ke dalam bekas eyeliner gel.
eyeliner saya sudah tinggal suku bekas,
so saya campur suku camca teh pelembab.

2.saya gunakan pencungkil gigi untuk gaul kedua2 bahan.

3.gunakan hair dryer dengan kepanasan maksimum,
halakan ke dalam bekas tadi.biar beberapa saat sampai 
bahan2 tadi betul2 cair.

4.kacau lagi.kalau cair sangat pun tak apa,nanti sejuk
dia akan keras sikit tapi pastikan masih lembut untuk kita guna.
kalau masih keras jugak,tambah pelembab dan cairkan semula.

pandai2lah kita agak okes..

berus yang ada kesan eyeliner mesti keras kan?
so sebelum guna,gunakan hair dryer atau gunakan pemetik api,
kemudian halakan haba panas ke berus tersebut.
kesan2 eyeliner yang keras tu akan lembut dan kita boleh gunakan untuk garis mata.
tak payah nak calit2 gel dalam bekas dah.jimat kan.

saya dah siap buat.so awak semua try lah jugak.

nak beli baju yang murah2?
harga RM10 ~RM25 sekali pos.
klik sini ALBUM BAJU

klik nuffnang nak kawen.

tenkiu...


review produk clean N clear active clear acne clearing gel.

Assalamualaikum..

ouchh! jerawat? 
terus selam muka dalam tempayan beras emak 
lalu setahun tak keluar rumah..
WEH..! WEHH! dramatik sungguh iklan ini ya.

okes mari serius sekejap..

saya nak review produk untuk hilangkan jerawat.

muka saya jarang naik jerawat.
pernah dalam setahun tak naik jerawat langsung.
cuma kadang2 naik ruam tapi kejap saja.

tapi saya juga pernah naik jerawat.
punca?
1.pertama kali naik jerawat time jadi supervisor kat kilang kosmetik.
hari2 buat teh herba misai kucing.habuk teh tu ketika diproses buat muka
saya naik jerawat!
teruk tau.dah la banyak,besar2 pastu tangan lak gatal pi picit..
terus jadi cam kesan campak.

2. berhenti pakai produk Nata***.
time pakai memang kulit cantik gilos! 
bila berhenti kulit naik ruam halus yang banyak.
pakai macam2 pun tak hilang.lepas pakai loreal barulah kulit licin semula.
dalam proses tu saya juga pakai clean N clear ini..

lepas cuci muka,saya sapu seluruh muka.
kalau nak hilang jerawat yang naik kat sane skit,sini skit..
saya titik kat kawasan tu ja.
selalunya dalam masa 1 atau 2 minggu jerawat atau ruam dah hilang.

kata pengeluar...
'gel ini bekerja secara aktif di dalam pori2 untuk 
mengeringkan jerawat'.

kata saya pula..
MEMANG BERKESAN!
jenis gel yang jernih bila disapu,so kalau pakai
setiap masa pun orang tak perasan.

kadang2 bila disapu akan rasa pedih sikit.
tu kalau jerawat atau ruam tu dah memang dipicit atau terlalu
radang.kalau tak,rasa sejuk biasa saja.

harga kalau tak salah RM15.90

lain2 produk jerawat yang saya pernah cuba dan terbukti berkesan ialah..
RNZ cosmetics acne serum(berkesan untuk ruam,).
RNZ cosmetics pimple lotion(berkesan untuk jerawat besar).
RNZ cosmetics acne gold hape tah lupa dah nama(berkesan untuk ruam dan jerawat besar juga).

INI DARI PENGALAMAN SAYA GUNA.
KALAU SESUAI UNTUK SAYA,TAK SEMESTINYA SESUAI UNTUK ANDA.
So janganlah pula cakap..
"saya pakai tak elok pun"
haaa...lain orang lainlah kesannya.

moh le beli baju lelong murah2..
klik sini ALBUM BAJU LELONG

klik nuffnang nak kawen.

terima kasih.

video Dinner make-up tutorial green and black

Assalamualaikum..

balik saja dari kerja gigih post entry pasal 19 april.

lepas itu upload pula video kat youtube.

bajet lepas pukul 10 baru habis upload video dan post kat blog.

tapi ramalanku hampas belaka...

hencik youtube 'terbaik' hati nak upload video saya dengan kelajuan cahaya..

