Riview produk maybelline make up remover eye & lip

Assalamualaikum..

saya telah failed untuk upload video mekap sebab
video saya ada masalah..hampes! 
sekarang gantikan saja dengan review ini..jangan marah yee..hi hi..

sebelum ini saya hanya guna minyak bayi untuk 
buang mekap.

sekarang sudah tidak pandang dengan minyak bayi itu..
ini semua pasal produk yang saya baru cuba ini..

maybelline make up remover eye & lip.
ini adalah pencuci mekap bukan pencuci lantai
kalau mahu pakai pencuci lantai pun tidak mengapa tapi sila
jangan cari saya kalau muka sudah tidak ada rupa.

KATA PENGELUAR:
> efficient & easy: this formula instantly removes all
eye and lip makeup,even waterproof and non water-transfer.

> gentle: formulated for sensitive eyes it is especially very gentle
for the delicate skin around eyes.

> to use: shake well before use.
soak a cotton pad with the lotion and apply on your eyes or lips.

KATA SAYA:
> goncang sebelum guna.untuk buat cecair yang dua kaler tu bersatu.
lepas tu baru tuang atas kapas dan tanggalkan mekap.

> nampak cecair macam toner.
tapi bila disapu tak macam toner langsung lah!
ringan jek..tak terasa pun tengah guna produk tu.

> mekap mudah ditanggalkan walaupun mekap waterproof.
sekali sapuan pun dah tanggal.takyah nak tonyoh2 bagai nak rak.

> takde kesan lekit ke,tegang ke,pedih ke.
dicipta supaya sesuai untuk mata dan kulit yang sensitif,
so takde kesan2 tu semua.

> tanpa haruman.

> harga RM8.90 untuk botol kecil(time promosi)
tapi kalau bukan time promosi harga untuk botol besar cuma
RM15.90..murah je kan?

kalau dah habis nanti saya nak beli lagilah sebab
memang berkesan !

like page saya kalau sudi.
ada kat sidebar bahagian atas.

klik nuffnang nakoperate.

tenkiu.

adoi tabiat semacam apakah ini?

Assalamualaikum..

saya punya satu tabiat yang pelik..
pelik tak pelik lah tapi bernasib baik hanya satu tabiat saja..
kalau 2 tabiat,3 tabiat,4 tabiat terus buang tebiat !
eh eh..scary pulak haku rasa kah kah..!

bila saya tengah tensen ke,sakit ke,stress ke,mistress hermanas ke
terus berasa mahu soping..
tak kisah lah soping mekap ke,baju ke,shawl ke,lampin anak ke
semua rasa mahu borong..kah kah nampak sangat dah kronik haku nih.

baru2 ini saya masuk wad IJN ditambah stress hapekende tah
dalam kepala tambah hati ini..
maka bersopinglah saya seperti sudah setahun tak keluar dari hospital
 ha ha..over !

sebenarnya belum masuk spital lagi saya sudah soping..
keluar spital sambung lagik sampai ke ipoh nun..!
kemudian ke kulim nin..!
kemudian ke..err sudahlah..karang free2 saja
kena lempang dengan diri sendiri..

3 helai shawl/pashmina dengan sehelai blouse ang2 punya merah.
ada lagik yang saya mahu topup...maknanya diriku ini masih stress..
wuwuwuwu..
owh kucing ini sangat gedik menangis seperti ini..

pastilah bakal suami saya sangat stress bila
membaca ini kah kah..
ehem2..papa sayang..sila jangan stress2 okes?
janganlah cintamu berpaling tadah pula..
i lagi stess kang u jugak yang susah ha ha...
marilah membuat muka comel special untuk papa
weewwiittt..!!!


okes itu saja.
kawan2 silalah carik hobi lain kalau tiba musim stress..
kalau tiru macam saya habis stress lah suami2 semua.
ha ha..

like fanpage saya kalau sudi.
kat sidebar kanan(atas sekali).

klik nuffnang nak operate.

tenkiu..

Blog saya blog pilihan bulan jun abang ben shaari..!!!! pengsan weh pengsan..!

