nak tahu tak kat mane nak dapatkan skirt yang cantik macam saya pakai nih?


Assalamualaikum...

skarang ini sangat suka pakai skirt.
lepas pakai terus bajet ayu tak terkata
hahaha..jadi ape motif gelak tu?
hey sukahatilah nak gelak ke,nak nanges ke,nak cepuk ke,sukahatilah kan?
*ceh elok2 jadi ayu terus jadi layu =.="

ramai betul yang tanya..
"cik zoey cantik manis intan payung..kat mana nak beli skirt gojes2 tu semua?"
*tolonglah paham kenapa ada ayat puji pujian itu T_T
jadi meh sini saya nak bagitau kat mana boleh beli skirt yang ayu2 gitu..

p/s: ada entry pergi date pakai skirt ini..nanti boleh tengok lagi 
saya dengan skirt ini ok hehe..
ini saya yang memakai skirt cun gila kaler pink..

suka betul dengan maxi skirt ini...

> skirt ini sangat selesa sebab kainnya ringan.
> jahitan kemas.
> ikut saiz kita sendiri.
> terdapat dalam kaler maroon,yellow,black,
green,blue,pink dan purple.
boleh pilih nak kaler apa.
> harga yang sangaaaatttt murah..
RM45 untuk MAXI SKIRT dan RM40 untuk DUYUNG SKIRT.
> cepat siap dan cepat sampai.
nak beli? boleh ke sini >>> http://pelangiheritage.blogspot.com/

lain2 contoh skirt..
maxi skirt kaler yellow.
boleh pakai camtu je atau pakai dengan clincher/belt kat pinggang.


ini duyung skirt.
ini pun sangat cantik.

jom lah shopping dengan cik nadeya pelangi.
memang puas hati ok.

thanks kat cik pelangi untuk skirt pink yang sangat cantik dan selesa ini.
semoga berjaya  selalu dalam bisnes =)

klik fanpage saya kalau sudi.

klik iklan nuffnang semoga zoey zau yah dapat bedah..amin..

tenkiu.


Tutorial cara pakai shawl dengan inner bawal style 1 & style 2 *SELEPAS 19.12.11 ENTRY INI AKAN MENJADI STICKY POST.SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK BACA ENTRY TERBARU.

Assalamualaikum...

yeaaa.....!!!!
cehceh...pembukaan entry terus cakap yeaaa...
tapi baguslah cakap yeaa...
i cakap uk ak uk ak uk uk uk kang terus kauorang nak slap diriku ini..kahkah..
eh..eh..behave sedikit bila ketawa ya..
nanti kawan saya ini terasa habislah saya..habislah..
uk ak uk ak = kawan = the monkey yang selalu digunapakai oleh saya di belog ini T_T

sudah laaa..sudah laaa....
meh kita belajar cara nak pakai shawl macam yang awak2 semua tanya 
camne nak pakai tu...

> dalam video nih saya tunjuk 2 cara.
satu cara yang simple..satu lagi cara inner bersilang.

> inner yang saya guna adalah dari http://www.facebook.com/BabynalisaCollection

> suara dalam video ni mamang suara sebenar kalau saya bercakap.
CCE cakap suara macam berbisik...
sungguh...memang saya cakap camtu..takde control2..
kalau buat video terus rakam sekali suara macam sebelum ini memang dengar 
macam hardcore gila pasal teran suara bagi dengar kuat =.="
tapi harap maaf..saya bukan si lemah lembut...cakap pun pungpang2 saja..

ini style 1.


ini style 2.


lain2 tutorial cara pakai shawl dan tudung bawal boleh klik sini:

lain2 tutorial cara mekap boleh klik sini:

like fanpage kalau sudi..

klik nuffnang semoga dapat bedah..amin..

tenkiu.


kalau baju singkat buat camnih haaa...

Assalamualaikum...

selalu je kan lepas beli baju secara keriangan tak cuba hape dah
pastu balik rumah try2 rupanya singkat...
what the#@$#$%%$#????
terus rasa nak sumpah2,kunyah2,telan2 tukang jual tu walaupun beliau
langsung tak bersalah dalam hal ini T_T

jadi secara baik hatinya saya selaku tuan belog
yang perasan bagus dan hebat dan cun juga telah berbesar
hati dan berbesar kepala sekali nak share mende alah yang cover masalah
baju singkat sampai duduk pun nampak segala mak nenek kat 'dalam' tu kan..

meh tengok meh..

jeng..! jeng..! jeng..!
inilah yang dipanggil extender hapekebende tah...

fine..tahu dah..kauorang nak soseksosek kat dalam hati 
pasal orang semua dah tahu siap kecoh secara diam2,
kau(si tuan blog) baru nak kecoh secara kepoh2 kan?

dulu memang jakun saya ini...
heran betul kalau orang pakai seluar then masih pakai skirt kat luar?
memang sah jakun T_T

dia macam skirt..eh memang asalnya skirt pun.
jenis high waist..pinggang tinggi ler..
pakai macam gambar saya tunjuk tu..
so bila duduk ke hape ke memang tak nampak lah kawasan2 dan objek
yang tak sepatutnya.

yang ini saya buat sendiri tu yang nampak buroks gila..
dan kain dari jenis getah2 skit..so dia melekat kat paha secara tak pasal2 =.="
pastu dalam gambar nampak kaler biru cam kain sekolah..
padahal kat luar kaler cam petronas tu..
tapi hade haku kisah ke?
takde..takde..

kalau awak semua nak,boleh beli je skirt
kat mana2 pastu pakai cam saya pakai tu.

p/s: sekarang hobi saya adalah menjahit..
macam2 saya jahit senah oiii..

like fanpage saya kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.


yang betul dan yang salah time jaga muka*perkara yang tersembunyi.

