mari bersoping bersama aina dan errr...makcik?

Assalamualaikum...

hari sabtu hari tu itu pergi kenduri..
balik kenduri pergi soping...
HAH??? SOPPIIINNGGG????? WWOOOOWWW!
sangat terbeliak mata dan hati makcik ini...
*sedang menunjuk ke arah hati sendiri..ke arah hati kauorang pun saya tunjuk juga..
saje taknak kasitau saya sorang jek makcik2...T_T

cuba teka apakah yang dilakukan oleh si makcik dan si anak sedara ini?

pergi giant sebab kakna nak beli barang.

aina terkejut melihat sabun yang amat banyak dan berwarna biru..
jadi apakah masalahnya?
masalahnya adalah makcik mahukan dynamo hebat berwarna biru ini,
aina mahukan sabun lain...kakna pula fening2 kejap pilih itu,kejap pilih ini..
pilih sabun pun mahu pening2 eh?

budak yang hyperaktif bersama gula milik giant bukan milik kami lagi =.="
*pasal belum bayar hehehehe..
tapi sebenarnya tak beli gula pun...saja aina mahu posing dengan gula..

sekarang berposing bersama keju pula..
membuat muka seperti ini kau bajet comel ya aina?
hey..tukang ambil gambar ini lagi comel tahu?
kahkahkah PANG !
(aina kasi lempang).

ini makcik yang pucat dan selekeh..mekap juga comot2 lalu melihat muka
sendiri pun berasa mahu skip cepat2...hahahhaha

model iklan vitagen...
ayat makcik tangkap gambar sebelum pujuk aina beli vitagen
hahahahhaha....makciknye yang mahu vitagen,aina jadi umpan..

sedang saya membelek barang di watsons,aina disebelah mentry 
blusher simplysiti didepan cermin..
dalam gambar ini dia sedang menepuk blusher tersebut di pipi..
*aiseh ayat nak skema jek..

habis duit soping barang essence.
saja nak try..
saya beli bronzing(dah hancur sebab saya jatuhkan =.=")
shimmer
eyeliner putih
eyeliner biru
maskara
maskara kening.
nanti saya test dan review...

like fanpage kalau sudi.
ada kat sidebar atau cari di www.facebook.com/zoeyzauyah.blogspot.com

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.

Review: Gam bulu palsu lagi

Assalamualaikum...

eh tak tak..
jangan ingat 'lagi' pada tajuk saya adalah jenama gam bulu mata palsu tersebut.
eh ke saya seorang yang ingat macam tu? kauorang baik2 saja takde salah paham..
sendiri tulis..sendiri konpius..adakah itu sangat indah?
ok takyah jawab T_T

saya pernah review gam yang saya suka pada entry sebelum2 ini kan.
baru2 ini saya terjumpa satu gam yang agak bagus juga.
jenama  eye eyelash adhesive
memang jenama yang sangat menerangkan jenis produknya =.="
saya beli dekat SASA BEAUTY Jusco dengan harga RM12.90.

1) bentuk kotak luarnya.
packaging sebijik macam gam MAC yang ori.

2) bahagian belakang kotak ada cara2 untuk guna gam ini.

3) dalam bentuk tiub 7gm.

4) teksturnya jenis cair berwarna putih.

YANG BEST:
> tahan lama.serius tau..saya guna waktu pagi,sampai ke malam bulu mata tak
tertanggal walau sikit pun.

> gamnya kuat.selalu kat hujung bulu mata palsu akan tertanggal sikit kan?
tapi dengan gam ini memang takde ok..
sangat2 kuat.
eh jap..adalah saya mentaip perkara yang sama seperti diatas?
kuat dan tahan lama berbeza kan?
bahek ngaku ya sebelum saya ngamuk =.=" cehceh ...

>warna putih macam getah sekerap..hahahha..
macam dah takde perumpamaan yang indah sikit kan..
bila kering jadi clear...kalau malas ke nak cepat ke takyah cover kesan gam dengan eyeliner dah.

