hari itu saya buat headband

Assalamualaikum..

hari itu sangat bosan..jadi saya berasa seperti teringin sangat nak buat kerja D.I.Y semula..
tapi bila dah sebut rajin tu takyah lah ingat saya rajin sangat sampai hari tu gak
nak buat mende2 nih semua....

esoknya baru terhegeh2 nak beli bahan dan setat buat..

saya buat 3 headband..

ini kaler ungu...tolonglah cakap ianya comelss....
kalau cakap ianya comelss seperti daku lagilah digalakkan kah kah..

ini pink lembut..sila cakap ianya lembut seperti daku...hey hey...
sila jangan cakap macam itu..saya tak suke lembut2(sifat).
terima kasih.
T____T

ini saiz besar..sesuai untuk orang over macam..err..macam...
ok kauorang mesti dah tahu...nih haaa.....I LEETUUU...

saya ada plan nak buat  dan jual headband,pin dan klip..
tapi guna material yang sesuai dan lagi cantiklah..

like fanpage kalau sudi.
www.facebook.com/zoeyzauyah.blogspot.com

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.

Review: Gam bulu mata palsu

Assalamualaikum..

ramai yang bertanya soalan macam mana nak bagi bulu mata palsu melekat lama.
nasib baik saya anggap ini soalan berbaur cepuk emas,
kalau saya anggap ianya cepuk silver ke hape memang tak layan dah soklan kauorang tu
kahkahkah...
dengan baik hatinya saya nak review satu produk nih.
produk yang akan buat bulu mata palsu melekat lama.
susah nak tertanggal macam selalu sampai kauorang rasa nak kunyah2 bulu mata 
 tu sampai lumat T_T

*ada dua jenis gam yang macam sama tapi sebenarnya tak sama.

 ZIXIANNE EYE CREAM

 BEST....
harga: RM10 ~ RM25 *ikut tempat.

tekstur jenis latex putih macam susu getah tu tapi dia agak pekat.
tapi ini bukan susu getah kau amik gi jual tu ya..susu pekat manis cap teko pun bukan..
jangan nak tersilap pulak...

bau macam gam budak sekolah kahkahkah tak lawak ponnnn...=.="

ada batang kat penutup dia,so senang nak sapu gam kat bulu mata.
sapu sampah memang tak boleh..itu buang tebiat namanya..

buat masa sekarang inilah gam yang paling bagus saya pernah guna.
melekat kuat dan takyah risau sangat bulu mata palsu tertanggal ke hape.
sapelah tokey jenama nih..nak aje haku minta komisen kat dia...

TAK BEST...
gam cepat kering terutama kat leher botol.
kat leher kita dia tak kering pasal memang tak sapu kat leher kita pun..

gam warna putih,so lepas pakai kena cover kesan gam tu guna liquid eyeliner hitam.
nak cover dengan marker pen pun..errrr...ikut suka kaulah senah...

sesetengah orang mungkin akan rasa sakit time nak tanggalkan bulu mata.
gam dia agak kuat.
jerit jek kalau sakit..takde halangan pun...

tapi overall memang saya puas hati dengan gam ni..
jantung,hempedu semua puas sekali hehehehehe...

CARA GUNA..
sapu gam secukupnya sepanjang garisan bulu mata palsu.
bubuh lebih toksah nak kedekut sangat cek kiah ooiii...

sapu lebih kat bahagian hujung.

biar separuh kering baru pakai bulu mata palsu tu.
dengan cara ni bulu mata akan melekat kuat.

CARA TANGGALKAN/CUCI..
cabut perlahan hujung bulu mata palsu.
saya suka mula dari hujung dalam mata(dekat hidung tu)
dan tarik perlahan2 ke arah tengah dan hujung luar mata.

cuci kesan gam kat mata dengan waterproof make-up remover atau minyak bayi.

kalau tanggalkan dengan elok,awak boleh guna bulu mata palsu tu lebih dari sekali.

kalau bulu mata tu masih elok,guna putik kapas..celup dalam waterproof make-up remover
atau minyak bayi dan cuci perlahan2 bulu mata tu.
cuci kedua2 bahagian bulu mata..belakang dan depan.
lepas tu ambil putik kapas yang bersih dan kering atau boleh juga gunakan tisu,
cuci sisa minyak dan kotoran kat bulu mata tu..
simpan dan boleh digunakan semula.