Assalamualaikum..

saya ternampak sesuatu kat blog abang ben..
ianya sangat mengejutkan..
sangat mengujakan..
sangat membestkan..
dan sangat..weh sudah lah weh..

blog saya adalah blog pilihan abang ben untuk bulan jun..
owh sangat terkejut..mahu pengsan secara over boleh tak?
pasti silalah lempang saya beramai ramai 
pasal over sangat ditahap melampau.

abang ben..tenkiu sangat2..
saya selalu masuk blog abang ben tapi saya sangat
malu2 mahu komen banyak..
owh menjadi pemalu dengan orang yang sangat glamor..
huk huk..TENKIU..dan abang ben sangatlah best
p/s: adalah saya kelihatan seperti sedang membodek?


beliau ini sangat sporting dan tak sombong pun dengan blogger baru
dan tak pemes macam saya..sob sob..nanges terharu..

kalau tak percaya marilah tengok entry beliau..

tenkiu semua..

like fanpage saya kalau sudi.
kat sidebar atas sekali.
kalau sudi lah pasal saya tak app semua orang kat fb..
so like la kalau mahu tahu apa2 pasal saya hi hi..

klik nuffnang nak operate..

tocetoce..

ijn

Assalamualaikum..

untuk sesape yang merindukan saya silalah membaca sambil
menahan air mata kah kah over !

saya sangat rindukan belog ini dan kamu semua..
memang rindu..i tak tipu hokeh..sob sob..
sudahlah..mari lihat apa kebenda saya buat kat IJN nun..
(tinggal kat ijn 8 hari dan ipoh 3 hari).

mahu cakap nih..
dalam banyak2 benda saya buat kat sana...
hanya ada 2 gambar saja?
cettt..!!!!

berninja di pagi2 buta..
giler kau air-cond punya kuat 24 jam sehari selama 8 hari..!
pedih hidung2 nih ha..
mandi pukul 6 pagi sebab nak solat..pastu tergedik gedik atas katil
sampai terpaksa jadi ninja ha ha padan muka haku!

benda yang saya buat kat sana..
ECHO:
macam scan kat bahagian dada,perut dan tekak.
yang buat itu adalah mamat-awat-hang-hensem-sangat-weh? 
kah kah malu i..kene selak2..aouw2...!!

LUNG TEST:
ada alat yang diset dengan komputer.
buang semua nafas yang ada dalam paru2,
tarik nafas sepanjang panjangnya dan masukkan
alat khas didalam mulut
pastu hembus sehabis boleh sampai komputer menunjukkan isyarat.
keputusan? 50 sahaja..normal 80..
buat 3 kali pun sama saja..finelah..paru2 2nd  dah huk huk..

6 MINUTES WALK:
jalan ulang alik mengelilingi kon.
alat khas mengukur nadi dipasang di tangan.
kena berjalan selaju yang boleh sampai cukup 6 minit.
kena buat sebanyak 2 set (12 minit).
lepas tu nadi,tekanan darah dan tahap keletihan akan dicheck semula.
dulu berjaya buat 450km..
sekarang tak boleh habis dah..kurang dari 300km rasanya.
penat yang amat.

X RAY:
takyah explain..
sape tak tahu meh nak sekeh sekor2..
eh ada hati mau sekeh anak orang ha ha..

DARAH:
part nih paling seksa..
bukan sebab saya takut ke hapa..
saya tak penah takut amik darah cuma
kat mana2 pun memang susah nak amek darah saya.
urat saya sangat halus.
pagi tu lebih dari 5 kali saya dicucuk..darah x mau kuar,
kalau kuar lak dia jadi pekat.habis dua2 belah lengan kena tampal plaster.
tengahari lak lebih dari 5 kali gak kena cucuk masih
tak dapat amik darah.
last2 dapat gak..tu pun punya lama depa try.
habis dua2 lengan bengkak2 dan lebam.

UBAT:
saya sedang test ubat.
2 jenis ubat ditambah.
tapi kesannya hanya dapat dilihat selepas 2,3 bulan.

ini adalah menu makan.marilah memilih kemudian termenung mengenangkan
bil yang bakal tiba..

keputusannya?
saya dah jumpa pakar bedah dan coordinator pemindahan
jantung dan paru2.
kalau ada rezeki nama saya akan disenarai 
untuk menunggu penderma jantung dan paru2.
berharap sangat saya dapat disenaraikan dan dapat buat operation.
itu harapan terakhir sebab paru2 dah rosak..
jantung lak memang bermasalah.
doakan saya dapat buat operation..
amin..

yang paling dasat adalah billnya..
RM22,000 ++
okes marilah pengsan bersama saya!!!

ada perkara dasyat berlaku kat saya.
nanti saya buat entry ya.

klik nuffnang nak operate..