>takde bau.

>bentuk kecik senang nak sumbat dalam bag.

> kalis air.

TAK BEST:
> cair sangat.
asik nak meleleh jek..

> lambat kering.

> dalam tiub macam tu susah nak apply.
susah nak control pengeluaran gam..

> walaupun jadi clear lepas kering,tapi bila dok kat cahaya nampak juga
kesan macam gam tu..bukan putih..
clear tapi..alahhh macam kulit kene gam UHU tu..
ha paham tak?
(padahal saya sendiri tak tau camne nak explaint T_T)


CARA PAKAI:

cara pakai yang disarankan kat kotak nih lain,
tapi saya share cara saya pakai ok.

> ketuk2 atau terbalikkan gam tu dulu supaya
gam senang nak keluar kat muncung dia..takyah lah nak picit teruk2.
pastu baru buka penutup..hati2 jugak..kang gam tu keluar banyak pulak.

> halakan muncung gam tu ke garisan bulu mata palsu.
pelan2 bubuh gam sambil control pengeluaran gam tu.
guna lebih untuk hasil yang kuat dan tahan lama.

> time nak tunggu kering tu halakan bulu mata kebawah.
macam dalam gambar tu..tengok anak panah ok.
kalau tak buat camtu,gam akan meleleh habis sampai ke bulu2 tu.
pastu ada kesan gam dan melekit-lekit.
euuuwwww!

> tunggu 30 saat atau sampai separuh kering.
nak cepat saya selalu halakan ke kipas angin.

> pakai bulu mata macam biasa kat mata.

CARA TANGGAL/CUCI:
> tarik pelan2 dari hujung mata ke tengah sampai habis semua tertanggal.
pelan2 ya sebab gam nih kuat sangat2.mungkin akan rasa sakit sikit.

> cuci kesan gam guna minyak bayi atau make-up remover untuk mekap waterproof.
jenis ini lebih berkesan tanggalkan kesan gam.
guna putik kapas ya..tapi saya suka guna tisu.
tanggal betul2..kang amik air semayang tak sah pula sebab gam ini melekat kat kulit
sampai kadang2 kita tak sedar pun.
cuba check bawah cahaya ok,selalunya dia ada kesan macam gam UHU melekat kat kulit tu.

> cuci muka macam biasalah.

like fanpage kat sidebar atau cari kat www.facebook.com/zoeyzauyah.blogspot.com

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.

Tutorial: go bright!colour-block eye makeup look

Assalamualaikum...

lama betul tak buat tutorial..bukan malas tapi bizi(ya ini lebih indah bukan? T_T)

kali ke-2 kolobrasi bersama fyna dan mazni dan kali ini ada beberapa orang lagi join..
yeeaaa....! yeaaa pasal dah tahu awal2 saya adalah pemekap yang paling tercorot hasilnya.

bagaimana tak corot...
bangun tidur mamun2,mandi,makan dan terus on kamera tanpa berfikir dahulu..
bila semua dah siap baru terfikir..."eh ini betul2 macam temakah?"
loooorrrrrr T_T

segalanya tak menjadi tapi asalkan enjoy menjoin mereka2 itu
sudahlah kan?
mari setat..!

kalerpul seperti dihatiku T_T

langsung tak paham kenapa betul2 kalerpul diri ini T_T

makcik yang kalerpul seperti padlepop =.="

semua gambar pun nak buat muka serius sangat..
hey kemana senyuman manismu itu?
.
.
.
.
PENGSAN..!

lain2 tuto mekap carik kat label 'tutomekap'
lain2 tuto shawl carik kat label 'tutoshawl'.

warni-warni bukankah sepatutnya ceria?
tapi kenapa makcik ini membuat muka bajet tak comel langsung?
fine..fine..