PERBEZAAN ANTARA DUA JENAMA.

jangan konpius wahai kawan2 semua.

ada dua jenama yang packagingnya sama tapi kesan berlainan.
yang bagusnya jenama ZIXIANNE.
saya beli kat pemborong mekap murah sikit atau boleh beli kat bright sail dengan harga RM25.

yang satu lagi jenama MARIE BEAUTY.
jenama ni selalu ada kat pemborong mekap yang jual on9.
harga dia selalunya murah sikit.
tak tahu apa pendapat orang lain yang pernah guna jenama ni tapi saya memang tak suka.
dia cair,susah kering,mudah comot dan tak bape kuat/tahan.

taknak tersalah beli senang saja.
boleh tengok perbezaan yang saya tunjuk kat gambar tu.
yang penting perbezaannya kat logo dan jenama.
yang lain memang sama..sekali pandang susah nak beza.

sekarang sudah tahu kan?
boleh la memakai bulu mata palsu dengan senang hati..
macam budak kat bawah ini =.=

hai saya adalah si pencinta bulu mata palsu...
biasalah bajet nak jadi rozita che wan...

kadang2 saya terlebih over punya worang...
memakai bulu mata palsu yang mengerikan di bawah mata T_T

selamat mentry.

like fanpage kalau sudi.
www.facebook.com/zoeyzauyah.blogspot.com

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.

Tutorial: Sweet peach & rossy make up

Assalamualaikum...

awas kawan2...entry ini banyak gambar...
HAHAHAHA...erk eleh...saje nak berbangga dengan diri sendiri..
*laaa macam ni pun boleh?

walaupun awak semua mungkin akan cakap semua gambar
saya penuh dengan unsur2 edit tapi saya nak cakap juga...
dey thambi...! kamera yang sayangkan saya bukan saya yang edit bagi lawa gilaaaa...
haaa kau tengok? tak pasal2 uncle thambi yang haku sebut2 padahal
uncle thambi baik2 saja..awak semua pun baik2 saja...saya yang over gila hahahaha...

*saya guna blusher sebagai eyeshadow sebab kaler peach blusher tu sangat comel hokeh..
eyeshadow saya takde kaler tu T_T

menangis CCE nengok kakaknye yang super hebat..
takyah susah2 nak pakai reflector tu semua...
cahaya matahari sangat memberi kerjasama kahkah...

diri sendiri berasa gambar ini sangat suwit like sugar bebeh !
atau boleh juga cakap suwit like roses bebeh !
haaaaa...boleh jek senah...

saya juga sukakan gambar ini...
hey..hey..apesal tak cakap suka semua gambar saja?
itu kan lebih indah dan menyatakan keseluruhan perasaan?
*monolog dengan diri sendiri T_T

gambar ini buat saya rasa sayang macam nak tidur sambil peluk kameraku itu..
terima kasih sayangku papa...
ehem2..ucapan di angin lalu pula...

sekali sekala kita perlukan gambar gediks untuk menjelskan stalker kita..
hahahahahhaha...eh tak suwit langsung gelak semacam ini =.='

bunga di tangan sangat lawa,
ianya sama seperti di kepala,
iya..iya..saya tahu apa soalan anda,
memang itu bunga yang sama...hahahahaha...

pemantun yang hebat sudah kemari...hahahahahaha...(sambung gelak).



nak tengok tutorial mekap yang banyak2 tu? 
sila klik >> SEMUA ENTRY MEKAP

nak tengok tutorial pakai shawl yang banyak2 tu?

saya takdelah menarik kalau tak mekap,tapi bersyukur dengan apa yang ada.
bermekap saja kalau itu boleh tingkatkan keyakinan diri.
jangan peduli cakap2 orang..yang penting niat betul =)

sweet & soft =)
*haku jek perasan camtu T_T

selamat metry kawan2..

like fanpage kalau sudi(ada kat sidebar) atau carik kat
www.facebook.com/zoeyzauyah.blogspot.com

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.

