Review produk Nevea whitening deodorant

Assalamualaikum..

dah lama tak review produk kan..

skang meh sini nak share satu produk yang saya pakai
sejak beberapa tahun lepas.rasanya dah dekat 5 tahun dah !
pakai deoadorant pun nak kecoh..finelah..fine..


Nevea whitening deodorant cell repair.

KATA PENGELUAR:
> reduces skin darkening.
>anti perspirant.
>dermatalogy tested.
>cell repair.

KATA SAYA:
> wangi.
>kulit tak hitam.
>kulit tak gatal atau sensitif.
>mula2 pakai macam melekit tapi pastu ok saja.

saya pernah guna deodorant nivea yang lain2 macam
yang jernih tu,yang kaler pink dan beberapa jenis lagi.
tapi saya paling lekat dengan jenis whitening cell repair nih.

dulu pernah guna jenama rexona tapi tak bestlah..
kulit jadi gatal2 !

lepas ni nak try jenama garnear  pulak lah..
hencik papa pakai yang tu..dia kata ok..
nak jugaklah..hi hi..

like page saya kat fb kalau sudi..
ada kat sidebar sebelah atas tu.

klik nuffnang nak kawen.

tenkiu..

Bulu mata palesu rozita che wan yang lama jangan dibuang,boleh buat idea yang hebat ini..

Assalamualaikum..

eksaited tak kau dengar tajuk macam itu?
eksaited tak? eksaited tak? eksaited tak?
meh sekeh sikit budak ini..

bukan ada apa pun..saja nak sharing is caring,
kau loving kau tertungging..
eh sedap pula pantun tak berapa nak 'kerat' itu kan?
kah kah..

meh lah sini saya mahu bagitahu..

nampak tak itu?
itu bulu mata atas..
dah beberapa kali saya pakai,so sudah jadi semacam saja.
tapi saya tak buang..
saya gunting2 then pendekkan sikit bulu yang panjang berjela itu.
lepas ini boleh buat bulu mata bawah pula..
nampak tak penjimatan yang hebat disitu?
wahhh ha ha ha..! 
tiba2 berasa hebat sebab punya idea yang hebat..
kah kah..

sudahlah..terasa mahu tercekik air liur sendiri.

saya ada beberapa entry pasal aktiviti seperti 
mekap,jalan2 dan lain2..
tapi sedang menunggu gambar dari cce..
maka hati perlulah bersabar walaupun over kemain nak buat entry.

sila klik nuffnang untuk saya berkahwin.

tenkiu..

video tutorial gold eyes with red lips + hati gumbira kerana cik wani

Assalamualaikum..

video ini sudah lama.

kasihan sangat tengok dia terperap didalam folder lappy,
teruslah berasa mahu upload dan buat entry ini..

ini adalah video terakhir dirakam guna webcam.
lepas ini akan rakam guna kamera dalam bentuk HD pulak..
HA HA HA..(itu gelak budak yang seronok bukan kepalang).

didalam video comel ini..(uweekkk!)
saya tunjuk dari asas mekap sampailah ke shading dan lain2.

marilah mentengok video ini..

tengok sambil puji2 tau? bukan kutuk2..
kasihan budak didalam video itu...
(eh macam ini pun boleh?).




heppp..! heppp!
ada satu lagi benda best yang buat budak ini 
gembira bukan kepalang..
sampai melompat2 didalam hati saja kah kah..!

mari saya perkenalkan...
cikmekmolekpujaanhatikesanyangansayaiaitucikwanicomel!
weh gediks sungguh cara membodek ini..


marilah saya memperkenalkan kawan saya yang seorang ini..

> beliau bernama redzwanieredzmann 
nama macam panjang tapi awak semua tak sedar2 ke
itu sekali dengan nama ayah dia? kah kah..!

> dia ini menjual lens..marilah menyerbu belog lens beliau
teruslah membeli menggunakan kod 'zoeycunwanicomel'
untuk mendapat diskaun..
haip! haip! jangan buat betul2..budak zoey ini penipu saja
kah kah..!

> dia ini sporting dan selalu main terjah2 dengan belog saya..
mungkin belog kamu juga? silalah mengfollow beliau.