Terima kasih wahai kawan yang baik hati

Assalamualaikum...

terima kasih kepada kawanku yang gojes,baik hati,pemurah,
intan payung,buah hati pengarang jantung..
HEY HEY...jangan over sangat eh?

tak tahu nak cakap apa melainkan alhamdulilah semoga allah memurahkan rezeki 
kamu yang cantik dan berjaya dunia akhirat..amin..

4 helai baju yang hencik pos laju datang hantar siap mention kat bapak saya
"ini baju kot pakcik.."
fine hencik pos..fine..sempat pula bergosip dengan bapak saya kan hehehe..
bajunya comel macam tuan pemilik blogshop tersebut.
TENKIU...
owh lepas ini beliau akan buat satu projek baru untuk
bisnes beliau..projek best punya..tak sabar oii..!
haaa tangok? saya lak yang over kan?
memang over kau senah T_T

ini adalah cik pelangi cinta hati sayang saya...
cantik kan?
*nanges T_T sebab rendah diri beliau cantik sangat berbanding saya yang comot

meh ke blog beliau..
www.pelanginadia.blogspot.com (butik pakaian+aksesori)
pelangiheritage.blogspot.com (tudung+naturactor)

TERIMA KASIH ^_^

like fanpage saya kalau sudi.
ada kat sidebar atau cari kat www.facebook.com/zoeyzauyah.blogspot.com

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu >_^

kamu yang manis

Assalamualaikum...

eh tak..tak...bukan budak dalam gambar ni yang manis...
ok itu ayat pembukaan dari saya..hey gediklah kau..!

baru2 ini saya kempunan betul nak makan aiskrim magnum dengan coklat kit kat.
kempunan itu tak over tapi memang over kalau itu adalah tanda mahu period..!
owh saya akan teringin makan manis2 bila nak period..

lepas makan mahu lagi..lagi..lagi..dan lagi...
weh apesal tak kempunan cekelat 2 posen saja? 
kalau macam itu 10 ketul balang haku beli buat setok..

itu semua dialog orang yang sedang period..memang beginilah kan?

 aiskrim ini memang sedap...
manis dan tebal dan sedap dan...
ok....untuk apakah bercakap hal kesedapan di saat2 ini?
akibatnya air liur mula meleleh dan perut juga sedang berbunyi =.="

dua2 ini kegemaran saya sekarang...
owh..mahu lagi..lagi mahu..mahu lagi..lagi mahu...
tolonglah..ianya sangat sedap dan menterujakan tahu?
(tak cakap pun orang dah tahu..ayat teruja betul =.=")

ok sudah habis..

like fanpage kalau sudi.
kat sidebar atau cari kat www.facebook.com/zoeyzauyah.blogspot.com

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.

Review: pelentik bulu mata Eyecurl hot brush eyelash curler

Assalamualaikum...

saya ini bagaikan obses sangat dengan alat2 untuk lentikkan bulu mata.
membeli yang panas pula tu..
biasalah...biasalah..budak bajet hot benar dengan bulu mata melentik kuasa
180 darjah...kahkah..hapetah haku merepek nih..

baru2 ini meluahkan keinginan nak membeli pelentik bulu mata panas kat hencik papa...
sebab pelentik jenama R&Z COSMETICS tu dah rosak..itulah akibat kalau budak ganas yang guna =.="

pastu dalam diam2 dia tolong belikan kat saya..jenama SASA BEAUTY tapi kasihan..
tak boleh pakai sebab tak hot langsung ! 
esoknya pergi tukar dan saya tukar ke jenama EYECURL HOT BRUSH EYELASH CURLER pula.
harga RM39.90
beli kat SASA BEAUTY jusco perda.

p/s: saya carik jenama pansonic tapi susah betul nak jumpa kat kulim nih =.="


kiri: pakai maskara tapi tak letikkan guna pelentik panas tu..

kanan: selepas pakai maskara dan lentikkan guna pelentik panas..

> guna bateri AA seketul.kene isi kat bawah dia.