P/S: sekarang sudah hampir pukul 2 pagi..
mahu tido..esok nak ikut CCE dengan emak ^_^
sila tampar saya kalau saya takleh bangun pagi =.="
babai..

Review: Freeman Facial Clay Mask Avocado & Oatmeal.

Assalamualaikum...

toksah la kata saya ini rajin sangat jaga muka pakai itu ini.
saya pakai produk basic2 saja..

toner tak pakai,kalau berasa kulit tak selicin lantai baru terhegeh2 nak scrub..
pakai masker setahun sekali pun susah..haaa kau tengok betapa malasnya saya?

tapi kadang2 bila mood gedik2 tu datang mulalah melilau carik masker
 untuk tepek kat muka..

masker saya sendiri entah sudah berapa lama tak beli..jadi baru2 ini saya
telah merembat masker kepunyaan CCE  
LARIIKKK...!!!


Freeman Facial Clay Mask Avocado & Oatmeal.
harga tak tahu pasal bukan saya yang beli.

diperbuat dari bahan2 botani.
clay mask ini ditambah dengan oatmeal dan vitamin E.
menghilangkan minyak yang berlebihan,kotoran,membersihkan liang2 yang tersumbat,
menjadikan kulit  bersih dan lembut.

KIRI:
sapu seluruh muka kecuali kawasan mata dan bibir.
biar sampai kering dan cuci dengtan air suam.

KANAN:
lepas cuci.rasa lembut dan bersih.
kulit terutama kat kawasan pori rasa tegang tapi takdelah over sampai
senyum pun takleh kan...


untuk kulit yang berminyak sebenarnya,tapi saya yang berkulit
normal dan kadang2 kering ni pun saja jek gatai nak pakai gak.

tekstur berkrim pekat macam tanah liat tu.

cepat kering.

bau wangi macam nak makan..
haaa kau jangan nak gatal2 pi jilat senah oiii....naya kang..

time pakai tu rasa pedih dan berangin kat sesetengah kawasan
terutama kat kawasan bekas picit jerawat dengan bintik hitam dan putih.

bila kering rasa tegang sangat2..normal lah tu.

dia kata menyerap minyak tapi lepas 2,3 jam pakai
siap sapu pelembab kuar minyak sikit kat atas hidung.
sikit jek tak banyak.

silalah mentry kalau nak rasa camne hasilnya.
(hasil untuk setiap orang mestilah berbeza kan)

like fanpage kat sidebar kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah..amin...

tenkiu.

tahu tak saya merindu betul nak pakai kamu?

Assalamualaikum...

2,3 menjak ini rindu betul nak pakai cantik2 pastu pakai pulak kasut tinggi
pastu jalan ala2 model pastu tangkap gambar banyak2...
memang hot lah wehh..!

dulu suka betul pakai heels..
sekarang suka juga tapi senang2 suka terus lupakan kesukaan itu
sebab saya takleh jalan lama2 pakai heels sejak selalu 'penat' nih..
saya suka heels yang bertutup dan tapaknya jenis baji(wedges)
*betul ke haku nih? hek elehhhh...

bukan ape..tapak macam ini stabil sikit nak jalan...
kalau rasa2 ada orang kuang ajau dengan kau pun stabil sikit nak kasi penendang
kah kah..elok2 ayu pakai heelss terus hilang keayuanku itu bila penendang orang.
yang syoknya bila pakai heels postur badan terus jadi tegak..
jalan pun ala2 model gitu...hot betul kan..