tenkiu.





riview produk maybelline hypercurl volume express waterproof cat eyes vs maybelline hypercurl volume express waterproof mascara

Assalamualaikum..

hari itu pergi jusco nak beli maskara majolic majorca.
tapi macam biasalah..
orang over macam saya jangan harap dapat menahan diri dari 
jeling2..capai2..cuba2..semuaaa jenama yang ada kat watsons tu.
memandangkan saya memakai bulu mata palesu,hencik papa yang menjadi mangsa
kah kah..kasihan diaa..
tapi sangat best sebab hencik papa seporting..
habis mata dia saya kerjakan.

last2 saya beli jenama maybelline jenis cat eyes.
majolica itu macam tak berbaloi saja.
hasil biasa2 tapi mahal kemain.
maybelline adalah yang terbaik !
cik maybelline,sila bayar komisen saya sekarang juga..!

selama ini saya guna volume express botol hitam dan kuning itu saja.
tak pernah cuba yang lain.
sekarang mari saya tunjuk perbezaan antara 2 maskara saya guna.

atas: maybelline hypercurl volume express waterproof cat eyes
promosi dapat harga RM23.00 atau RM28.00 (tak ingat lak)

bawah: maybelline hypercurl volume express mascara.
beli waktu biasa dapat harga RM30 lebih lah.

weh hape ke gedik maybelline nih letak nama kemain panjang..
nama nak sama lak tu...fenin haku tau fenin tau tak..
protes..

1. tak pakai apa2..

2. pakai maybelline hypercurl express volume waterproof cat eyes

3. pakai maybelline hypercurl volume express waterproof mascara

CAT EYES:
> ketip bulu mata sekali saja pastu terus pakai maskara ini.

> bulu mata  jadi lentik dan panjang !

> nampak berketul tapi tak rasa berketul atau serpihan jatuh kat dalam mata pun.

> berus nampak tak HOT langsung ! tapi bila sapu
teruslah menjadi hot n spicy tergoda jiwa haku! senang nak sapu weh !

> mula2 macam basah sikit tapi cepat jek dia kering dan terus jadi
waterproof.

> sangat sukee...!

VOLUME EXPRESS:
> kena ketip banyak kali pastu baru pakai.
lepas pakai ketip semula barulah dia nak jadi lentik..
hoi2! letihlah asik ketip,pakai,ketip,pakai..!

> bulu mata memang jadi tebal/banyak.

> produk kat dalam botol cepat kering,so bila pakai
dia jadi cam berketul dan serpihan selalu masuk dalam mata.

> berus tebal2,rapat2 dan melengkung,senang jugaklah
nak sapu.

> waterproof.

> sebelum ni sangat sukee...! sekarang suke sikit2 saja kah kah..!

sila like page saya kalau sudi.
ada kt sidebar bahagian atas.

klik nuffnang nak kawen.

tenkiu.


video tutorial-black and gray eyes make-up macam kauorang requested tu..

Assalamualaikum..

bila ramai sangat yang requested saya tunjuk mekap
macam ini terus berasa seperti artis yang ramai peminat..
juga berasa sangat terharu..
rupanya  mekap saya menjadi idola..PANG !!!!
finelah..fine..
kalau sudah dasar perasan,tak boleh dibantu dengan apa cara sekalipun..

mekap ini adalah dari spesis yang sama.

ini adalah video mekap pertama saya buat guna HD camera.
tapi jangan berharap ianya seperti video michele phan..
ia cuma lebih clear dan fokus di bahagian mata..
so kauorang semua boleh tengok mata saya dekat2 dan menjadikan ia 
sebagai idola baru anda kah kah..! kasi lempang sikit...

p/s: abaikan bunyi kipas angin yang tak cool itu..

lain2 video mekap dan cara pakai shawl

sila like page saya kalau sudi.
ada kat sidebar bahagian atas sekali.

klik nuffnang nak kawen.

tenkiu..


Review produk R&Z COSMETICS spa moisture orange body scrub dan cara betul berscrub

Assalamualaikum..

hai awak semua..eh tetiba bermesra2 begini pula..
padahal selalu terus saja ke garisan permulaan..
ehem2..

marilah saya mahu review satu produk yang saya guna
sejak lama dulu.
jangan mahu kata saya sengaja promote produk
boss sendiri ya.saya memang guna produk ini..
ini betul2..bukan main2...