> cepat panas.tapi selalunya time mekap waktu pakai bedak tu saya dah on biar dia panas.
takdelah bazir masa kalau nak pakai baru nak on...kang kene tunggu panas lambat lak..
dahlah budak sekor nih tak tahu apa itu S.A.B.A.R

> kene pakai maskara dulu baru guna dia..kalau tak,memang tak nampak kesan
lentik langsung..tensen tau..

> dia lentik dan asingkan bulu mata..takdelah bulu mata tu melekat antara satu sama lain
atau berketul2 mascara tu nanti..

> kalau ada kesan maskara kat berus dia,kene cuci dengan berus secara lembut.

> time guna kene berus dari pangkal bulu mata menghala ke atas(hujung bulu mata).
kene buat pelan2 dan berulang kali..

> lepas dah rasa macam lentik seeloknya guna maskara lagi untuk nampak
lagi lentik dan tahan.

> kalau guna kat bulu mata bawah lak,kene berus pelan2 menghala ke bawah.

> alat ini kadang2 rasa macam panas sangat,kadang2 rasa biasa saja.
tapi hati2 time guna..takut cedera mata.

> kene gabung dengan maskara yang bagus untuk hasil yang betul2 lentik..

> saya rasa kesan lentik dari produk ini biasa2 saja..
lagi hebat kesan lentik kalau guna pelentik yang biasa tu..
so saya selalu ganbungkan dua2 cara..
lentik guna pelentik biasa pastu double guna pelentik panas ini..

 1) tolak butang ke atas untuk on..bila dah on lampu merah akan menyala.

2) kawasan belakang berus warna merah,tapi bila dah panas akan tukar ke warna putih.

3) bila dah panas berus dari pangkal(dekat mata) ke hujung bulu mata.
menghala ke atas macam anak panah tu tunjuk.
berus pelan2 dan tahan sambil berus..macam kita iron rambutlah..
tapi hati2 ya..sebab benda ini panas.

4) untuk bulu mata bawah,berus menghala ke bawah..
time berus tu tahan juga macam bulu mata atas.

1) packaging produk ini..dapat manual cara guna juga.

2) bentuk produk..

3) bentuk berus(tapi takde berus pung)..ada macam dawai sikit kat dalam dia..itu yang buat dia jadi panas.
hati2 time guna.

4) bahagian belakang berus.warna merah..time panas akan jadi kaler putih.

5) ada butang on dan off.kalau on lampu merah akan menyala.
kalau terlalu panas kadang2 lampu akan tertutup jap.

eh jap..selalu saja merepek time review produk tapi kali ini
bagaikan budak yang berserius benar pula T_T

like fanpage kalau sudi >>>  WWW.FACEBOOK.COM/zoeyzauyah.blogspot.com

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.

hati2

Assalamualaikum..

saya nak pesan kat kawan2 blog..

hati2 kalau ada komen yang mengata kat anda,melagakan anda dengan orang lain,
menghasut dan mengbla..bla..bla yang tidak indah..selalunya kat shoutbox...
 pastu letak link orang2 tertentu terutama link orang2 yang glamer..
cisss punya worang kan...

saya penah masuk satu blog yang kena..
guna nama dan link blog cik epal pastu komen yang tak indah kat shoutbox pemilik blog..
nasib baik pemilik blog sedar itu bukan cik epal tapi hanya orang yang menyamar...

blog adik saya si cucucikembun.blogspot.com pun kena..
guna nama dan link blog maria elena pastu komen tah hape2
kutuk2 saya...lagakan saya dengan adik saya..
kerek kan? mesti dia tu haters saya...
mula2 CCE percaya itu maria,tapi ada yang baik hati siap kasi bukti orang leh menyamar
sebagai maria...saya lak memang dah tahu pasal maria tu mana kenal saya pun..
dan dia tak akan mempertikai kecantikan orang lain kan?

nasihat saya...kalau ada komen tah hape2 kat blog terutama kat shoutbox,
sila masuk ke link tu dan tanya kat pemilik link betul ka dia yang komen..
kalau betul takpelah..bolehleh berperang hahhaha..kalau bukan dia, sah ada orang menyamar.

hati2 ya..

like fanpage kalau sudi >>> WWW.FACEBOOK.COM./zoeyzauyah.blogspot.com

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.