P/S: tapi sebenarnya heels tak elok untuk kesihatan..harap maklum.

picture source from google.

haaaa..cuba kau cakap macam mana lah saya tak tergoda dengan heelshottakhingat ini?
tambah2 yang ada ribbon2...
haishh kauorang nih tak paham2 ka cik puan tua tak sedar diri ini memang suke
sangat benda2 beribbon..bajet cute sangat lah tu kan..
dapat gaji ini memang harus sambar sepasang heels yang cute dan hot giler punye !
tapi kau nih cakap saja cik puan ooiiii...
silap2 kasut rata atau selipar comels itu juga yang kau rembat..

sudahlah..mari sambung berangan memakai heels dan membajet hot...
like fanpage kat sidebar kalau sudi
(www.facebook.com/zoeyzauyah.blogspot.com)

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.

Tighline mata untuk lebih cantik

Assalamualaikum..

hihihihihihihihi...okes cukup !
bila dah lama tak bergediks di blog sendiri,terus kelakuan macam tak dapat dikawal..
hehehehehehehheheehe

baheklah..hari ini saya mahu bagitahu pasal tighline mata.
tahu tak? tahu tak? tak tahu? tahu tahu? tak tak?
weh lempang nak !


nampak tak ruang kosong kat anak panah tu?
haaa kat situlah kita buat tighline.
kalau takde tighline memang comot2 tak comel dah kalau ambil gambar...
macam gambar kat atas nih...

tighline tu garisan yang dibuat menggunakan eyeliner.
tarik kelopak ke atas sikit,pastu garislah kawasan macam dalam gambar tu.
tighline akan buat bulu mata nampak penuh dan mata nampak besar.

barulah comels uoollsss...!

TIPS !
kalau nak garis tu lebih baik guna eyeliner jenis lembut
atau guna saja gel eyeliner.jangan guna liquid..tak sesuai pasal tighline tu
dah dikira kawasan dalam mata..kang pedih dan susah kering.

kat bawah nih video tutorial mekap yang saya buat tighline juga.




selamat metry kawan2..

like fanpage kat sidebar kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.

Tutorial pashmina style jurai messy didepan

Assalamualaikum..

mari bergigih membuat entry cara pakai pashmina style jurai messy didepan..
nama style ini memang takbleh belah..tapi duduk diam2 sudahla ya.

 tak tahu nak cakap apa kecuali diriku kelihatan ayu dengan kaler soft camgini
*uhuk2..terus kauorang pun terbatuk2.

 tadi ayu..yang ini laaaggggiiiii ayu.
okes sudah..mari tersengih secara sendirian.

sebelum orang tanya bahek saya bagitahu awal2 mekap


lain2 tuto mekap boleh klik >>> SEMUA TUTO MEKAP
lain2 tuto shawl boleh klik >>> SEMUA TUTO SHAWL

posing ini dipanggil 
POSING-SYOK-SENDIRI-PUN-BOLEH-MENDATANGKAN-KEGEMBIRAAN
KEPADA-DIRI-SENDIRI-DAN-IANYA-ADALAH-HEAVEN.
mak aihhh...berpeluh kemain siap kuar air hujan semua nak menyebut nama ni haa..

selamat mentry kawan2 semua.

mari like fanpage saya kat sidebar kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah..amin.

tenkiu.

Tutorial: cute make up with hot pink lips

Assalamualaikum...

hari itu tak tahu hendak buat apa..
duduk seorang diri rumah adalah sangat membosankan tahu?

jadi saya pun membuat video syok sendiri..

mekap comel dengan bibir pink panas konon?
(cute make-up with hot pink lips)
ini punya translate pakcik google pun kalah nih...

nasib baiklah emak dengan bapak tak pernah komplen 
saya asik bermekap dan bervideo dari memasak...
kalau komplen2 harus merajuk selama setaun...kah kah..
ehem2..ini serius bukan main2..kalau kauorang komplen2 pun saya akan merajuk juga..
jadi sila jangan komplen2 okes...(ini adalah ugutan T_T)

mari kita setat ^_^

hey..! saya adalah pencinta kaler rona roni..

lolipop itu seperti sedap padahal rasa semacam sabun T_T

posisi bibir saya adalah comels bukan?
lempang 44 kali T_T

muka bajet adalah edentiti...




lain2 tuto mekap sila klik >>> SEMUA TUTO MEKAP
lain2 tuto shawl sila klik >>> SEMUA TUTO SHAWL

muka suram boleh jadi riang dengan bermekap..ke haku sorang je yang riang?
=.="

mata simple tapi effect dari bulu mata tu buat ai perasan ala2 rozita che wan..
auuuwww ! over kau cik puan....

ini effect buat2 comel..

ini effect mulut minta penampar..nak baling selipar jepun pun boleh juga..
takde halangan..
T_______T

baheklah..selamat mentry kawan2.

like fanpage kat sidebar kalau sudi.

klik nuffnang bedah..amin..

tenkiu.