zupzapzupzap..! kejap saja sudah habis upload.

maka saya punya 2 entry tak sampai beberapa jam pun..
KAH KAH KAH..dasat2..

baiklah..mari ke zon mekap pula.
mekap ini sesuai untuk dinner.

tapi produk2 dalam tutorial ini ialah produk
kalau saya mekap muka sendiri.
untuk customer guna yang lain.
saja tunjuk yang saya guna sebab harga lebih berpatutan.

part mula2 tu video dia cam robot nak habis bateri..
sebab webcam dah on lama sangat,so dia jadi 'bersopan santun amalan mulia'.
part yang mekap2 tu dia normal..takde robot2 tu semua he he..

moh tengok.


selamat mentry ya kawan2..

kalau nak tengok baju yangcantik dan murah
(RM10-RM25 termasuk pos)
sila klik sini BAJU

klik nuffnang nak kawen.

tocetoce..

mari tengok baju dan mekap

Assalamualaikum..

saya mahu lelong baju.

harga bermula dari RM10 sehingga RM25(semuanya termasuk caj pos).

antara baju yang saya nak lelong.

juga terdapat seluar,skirt dan kain renda.

kalau nak tengok lain2 pakaian dan cara order sila klik sini..


kalau nak tengok hasil mekap saya,
harga dan booking sila klik sini..
happy soping kawan2...

klik nuffnang nak kawen..

tenkiuuu...

video tutorial-purple eye make-up without using the eyeshadow

Assalamualaikum..

tengoklah tajuk video ini..
kemain panjang berjela..
tapi tak payahlah nak heran..
tuan punya video ini kan super duper over punya worang..
buat2 paham sudahlah..he he he..(ciss..!kutuk diri sendiri pula ya..).


ini adalah tutorial mekap tak pakai eyeshadow macam biasa.
nak tahu saya guna apa? tengok sendiri barulah tahu HA HA HA..!
(pasti anda semua kata CISS! kat saya ha ha..).

p/s: saya nak minta maaf kat kawan2 yang takleh tengok youtube.
saya tahu ada kolej,u,opis yang sekat youtube nih,
tapi apakan daya..nak upload kat blog terus teramatlah lembab..
sebelum saya bako,lebih baik upload kat youtube saja kah kah..!

nak tengok lain2 tutorial sila klik sini..

mari belajar buat mekap macam ini..

mari setat tengok..

nanti saya upload video mekap untuk dinner dan mekap yang daring
ala2 menggoda gitu ouwww...!! (weh gedik sungguh cik puan lawa ini !).
saya tunjuk dari mekap asas,shading ,sampailah ke gincu tapi pendek saja
sebab saya dah pandai edit sikit2 hahaha...
okes..sudahlah..dah  penat gelak..

klik nuffnang nak kawen..

tenkiu..

kamu baheklah..!

Assalamualaikum..

susulan entry pasal bloglist dan sebut2 nama saya dalam entry
kawan2 blogger,maka keputusannya sangat mengejutkan!

p/s pastilah mengejutkan..kalau tidak sudah lama saya heret bag
balik kampung cap adidas pasar malam lalu menangis sedu
sedan ala2 akedemi fantasia bulan madu tak jadi..kah kah..

rupanya ramai yang listkan saya di belog mereka.

owh terima kasih..saya sangat terharu..

tapi tak ramai seramai blogger2 yang pemes lagi menjilat jari ERKK?

Tenkiuuuu pada mereka ini...BAHEKLAH KAMU...!!
(sudah tahu kan kenapa tajuk begitu?).

p/s: saya sudah listkan blog kamu kat blog saya tau.
kalau terlepas tu sila inform okes.












ada lagi tak yang saya tertinggal?
saya tak tahu kalau kamu tak bagitahu...
silalah bagitahu seupaya saya tahu..
nanti sama2 kita tahu..
wehhh! ayat ini sangat berseni tahu?...kah kah..

saya terjumpa satu angka cantik ini...
follower yang ke-1010 !!!
sangat cantik kan? 

nama follower tersebut ialah nurul tapi sayangye..dia tak letak
link kat profile hu hu...

itu saja.

klik nuffnang nak kawen.

tocetoce..




ciss dalam diam2 dia buat camnih kat blog haku..!