Tips: pilih jurusolek

Assalamualakum..

sape yang nak kawen sila angkat TANGAN !!!!

sape yang tak kawen sila angkat TANGAN juga....
errr...saya la tuuu...
Onion Emoticon
*pilu...

tak kiralah nak tunang ke, kawen ke,dinner,ke makeover ke,
mesti tengah carik jurusolek iye dak?
dan kalau mahu berdating juga boleh mencarik jurusolek
walaupun mungkin itu perkara yang over lagi mengoverkan hahahaha...

meh sini nak kasi tips..

HASIL MEKAP
sesetengah orang mahu try test mekap sebelum buat keputusan
nak ambil atau tidak khidmat seseorang jurusolek.
memang boleh tapi bagi saya itu hanya membuang masa dan membuang duit juga..
kene bayar tahu tak? tahu tak? tahu tak? PANG!!!
Onion Emoticon

tengok saja hasil mekap jurusolek tu kat kastemer2 beliau sebelum ini.
kalau kebanyakannya cantik dan awak suka,pilih je..takyah nak pening2 sangat..
MyEm0.Com

CEREWET
jangan cerewet sangat waktu bincang..kang jurusolek tu annoying nak mampus
habislah kauorang...
jangan minta mekap macam itu,ini,macam jurusolek itu,jurusolek ini...
jurusolek pantang wooo...
Onion Emoticon Set
kalau jurusolek naik angin semacam ini haruslah
awak semua larik jauh2...eh tak..tak...
jurusolek mana ada yang sekejam ini..

setiap jurusolek ada teknik,style dan pengalaman tersendiri.
sebab tu jangan sesekali minta jurusolek anda tiru macam jurusolek lain mekap..
Onion Emoticon Set

mana ada jurusolek yang mekap nak kasi buruk...
semuanya nak mekap kasi kastemer cantik2 sebab itu promosi gak tu..
kang mekap cantik2 mestilah orang sibuk2 tanya
"sape yang mekap tu? cantiknya..."
haaa kan itu promosi yang membanggakan ha ha ha...
Onion Icons
dan menteharukan juga kalau jurusolek itu pun dikata cantik
kahkah..

HARGA
sekarang mekap sangat mahal.
kalau jurusolek artis mungkin cecah ribu riban..
dan kalau jurusolek dah cakap itu harga diskaun janganlah nak minta murah lagi..
kang jurusolek tu akan kurangkan hasil mekap yang berkualiti untuk muka kauorang..
ye lah..kurangkan untuk sesuaikan dengan harga murah yang awak minta.
padan muka kau senah...kahkahkahkahkah...
Onion Icons
ini jurusolek yang tak behave langsung..

JENAMA
saya guna brand yang sederhana tapi berkualiti.
kalau nak guna branded punya memang boleh tapi harga akan dinaikkan..
sebab tu perasan tak jurusolek yang guna mekap branded 
bayaran dia sangat mahal?

kalau nak jurusolek yang guna produk branded,jangan complaint kalau harga mahal ya.
MSN Onion Icon

BOOKING
tengok hasil mekap jurusolek tu,dan bandingkan dengan yang lain.
bandingkan sekali harga.kalau dah berkenan booking cepat2 dan bayar deposit.

tapi jangan kelam kabut buat keputusan.
kang dah bayar deposit dan tiba2 cancel,deposit tak akan dikembalikan.

kalau dah betul2 berkenan pula jangan main tarik tali dengan jurusolek.
kang dia takmo layan dah..ye lah,sat nak,sat tak nak,
deposit lak blum bayar..baik dia ambil kastemer lain...
melepas awak kan..
Onion Icons

eh ape nih? itu tak boleh..ini tak boleh...
boleh belah lah kau senah..! kahkah..