Dulu saya suka jenis green tea sebab baunya fresh.
tapi semalam nak beli green tea habis lak..so saya beli orange pula.

R&Z COSMETICS spa orange moisture body scrub.
ini packaging luar dan isinya.
harga RM12.90 untuk 100gm

KATA PENGELUAR:
rough skin spa body scrub.
this sweet blend of orange fruit extract helps to
exract helps to exofoliate and condition your skin,leaving it silky soft
and smooth.

KATA SAYA:
> jenis berkrim sekali dengan butiran kasar untuk scrub kulit.
> jenis green tea baunya lebih kuat dari orange tapi saya tetap suka
sebab keberkesanannya sama.
> senang nak gosok dan berkesan hilangkan daki hitam.

KESAN:
> kulit lembut sangat2.
> nampak lebih gebu dan cerah.
> kulit bersih sebab daki yang berwarna hitam ditanggalkan.
> kulit nampak lembab sebab kesan kulit kering dah takde.

selalunya kalau scrub badan orang cuma sapu,gosok secara biasa
dan bilas.tapi itu adalah tidak best hokeh! 
kalau tak caya cuba tengok daki2 dan kesan hitam ada lagi kan?
kat salun pun buat camnih tapi daki tak hilang lah..

sekarang marilah saya mahu bagitahu macam mana mahu scrub badan dengan cara
yang betul.


1. Sapu scrub.jenis krim adalah yang terbaik.

2. sapu dan gosok sampai rata dan berkrim dikulit.
macam dalam gambar tu.

3. bila dah rata teruslah menggosok secara lembut 
dengan gerakkan ulang alik sampai krim meresap kat kulit(sampai tak nampak apa2).
terus gosok lagi sampai keluar butiran macam gambar no.3 tu.
kita boleh nampak daki hitam akan keluar bersama butiran tu.

orang cakap kalau gosok camtu akan rasa pedih.
tapi bila guna scrub tu,takkan rasa pedih walaupun gosok
bagai rak sebab nak keluarkan daki.

cubalah cara ni..memang kulit akan jadi berbeza.

buat apa nak guna scrub yang mahal2 ke hape ke
tapi tak gosok dengan cara yang betul.
daki2 tak hilang tapi duit yang hilang ha ha..

sila like page saya kalau sudi.
ada kat sidebar bahagian atas sekali.

klik nuffnang nak kawen.

tocetoce..

tutorial mekap mata gold+hitam

Assalamualaikum..

marilah kamu semua kita main mekap2 lagik..

ya ya..saya tahu kamu semua mesti fikir macam ini..

'apalah budak ini memang tidak ada kerja..asik2 mekap saja'

okes la fine..fine..

memang saya tidak ada kerja lain yang lebih bagus seperti memasak untuk suami..
err?

sudah2..! mari kita mula memainkan mekap hek hek..

saya mahu ajak kamu main mekap macam ini..

sapu warna krim berkilat seluruh kelopak sampai bawah kening.

sapu warna coklat lembut seluruh kelopak.

Sapu warna coklat berkilat macam warna tembaga sikit kat hujung kelopak.
buat macam bentuk saya tanda tu.
blend (tonyoh lembut) dengan jari supaya warna jadi 'soft'.

sapu warna hitam secara menaik kat hujung mata.
buat macam tanda yang saya buat tu.
blend(tonyoh lembut) guna jari supaya warna soft.

No.1(tanda warna pink)..garis macam tanda saya buat.
yang penting tebal dan membujur kat hujung mata dan nipis kat hujung dalam mata
(berhampiran hidung).saya guna maybelline gel liner hitam.

No2(tanda warna biru)..sapu eyeshadow emas berkilat kat kawasan tu.

No.1..pakai bulu mata palsu.
saya guna bulu mata sederhana tebal dan panjang.
gam jenama vixianne.gam ini sangat kuat hokeh.

No.2..garis eyeliner liquid hitam kat atas garisan bulu mata palsu.
tutup kesan putih gam tu.

pemenang gambar paling menggerunkan jatuh kepada gambar ini..! hoye..hoye..!

No.1 dan No.2..ketip bulu mata dan pakai maskara guna teknik zigzag kat
atas dan bawah mata.saya sapu 3 ke 4 kali untuk bagi tebal.
saya guna maybelline volume express hitam.

yeaaahhhh !!! siap sudah..

he he he...hape kes tah nak sengeh sorang2..

klik nuffnang nak kawen.

tq.