Review: R&Z COSMETICS Perfect Brown Lipstick

Assalamualaikum..

hai uollsss....

saya mahu bercerita tentang lipstick kegemaran saya.

ini kegemaran saya,bukan kegemaran dato siti ke,rozita che wan ke..
bukan..bukan...

mari kita mulakan !
(sila bercakap dengan semangat yang waja)

R&Z COSMETICS Perfect Brown Lipstick.
RM19.90(kalau tak salah).

nama saja perfect brown tapi kaler dia bila pakai jadi
macam pink2 sikit dan sangat natural.

jenis mate.maknanya jenis kering dan pusam(tak berkilat).

tahan lama.

tanpa bau.

warna pekat tapi natural.

pakai dengan lipgloss untuk hasil yang comelss..auuww!

kalau tak pakai ligloss mungkin bibir kering sikit tapi kaler natural dan tetap cantik.

ianyaadalah bestbestbestbestbestbestbestbest okessudahlahdahpenatnih T_T

saya pakai lipstick tu dengan lipgloss...nampak comelss kannnnn?????

kalau berani sila la jawab TAK...ai majuk seploh taun kang..
tak update blog kang....kauorang pun nyesal kang...T_T

ini pulak saya pakai lipstick tu tanpa lipgloss.
natural dan ayu kan? auuuwww....!!!


boleh beli lipstick ni dari wakil jualan R&Z COSMETICS atau
terus jek mai beli kat 
 SERI IMPIANA INN TAMAN LEMBAH IMPIANA,KULIM KEDAH
(depan sikit dari sekolah air merah).

like fanpage kat sidebar kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.





Tutorial pashmina 2 style(jurai depan dan kemas)

Assalamualaikum...

pastilah awak semua bersorak riang bila saya sudah membuat tuto pashmina ini..
YAHOOOOO....!
ke haku sorang jek yang bersorak?
*nanges T_T

ada 2 cara.
1) biar jurai kat depan.
2) kemas kat depan.

ini cara 1.
hai awek kat dalam gambar ini..
awak nampak macam model tudunglah..kahkahkah..
MUNTAHHH...!

cara 2.
sorokkan jurai tadi ke bawah dan pinkan.
so dah nampak kemas.

apesal haa saya ini tetiba bergaya ayu pula...T_T

tahu dahhh tahu dahhh...
nak tahu mekap saya itu kan?

video ini dalam standard size.
saja try2..

lain2 tuto shawl boleh klik >>>ALL SHAWL TUTORIAL

lain2 tuto mekap boleh klik >>>ALL MAKE-UP TUTORIAL

muka macam ayu..sekali cakap pungpang2 tak pasal2.


KENAPA DENGAN VIDEO2 SAYA?
.
.
.
.
.

kepada semua kawan2..terima kasih sebab tengok dan try tuto2 yang saya buat.
saya adalah sedar diri video2 saya semuanya hampas dan hampes..
*nanges laju2.

suara sendiri tak merdu,suara emak,anak2 jiran malah suara ayam
adalah sinonim dalam video2 saya =.="

itu belum dikira bunyi emak keletung keletang tumbuk sambal,
 pokpokpok jirang bertukang..dan pemandangan bilik sebagai background T_T

tapi buat masa sekarang saya suka dengan cara ini.
saya buat video sebab ianya mengahppykan..malah lebih happy dari happy meal..
saya taknak ubah style buat masa sekarang sebab kalau ianya tidak menghappykan
malah menyusahkan bahek saya takyah buat langsung.