SEMASA MEKAP
jangan banyak mulut atau komplaint2.
jurusolek tahu apa tugas mereka..
kadang2 awak sendiri tak tahu apa kelemahan atau kelebihan muka 
 dan penampilan awak,jadi serahkan saja pada yang pakar..
MSN Onion Emoticon
maaf ini bukan iklan harpic pencuci jamban

TREND TERBARU PILIH JURUSOLEK
mempilih jurusolek berdasarkan mekap kat muka jurusolek tu sendiri.
kalau mekap kat diri dia sendiri cantik,maka cantiklah hasil mekap dia untuk orang.

errr...ya meh?

itulah yang kastemer saya cakap...dan orang lain juga..
dan hanis zalikha juga....

ok fineeeeeee......
Onion Emoticon Set

tapi kalau mekap artis yang dah terkenal tu semua takyah tengok diri mereka sendiri pun takpe...
mekap mereka2 memang cantik dan mables..!
saya suka hasil mekap saidatulnisa,epie temerloh dan awin seindahwajah.

jadi itulah sedikit tips dari saya...

P/S: jangan takut sangat dengan apa yang saya cakap ini semua..
jurusolek boleh berbincang dengan kastemer apa yang kastemer mahukan
dan sesuaikan dengan teknik dan cara mereka.
biar sama2 puas hati dan hasilnya nanti adalah mables.
takdelah 100% ikut kepala jurusolek atau 100% ikut kepala kastemer..
ape yang penting,kerjesame...!
Onion Icon
ok..walaupun takde minat langsung kat woderpet tu..tetap juga mahu
nyanyi2 semacam itu..

like fanpage kalau sudi.kat sidebar atau carik kat
www.facebook.com/zoeyzauyah.blogspot.com

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu,




mood membeli ini datang

Assalamualaikum..

apabila stress pastilah mahu membeli dan membelah ya?
ya...ya..itulah saya..

dulu saya sangat suka membeli..
ia bagaikan ganjaran untuk diri sendiri setelah penat mentresskan diri T_T
ye tahu..memang tak pasal2..

baru2 ini berasa sangat2 mahu mengulang tabiat yang menghappykan itu,
jadi saya telah membelah kan uwang saya dari dompet cap pasar malam..
ok yang ini tak bape nak meghappykan sangat =.="

walaupun tiada kepentingan,tapi saya tetap tergila-gilakan dress yang seperti ini.
haisshhh...kenapalah hencik papa saya tak menggunakan kuasa kuda 23734349 kali untuk
menghalang sifat boros si cantik manis ini?
.
.
.
.
SI CANTIK MANIS KONON?
.
.
.
.
 Onion Emoticon

 ini adalah hasil yang lumayan pada sehari sebelum hari raya haji.

> set tia hasil terpengaruh dengan review2 dari pokcik google.
> gam bulu mata palsu buat spare untuk mekap customer.
> gam bulu mata palsu lagi hasil godaan setelah masuk ke dalam SASA BEAUTY.
> 2 ketul deodorant garnier yang free hasil pemberian papa tersayang
(dia beli saja tapi tak pakai,so dia bagi kat saya).
> selendang gold untuk hari raya haji..owh papa yang pilihkan untuk saya.
> selendang kuning import dari johor..hihihihihihihihi..ini adalah hadiah tahu?

ini pula hasil dari godaan pembelian di talian...erk elehhh...

bulu mata bawah dan naturactor.
owh telah mengorder sebelum hari raya haji..konon2 mahu mempakai pada hari tersebut,
tapi hampa....menunggu pos laju bagaikan menunggu bulan jatuh keriba saja...
hari raya haji yang ke-3 barulah ia sampai T_T

saya adalah si suka soping...tapi dengan uwang dari dikirai dari dompet sendiri..
bukan dari emak bapa atau hencik papa..jadi sila kata saya adalah seorang yang baik..
kahkahkah...

like anpage kalau sudi.
kat sidebar atau carik kat www.facebook.com/zoeyzauyah.blogspot.com

klik nuffnang nak bedah..amin.

tenkiu.