> dia ini cantik berbaju merah ang2..
memang boleh geng dengan budak yang bernama zoey
pasal belog pun ang2 juga.

> dia ini cantik..mata pun cantik..
tapi mata saya pun cantik juga kah kah..
isk mentang2 haku tuan belog..asik2 menumpang sekaki,
dua kaki,tiga kaki juga..
kalau dekat dah lama wani kasi kaki kah kah..!

berat,tinggi,umur,asal,bsday,
SAYA TAK TAHU! pi lah ngorat sendiri..
hahahahha...

eh sudahlah..asik merapu saja.


owh cik wani..awak sangat comel..
terima kasih banyak2..
ehhh saya tak bodek tahu?

marilah ke entry membuat saya senyum sampai 
naik penat asik2 senyum saja..

klik nuffnang nak kawen.

tenkiu..

love bunga querida saja ja tau..

Assalamualaikum..


weh kemabng idong jap..

tengah control idong nih..tapi still kembang..

weh sudahlah..! melampau sungguh kan..

overrr tauuu..!

meh masuk sini dan baca ini..


tenkiu...

eh klik nuffanng nak kawen..lupa lak haha..


Photoshoot zoey zau yah

Assalamualaikum...

15 mei bangun awal dan bermekap secara laju2..

pagi2 lagik sudah terpacak didepan rumah..

iyeee...posing depan rumah saja uuuuu....

meh la tengok aksi posing-saya-bukan-model-pro!

p/s: sila abaikan clincher + bulu mata yang senget..
bajet dah cukup cun padahal benda2 tu dah senget2 dah
saya tak tahu..

eh nampak tak saya pakai ramtai itu?
sangat comel kan..hadiah dari blogger comel..AIDA AZRYN

PHOTOGRAPHER: CCE
MAKE-UP & OUTFIT: ZOEY ZAU YAH
ASISTANT: KAK NA
LOCATION: DEPAN RUMAH KELUARGA BAHAGIA kah kah!


















lepas amik gambar habis sakit2 badan..
nampak sangat dah hadi untie tua sob..sob..

HEADER SAYA INI DIBUAT OLEH : cucucikembun.blogspot.com

klik nuffnang nak kawen.

tenkiu..







ini juga satu kerja bila takde kerja

Assalamualaikum..

sorang asik pi mai,pi mai takde kerja..

sorang lagik statik asik tengok youtube pasal takde kerja juga..

last2 sorang tadah muka,sorang lagi main muka kah kah..

eh mekap itu itu juga satu kerja bila tak ada kerja tahu?

kali ini mekap tiru2..last2 jadi versi haku ha ha..

p/s: mekap main2 takdenye nak shading ke,buat kening ke hape..
tonyoh2 je k..

mekap tiru dari 'frmheadtotoe'

minah ini sangatlah ngengade..sabar jelahhh...

tiru mekap tiz zaqyah dan sari yanti dari paper semalam.

tiru mekap michele phan.

nak try satu lagi mekap tapi CCE yang ngengade tu
tak sanggup lagi tahan muka sekali dengan tahan lapar.

maka kami pun bersurai dan memakan nasi secara laju2..

klik nuffnang nak kawen..

tenkiu..




ingatkan dah berkarat

Assalamualaikum..

semalam membuat sesuatu yang sudah lama saya tak buat.

ingatkan skill sudah berkarat,rupanya masih hebat
HA HA HA..! (kasi canlah saya syok sendiri).

kemain semangat budak ini membuat benda itu..

sampai habis tangan kena pistol panas CISS..!

tadaaa...! inilah benda yang saya buat itu.

bunga ini untuk teacher anak saudara saya.

awak semua mesti tak tahu kan,dulu saya kerja kedai hantaran.
3 kedai hantaran uuuuu...! dan yang last sekali
kedai abang saya sendiri.
tukang membuat bunga dan hantaran sape lagi kalau bukan saya ini?
HA HA HA...(kasi can lagi ya puan2..)

aina si anak sedara dengan kek resipi rahsia.
yang 'tua2' ini pelahap kemain lagik tau.

lagi 2,3 hari blog saya akan berwajah baru.
tungguuuu...! hi hi..

klik nuffnang nak kawen.

tenkiu..