buat video bukan senang sesenang mengunyah kacang cap tangan.
kena guna 2,3 software dan mengedit pula kadang2 sampai 2,3 hari pasal 
terpaksa curi2 masa untuk buat..edit adalah sangat TANSION ok..
asik nak 'HANG' saja sampai ke tahap  bergaduh dengan diri sendiri..

meletak muzik sahaja tanpa bercakap juga adalah amat menyerikkan.
saya pernah upload video selama hampir 24 jam tapi last2 youtube reject
sebab sesetengah lagu tertakluk kepada privacy hapekebende tah.
bahek saya berpungpang sahaja.

video saya adalah clear dan terang sebab guna HD camera tapi
masuk youtube dia jadi kusam dan tak 'licin' cisss betul !

saya juga tak pernah ambil tahu berapa ramai yang dah tengok video saya.
youtube itu saya jenguk kalau nak upload video baru saja.
sebab itu kalau ada apa2 tanya saja di blog atau fanpage.

okes sekian aduan iklas dari hati nurani..

YANG BENAR...
SAYA INSAN YANG LEMAH.

p/s: tiada kaitan dengan sesiapa cuma meluah rasa dan menjawab apa
yang ditanya.
tapi alhamdulilah...ramai yang suka style video saya walaupun buroks T_T

like fanpage kat sidebar kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah..amin.

tenkiu.



Tutorial Simple fresh make up for class

Assalamualaikum...

hai kawan2..esok awak ada kelaskah?
esok awak akan berjumpa lecturer hensemkah?
ok takyah jawab..saya tak tanya pun soalan maut semacam itu..
tah sape tah yang taip soalan tu saya pun tak tahu..
betullll saya tak tahu...
(berpeluh dengan hebat =.=")

esok awak ade kelas?
kalau ade boleh try mekap ini..
kalau takde takyah lah sibuk2 kau nak buang tebiat
bangun pagi2 mekap molek2 pastu sambung tidur balik..
memang tak pasal2..


eh jap2...
props kemain gedik saya buat..siap buku lah,bag lah,baju kurung lah..
menangis budak nerd tengok haku T_T

mekap tang mata tenggelam dek kamera yang perasan hebat..
CISSS !!!

selamat pagi...
ini kata saya kat lecturer hensem..kahkah..lempang skit..

budak yang gigih memikirkan masa hadapan T_T

bila pakai sepek tak boleh duduk diam2 macam budak nerd kah?
gigit pen macam minta penampar..

pastu gedik..
nangis mak haku tengok nih weh..!

tak sopan betul budak yang seorang ini...=.="

hapekenbende stail saya buat ini..
memakai lens lalu ditambah dengan sepek..
memang daouble trouble!
patutlah fenin lalat..rupanya power rabun melebihi had..


lain2 tuto mekap sila klik>>  MEKAP
lain2 tuto shawl sila klik >> SHAWL

saya adalah budak yang cintakan buku..
erk?

hari itu saya bosan tapi punya masa yang terhad.
terhasillah mahakarya berwarna warni tapi simple dan cepat seperti ini T_T

kiri: muka comot2 bangun tidur pastu ditambah malas pergi kelas pulak kan...

kanan: muka bersemangat secara tak pasal2..

sekarang saya suka buat mekap yang simple seperti ini.

selamat mentry kawan2..

like fanpage saya kalau sudi.
kat sidebar.

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.


Senyum dengan yakin walau gigi macam pagar tak siap

Assalamualaikum..

tajuk sudah mengutuk diri sendiri..

takpe..takpe..mengutuk diri sendiri adalah satu kebiasaan..
kalau tak kutuk semacam satu kehairanan saja hihihihihihi...

kenapa hihihihihi dan bukan hahahahhaha macam selalu?

entry ini pasal gigi macam pagar tak siap..
pastu takkan nak hahahahaha tak tentu pasal?
kang kecik hati gigi ai kang...

ai kecik hati takpe..gigi kecik hati harus berasa takut..
elok2 pagar tak siap terus jadi pagar roboh tak siap2..
haaa..kan naya ja kan...