Review: contact lens POP C LIGHT BROWN

Assalamualaikum..

saya adalah pencinta contact lens..hahahahaha...
ok part yang gelak tu tak tulis pun takpe bukan ada kepentingan juga tiada kaitan 
tapi hey..hey..ini kan belog saya..jadi paham2 lah sudah lah ya..

saya mahu review contact lens baru saya yang peewwwittt...!
gambar ini tak edit kaler sebab nak tunjuk kaler asal lens bila saya pakai.

dah puas dah berangan jadi minah saleh..sekarang mari mempakai yang berwarna coklat pula.

POP C LIGHT BROWN CIRCLE LENS 

COLOUR: light brown.
FROM: korea.
WATER CONTENT: 38%
BASE CURVE: 8.6mm
DIAMETER: 16.0mm
(saya dapat tahu ini bersaiz 15.5mm saja tapi kat botol tulis 16.0mm pula).
EXPIRED: 1 year
PRICE: RM17 !!!! 
(harga promosi,harga sekarang saya tak pasti).
OWNER: wida ollcay

perbezaan antara pakai lens dan tidak.

> tak tebal sangat,tak nipis sangat.tapi lens jenis kira kira lagi nipis dari ini.

> rasanya saiz 15.5mm saja sebab lens jenis kira kira yang saiz 16.0mm nampak lagi besar
dari jenis ini.

> selesa.tak rasa apa pun time pakai..malah saya pernah pakai lebih dari 8 jam
dan mata masih rasa selesa.

> warna coklatnya nampak jelas.takdelah nampak gelap macam kebanyakan
lens korea yang lain.

> corak seakan-akan bunga dan ianya cantik.

> ada ring tebal kaler hitam,so dia kasi effect mata besar.
*ring itu line hitam keliling lens tu.

> mata nampak lebih besar dari asal.

>lens POP C ada dua jenis..
POP C LIGHT  dan POP C DARK.
yang saya beli ini jenis light,so kaler nampak jelas berbanding jenis dark yang nampak gelap.

> selain kaler coklat,ada lagi kaler kelabu,biru,hijau dan ungu.

> boleh beli yang ada power atau tidak.
power bermula dari 0 sampai 1000 kot kalau tak salah.

> pengalaman beli kat wida memang puas hati ok.
dia tak kedekut nak berbalas mesej dengan kita walaupun macam2 yang kita tanya.
tak kiralah mesej kat fb atau henfon.service pun cepat.

ini lagi perbezaan antara pakai lens dan tidak.

TIPS:
> saya tahu pakai lens memang tak elok tapi orang rabun macam saya ini
tak boleh pakai sepek pula sebab sakit kepala...hanya lens yang boleh,jadi
nak elakkan mata rosak kena jaga kebersihan lens dan tangan betul2.

> walaupun tahan 1 tahun,tapi saya hanya pakai selama 2 atau 3 bulan.

> jangan pakai lebih dari 8 jam.

> jangan pakai time tidur walaupun sekejap.

> jangan tonyoh2 mata time lens ada kat dalam mata.

> jangan titis eyemo time lens kat dalam mata.
keluarkan dan titis eyemo barulah pakai lens semula.

> kalau rasa tak selesa atau macam ada benda dalam mata,keluarkan dan cuci lens
barulah pakai semula.

> time cuci kene gosok sembut guna jari yang bersih,kalau tak lens akan rasa tak selesa
atau nampak kelabu pandangan bila dipakai.

hoi penatlah nak taip panjang2..hahahhahahaha...

kalau nak tau lagi boleh la carik kat label 'LENS'
kat bawah header saya tu..

like fanpage kalau sudi.www.facebook.com/zoeyzauyah.blogspot.com
atau kat sidebar dah ade..like saje..