Review produk silkygirl silky white lightening liquid fondation

Assalamualaikum..

nama produk ini kemain panjang.
 nasib baik hencik blogger tak hadkan tajuk untuk entry,
kalau tidak teruslah sign out tak mahu buka sampai bila2 dah..
tragik tahu tak? tahu tak? tahu tak?
(meh lempang sedas).

ramai yang tanya jenama fondation yang saya guna.
saya guna jenama ini saja.
kalau guna jenama mahal tak pasal2 
haku menjadi kedekut taik idong masin kah kah..!
(untuk customer saya guna jenama lain).

marilah berkenalan dengan beliau..
.
.
.
 nama: silkygirl white ligtening liquid fondation.
umur: eh lempang nak?
 kata pengeluar: > melindungi kulit dari pancaran uva dan uvb(spf 20).
> hasil yang sempurna dan semulajadi dengan  liputan yang sederhana.
> formula non- comedogenic.
> tiada pewangi.
> tidak berminyak.
> murah,belas2 saja.

rupa fondation tu dan rupa saya yang telah memakai fondation tersebut.

walaupun kulit saya cerah, tapi saya guna warna 03 medium 
dan saya gabungkan dengan
pixy compact powder natural white yang warnanya cerah dari fondation tu.
gabungan fondation dan bedak tersebut buat mekap saya nampak natural.

mula2 pakai muka akan nampak putih sedikit,tapi selepas
berpeluh mekap akan jadi rata dan nampak semulajadi sangat2.

> dah banyak tahun saya pakai jenama ini.
> muka tak berminyak walaupun sebenarnya kulit saya jenis kombinasi
iaitu berminyak di zon-T dan normal di kawasan lainnya.
> mekap nampak natural.
> mekap tahan dan tak comot/sememeh.
> tak berbelak(tak rata).
> murah belas2 ringgit camtu jek.
> tak tebal.hasilnya sederhana saja.kena pakai concealer untuk
tutup kesan cela.

secara keseluruhannya saya suka sangat2 dengan produk nih.
jenama maybelline pun saya tak puas hati tau.
so sape cakap jenama yang harganya murah  tak bagus?
kalau untuk diri sendiri ok saja.
lainlah kalau untuk bisnes.


muka minta penampar..

sila mendapatkan jenama ini sekarang.

nak carik cik yang bernama silkygirl jap,
nak minta barang sekupang dua pasal saya kemain pulun
promote produk dia ha ha..


klik nuffnang nak kawen.

tocetoce..









 

photoshoot suka2 juga..

Assalamualaikum..

koleksi gambar ini sudah lama.

masing2 belum ditahap pro time nih.

waktu jumpa tadi pun sudah berhabuk kemain lagi macam 100 tahun tersimpan dalam
peti rahsia negara isketanbola..okes..ini tipu kah kah..ehem2..

mari kita lihat tapi sila jangan kondem saya..

saya bukan model,jauh sekali supermodel(eh tidak samakah?).

photographer: CCE
make-up: zoey zau yah(hey kamu,ini sayalah).
asisstant/co pilot: alyn














dah penat posing kita sembur air kat bunga ha ha..

itu saja.

tak ade apa pun saja gatai nak tunjuk ha ha..

klik nuffnang nak kawen.

tenkiu.



marilahtengokkulitsayadekat2~eh sape tahu produk ape nak hilangkan jeragat?

Assalamualaikum..

sape cakap kulit saya cantik,gebu dan gojes tahap dewi?

meh la tengok dekat2..

diri sendiri yang tengok nih rasa nak nangis kau tak tahu..

tapi malu punya pasal nangis dalam hati secara diam2 saja.

saya jarang tumbuh jerawat.

tapi sejak beberapa tahun lepas saya ada masalah jeragat.

sikit2 saja tapi tak best la uuuu...!

kulit yang cerah memang berpotensi jadi jeragat.

kakak saya yang berkulit cerah pun jadi jeragat jugak.

kami dua saja yang jadi tau..(nangis laju2 T_T).