Assalamualaikum..

tajuk itu memang gempak..
lepas baca pastilah awak semua nak kata macam ini kat saya...
CISSS.! BEDEBAH PUNYA MANGKUK TINGKAT..!
kah kah kah..padan muka kamu sebab kene tipu dan padan muka saya
sebab kene maki camgitu huhu..
beruk saya ini memang suka menyibuk..

6 hari yang lepas ada seorang blogger yang comel
telah menCISSSSkan blog saya ini.
lebih2 pulak dia ini...

marilah membalas dendam dekat budak ini..
tapi pastilah kamu tak akan berjaya membalas dendam 
sebab pasti awal2 sudah jatuh cinta kat dia.
boypren kepada effa,sila jangan lempang saya ok.

beliau telah menriviewkan belog saya tanpa memberitahu
lalu saya menCISSSkan diri sendiri sebab saya
tak dapat nak buat entry mencewikan,menayangkan
 dan menjeleskan awak semua macam ini...
KAH KAH KAH..!
 SILALAH JELES SEBAB ADA ORANG COMEL REVIEW BLOG SAYA..
okes..adakah awak semua rasa melampau sampai nak
cubit pipi saya mcm ini?

gambar tak dapat dibubuh sebab blog saya semakin ngokngek..
CISSS...! lagi....

effa tq so much...! muahh! (jeles arr tu saya bagi dia kiss kan?)

klik nuffnang nak kawen..

toce..


Review produk celak 3 batang RM10 ! Cap Davis eye double colour

Assalamualaikum..

mari sini saya mahu bercerita..

sedang berjalan-jalan dengan hencik boypren..

saya telah terjumpa sesuatu yang sangat hebat !

celak satu batang ada 2 warna..beli 3 batang dengan harga RM10 !


okes2..taklah hebat sangat..jenama ini cak ayam kampung halaman..

kalau celak mac sudah tentu kat situ jugak saya pengsan,bangun semula..
pengsan..bangun semula..ulang sampai hencik boypren setuju nak beli kat saya
kah kah..akai keji !

okes  sudah.mari kita kenal dengan celak ayam ini..
ehem2..

inilah celak2 yang buat saya rakus sekejap kat kaunter aksesori tu.

teman lelaki saya juga begitu..tolong pilihkan warna untuk saya.
owh nampaknya beliau sudah faham benar dengan perangai teman wanitanya ini
lalu sama2 menjadi rakus sebagai tanda sokongan..YEAH !

putih.

jenis yang 'berminyak'..lalu hasilnya bukan warna putih bersih suci murni. 

shining melebih-lebih sampai dah boleh suluh muka sendiri kah kah..

kene sapu banyak lapis baru warna jadi terang.

ada macam perada.hati2 bila pakai..kang masuk mata pedih wooo !

hitam.

Abaikan mata hitam sememeh itu.nama pun test saja kan
(ayat x mau bagi muka sendiri malu..keh keh..).

jenis lembut dan senang nak garis.

warna pekat.

mudah sememeh,so tak sesuai untuk cuaca panas.

mate maksudnya bukan kilat2 dan tak ada perada.

silver.

jenis berminyak.

shining..tengok gambar pun sudah tahu kan ha ha..

ada kilat2 perada.

warna agak menonjol berbanding yang putih.

kelabu.

jenis berminyak.

warna menonjol.

effect shining sederhana.

ada kilat2 perada.tapi sederhana saja.

ungu.

jenis berminyak.

warna menonjol.

shining sederhana.

ada kilat2 perada tapi sederhana saja.

ungu cerah.

jenis berminyak.

warna sederhana.

shining.

ada kilat2 perada.

selalunya kalau pakai,saya double dengan eyeshadow..sapaya akan jadi menyerlah.

kalau pakai kat tubir mata(garisan dalam mata kat bawah mata),
warna tak nampak sangat,cuma shining yang menonjol.
kalau pakai kat garisan bulu mata(kena kulit) baru warna dia nak menyerlah.

keseluruhannya..boleh lah.ok lah jugak sebab ini pun murah saja.

saya guna untuk diri sendiri atau kalau betul2 perlu.

untuk customer saya guna yang berjenama.

sekian saja.penat nak taip hua hua..!

klik nuffnang.nak kawen.

tq.