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.

kalau ada fakers degil report ja kat sini

Assalamualaikum..

saya hanya ada satu facebook peribadi >>> http://www.facebook.com/zoeyzauyah
jadi jangan tertipu kalau ade yang guna gambar atau maklumat saya.

semalam dah mesej elok2 minta makluk yang guna gambar saya kat fb
supaya buang dan jangan tipu orang dengan guna gambar saya.
tapi takde respon.
check2 dia on9 ja pun malahan kawan dia dari 38 orang terus jadi 50 orang.
family yang dia listkan kat profile pun semua baru buat akaun fb termasuk dia sendiri.
nampak sangat fakers kan?

jadi saya bagi satu lagi mesej minta buang gambar saya.
kalau tak buang juga saya akan terus report kat cybersecurity.
ini bukan main2..

nak tengok makluk degil malu nak guna muka sendiri itu?


orang lain yang guna gambar saya cepat je buang kalau saya mesej elok2
minta buang.dia nih sorang jek degil nak mampusss...! 

kepada si pengguna gambar saya siap letak nama tak hot langsung,
sila buang atau saya akan terus report kat cybersecurity !

awak2 semua pun kalau rasa ada gangguan atau penipuan di alam siber boleh
ja email kat diaorang nih..
bagitau secara terperinci masalah2 kauorang tu terutama kalau bab gangguan.
cyber999@cybersecurity.my

ini pula akta komunikasi dan multimedia 1998.
so pasnih hati2 kalau nak komen ke,tulis apa2 ke kat alam siber.

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
apa-apa komen,permintaan,cadangan,komunikasi lain yang lucah,sumbang,palsu,
mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati,menganiayai,
menggugut atau menggangu orang lain;atau memulakan suatu komunikasi dengan
menggunakan mana-mana perkhidamatan aplikasi samada secara berterusan,berulang kali atau selainnya,
dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku,dengan atau tanpa
mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati,menganiayai,
menggugut,atau menggangu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat eletronik,
adalah melakukan kesalahan,tindakan boleh diambil mengiku 
AKTA 588,AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

orang yang malu dengan diri sendiri memang suka guna gambar orang lain.
sekian.

like fanpage kalau sudi.
www.facebook.com/zoeyzauyah.blogspot.com

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.

saya suka akan ini

Assalamualaikum..

hai pencinta cekelat,saya adalah pencinta ________
*sila isi tempat kosong dengan pikiran yang lapang..
kalau otak kosong pun takpe..dibenarkan isi jugak.
.
.
.
.
=.="
eh jangan lempang saya dulu..

mari kesini tengok ini..
apakah ini?
*ini punye soalan memang ditahap kesukaran melebihi soalan calculus,
calculas dan claus pakcik santa.

tapi paling sukar adalah kesukaran menerima kenyataan
pabila ada yang cakap ini adalah ayam kfc !
sape yang jawab camtu? sape? sape?

mari saya bercerita hal yang sebenar...

saya adalah pencinta aiskrim.
sangat suka makan aiskrim..
bila stress pun nak makan aiskrim..

aiskrim diatas adalah aiskrim santan berharga RM1.50 secawan.
dijual oleh pakcik naik motor sambil bunyi KELETING!KELETING!KELETING!
haaaa...kau boleh bayangkan tak?
kalau tak boleh takpe..duduk saja diam2..

ianya sedap dan saya suka.
tapi aiskrim lain pun suka juga..
pendek kate takde aiskrim yang saya tak suka..
semuanya suka..
*eh peninglah semacam ini @,@

baheklah..mari menyambung kerja masing2.
dah takde kerja dah nak menghadap belog buruk ini.

sekian.

like fanpage saya kalau sudi..kat sidebar.

klik nuffnang nak bedah..amin.

tenkiu.

*** INI ADALAH ENTRY AUTO PUBLISH.
SORRY YE KALAU SAYA TAK BALAS KOMEN DAN
KUNJUNGAN AWAK SEMUA.
SAYA AKAN BERCUTI SEHINGGA 3 HARIBULAN.
SAYA AKAN LAKUKANNYA SELEPAS PULANG.
TQ