> pori2 terbuka.
>parut jerawat lama.
>parut jatuh bestkal time budak2(nampak tak haku nakal dulu?)
>bintik2 jeragat.

jadi kat kedua2 belah pipi je tau..sadis iii...!

dah macam2 saya buat nih.

tapi jeragat tu still ada dan rasanya bertambah.

sesape tahu tak produk apa yang boleh hilangkan jeragat
dengan berkesan? silalah bagitahu saya..

saya ini terasa macam nak menangis tahu tak?

silalah tolong saya wuwuwuwu..!

klik nuffnang nak kawen.

tenkiu.

kau jangan jeles haku dah teror buat benda nih hahahaha..!!!

Assalamualaikum...

Hahahahahahaha..!!!
ini gelak betul2 punya gila kuasa
sampai tak kuasa haku nak melayan diri sendiri..
(finelah..fine..).

tahu tak dulu saya memang failed buat kening bila mekap.
time belajar mekap dulu2 bab nih lah yang saya bengap sikit.
belajar pulak pakai razor blade tu..
maunya tak berdarah kening haku kerjakan 
HA HA HA kat diri sendiri!

tapi itu duluuu...zaman jahil-orang-suruh-korek-idung-pun-haku-buat.
(ciss pengotor..!)

skang sudah teror HA HA HA kat diri sendiri jugak sebab
terlebih bangga.

takyah cukur pun saya boleh buat kening nampak
macam cukur jugak..

antara hasil kening yang saya buat.tak cukur pun.


kena guna teknik,trick dan celak yang betul.

nampaknya entry ini semacam berbangga dengan diri sendiri saja.
tapi saya buat entry ini sebab ramai yang tanya macam saya buat
kening camtu.
owh saya bukanlah teror mana pun.
dulu selalu failed tahu..! sekarang saja agak ok.

awak semua pun boleh buat..praktislah selalu.

tips:
1. guna celak yang lembut dan pekat warnanya.
2.tangan kene stabil selalu sepaya kening yang dilukis jadi cantik.
3.guna teknik higlight juga untuk buat kening nampak kemas.
3.jangan lukis kening terlalu halus..muka akan nampak tua.

itu saja..

klik nuffnang nak kawen.

tenkiu..



Riview produk pewarna kuku dan pencuci elianto

 Assalamualaikum..

sudah terang lagi bersuluh..
saya mahu riview pewarna kuku dan pencuci pinggan..
eh tidak..tidak...
pencuci penanggal pewarna kuku..
amboi..gedix sungguh bahasa.

mari setat..
produk2 yang bakal diglamorkan oleh saya..ha ha ha sila perasan..


No.13 violet red.
jenis ini berkilat tapi bukan benda kilat2 macam perada itu.
bila sapu warnanya nipis akan jadi merah muda.
kalau sapu tebal atau berlapis akan jadi merah gelap keungguan.

saya beli dengan harga RM5.00 ketika promosi.

nampak berkilat sampai saya sendiri hampir juling ha ha ha..

warna agak ok,cuma lambat kering.

abaikan sapuan yang comot itu sebab 
sapu secara laju2.nak tunjuk warna saja.


No.07 silky brown.
Jenis ini macam ada perada halus2.
bila pakai jadi macam keemasan.

harga RM2 ketika promosi.

warna nipis.kalau mahu nampak jelas kena
sapu 2,3 lapis.
lambat kering dan warna mudah tertanggal.

Nampak rona keemasan kan? owh maafkan saya kerana sapuan tidak rata.

Bila pakai nampak macam keling..
itulah kata CUCU CIK EMBUN

nail romover.
err..adakah dengan menggunakan produk ini
kuku akan tertanggal?
NAIL=KUKU
ROMOVER=PENANGGAL
= PENANGGAL KUKU?
KUKU TERTANGGAL?

PANG !!!!
mari setat semula...

pencuci ini berbau anggur.
senang nak tanggalkan warna dan berbau wangi.

harga RM7 botol besar beli time promosi.

jenama ni warna mudah tertanggal lah..
bila sapu tebal jadi tak rata pulak.
tapi harga pun murah kan..sangatlah melampau kalau
mahu hasilnya macam jenama mahal.

Saya pakai pewarna kuku bila period saja.
jadi janganlah fikir bukan2 pasal saya..he he he..

klik nuffnang saya mahu kawen.

tocetoce..