gigi atas tak sama...gigi bawah berterabur..
bila senyum dari depan nampak macam ada satu ruang yang takde gigi T_T
KASIHAN...

saya mempunyai siong...tapi takyah pandai2 nak cakap
saya adik edward cullen ke,keturunan raja bersiong ke,raja kapoor pun bukan.

orang cakap sebab keturunan..
mungkin betul.dalam family saya 3 orang ada siong.
mak saya ada siong di kiri dan kanan..
saya ada siong di kiri dan kanan..
hecik zul abang saya ada siong di..errr..sebelah saja..cesss..kod beliau tak sempurna
untuk diserapkan kedalam geng 'siong menawan kalbu weeewwiittt...!'
pakwe saya pun ada siong kiri dan kanan..
eh budak ini..tak pasal2 sungguh...

dulu zaman kecik2 malu nak senyum pasal rendah diri.
dalam kepala dan hati asik fikir nak cabut,nak buang,nak kawen..
eh kawen pun kau pikir budak?
nampak sangat semangat GATAL tu dah ada sejak dulu T_T

orang cakap takleh cabut kang effect kat mata..ya ka?
rasanya tak kot...ramai jek yang dah cabut.

 percayalah sesape yang ada siong akan ada masalah
menyebut perkataan yang ada 'S'.
fineee....

ramai yang suka dengan siong ini..
jeleslah gigi lain kat siong nih...tak pasal2 merajuk gigi saya yang lain..

tapi nak cakaplah kan..
2 batang gigi depan saya tak bape mables..
dulu patah separuh..giler kau tengah gigit tulang ayam terus prap2 dia patah  T_T

pergi klinik gigi laju2..doctor buat gigi tiruan separuh.
lama2 kaler dia tak jadi putih dah....tapi ade haku kisah? ha ha ha..

walaupun lebih banyak senyum tak nampak gigi tapi sekarang saya sudah yakin..
nak senyum siap gelak besau2 nampak gigi pun tak kisah dah...
yakin boleh..rakan muda..
haa tengok kan dah ternyanyi...

saya senyum tak pikir apa dah..
jangan jeles uoollss..hencik papa boleh nak ngorat saya dulu pun
sebab dia selalu tengok saya asik senyum...
skang boleh la kalau uoolss pun nak pi senyum lebar2 kat jejaka mana yang terbekenan tuh..
mana tau dapat 2,3 bf leh buat setok ha ha ha hapekebende haku ngajar nih haaa...

nak pakai braces tapi tunggu dulu..
biar settle bab kesihatan dulu baru pikir nak cantikkan gigi ke,
nak bedah pelastik ke hapa ke kan..

ramai tak kasi pakai...dah tak manis senyuman kata mereka...
itu kata mereka..bukan kata saya..haha..
haha tu baru kata saya..

tak kira apa rupa gigi kita,
pastikan bersih dan tak rosak.
yang penting selalu senyum sebab senyum itu ubat.

like fanpage kat sidebar kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.

Tutorial pashmina style jurai mafla dengan inner bersilang

Assalamualaikum...

ye peminat2 semua...

saya tahu anda sangat tertunggu tutorial pashmina yang satu ini..

kau bajet hot retisss yeee...kehkehkehkehkehkeh...hoi! hoi! behave sikit budak oi..


mari kawan2..kita mentry style pashmina yang satu ini..

hampir kehilangan hidung didalam gambar ini...T_T
tak pasal2..

eh inner senget....takpe..ai tak kisah uoollsss...
pergi dating pun senget2 macam ini...

berasa nak marah kepada diri sendiri sebab asik buat gaya macam ini...
lempang kang..lempang kang...

P/S: VIDEO NIH KECIL SIKIT PASAL SAYA BEREKSPERIMEN DENGAN
STANDARD SAIZ =)

macam ini haaa...tapi yang ini saya lilit 2 kali...
ai kan over senah...

sekian terima kasih..

hahahahahahahahhahahahahahhaaha

gelak takde motip pun..

babai

eh jap

sila like fanpage kat sidebar.

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.