Assalamualaikum...

hai kawan2 sekelian..
sudah cuci muka ke belum?
sudah pakai toner ke belum?
sudah pakai pelembab ke belum?
sudah pakai sunblock ke belum?
sudah blablabla ke belum?

terus kauorang rasa annoying gila budak ini kan?
terus rasa nak lempang2 muka budak ini kan?
nanti dulu..jangan lempang saya..lempang diri sendiri takpe...
hahahaha...memang annoying haku ini kan?

memperkenalkan tuan punya blog yang peewwiiittt habislah..hahahahah..
kauorang pun #$^%$^&%^& kat dalam hati..

hari ini saya mahu kongsi tips yang saya belajar dan baca.
tips yang tak berapa kita tahu tapi pakar2 tahu..
semoga selepas baca kita pun akan tahu..
jadi marilah sama2 tahu..
eh lempang nak?



PENCUCI
SALAH: letak pencuci kat muka,tonyoh sikit2 terus bilas.

BETUL: buihkan kat tapak tangan.guna buih tu urut muka pelan2 selama 1 minit
untuk tanggalkan kotoran yang melekat kat kulit.
AWAS ! jangan lebih dari 1 minit pula,nanti buih2 tu masuk dan menyerap
ke dalam pori dan kulit.masalah lain pula yang timbul seperti jerawat.

SALAH: rasa tegang tanda muka bersih.

BETUL: itu tanda pencuci tu kuat dan lembapan kulit hilang.
jadi kulit akan mengeluarkan lebih banyak
minyak untuk menggantikan lembapan yang hilang tu.
maknanya kat sini kulit akan jadi lebih berminyak dari biasa.


TONER
SALAH: orang kata toner itu wajib..tapi ada pakar yang kata tak pun.
kata orang toner sejuk dan tegang itu tandanya bagus...

BETUL: toner bukan satu benda yang wajib tapi keperluan kalau nak tanggalkan
lebihan kotoran yang tak hilang time cuci dengan pencuci+air.
juga ada bahan2 tertentu untuk kecilkan pori.
toner sejuk dan tegang tandanya ada kadungan alkohol.
lagi sejuk dan tegang,lagi banyak kadungan alkohol.
alkohol menghilangkan kuman dan mengeringkan kulit.

PELEMBAB
SALAH: lagi banyak sapu pelembab,lagi bagus.
kulit minyak takyah pakai pelembab.

BETUL: kulit ada had untuk menyerap lembapan.
pakai sekadar yang diperlukan.jangan sampai kulit jadi over basah/lembab/minyak.
lepas sapu tolong tepuk2 secara lembut kulit muka kita itu ya..
untuk mempercepatkan proses menyerap lembapan.
kulit minyak kene pakai juga.tapi khusus untuk kulit berminyaklah.
pakai sedikit sahaja kalau taknak goreng telur di muka sendiri =.="
(minyak over = goreng telur pun sodap).

PELINDUNG UV
SALAH: takyah pakai sebab leceh.
asal ada tulis pelindung uv pakai je..dah lindung semuanya.

BETUL: carik produk pelindung uv/pelembab yang lindungi kulit
dari UVA dan UVB sekaligus sebab dua jenis uv ini adalah berlainan,
kesannya terhadap kulit pun lain.
tahap perlindungan pun kene ambil kira juga.
spf15 hanya tahan beberapa jam..selepas tu kulit tak akan dilindungi lagi.
paling bagus pakai pelembab ada pelindung uv,pakai pelindung uv lagi,
pakai fondation ada pelindung uv dan bedak juga ada pelindung uv.
selepas dilapis dengan pelindung2 ni semua,spf akan jadi tinggi dan tahan lama.

SCRUB
SALAH: makin kasar butiran scrub,makin bagus tanggalkan kotoran.
scrub boleh pakai hari2.

BETUL: memang ada yang kasar,tapi hanya untuk kegunaan seminggu sekali atau 2 kali saja.
dan jika terlalu kasar akan menimbulkan iritasi(cela,pedih,kering,tegang).
scrub tak boleh pakai hari2..nanti akan timbul masalah2 macam yang saya cakap kat atas tu.
paling bagus guna scrub yang lembut dan ada jenis scrub lembut boleh guna hari2.
haaa yang jenis tu takpe(ada tulis kat label produk).

KRIM MALAM
SALAH: sama macam pelembab siang.

BETUL: krim malam lebih pekat dan ada kadungan tertentu untuk
merawat kulit.jadi krim malam adalah berlainan dari pelembab siang.

MASKER
SALAH: pakai masker sambil membaca,tonton tv dan buat kerja2 rumah.
pakai lama kat muka akan jadi lagi berkesan.

BETUL: pakai pastu tidur.setkan masa/alarm supaya tak pakai lebih dari waktu yang disarankan.
pergerakkan otot walaupun sedkit,walaupun kita tak sedar,akan menmbulkan garisan dan kedut.
jadi jangan membaca ke,buat apa2 je lah aktiviti..tidur saja ok.
jangan pakai lebih dari waktu yang disarankan oleh pengeluar.
nanti kulit akan mengalami iritasi.

GEL/KRIM MATA
SALAH: pakai lebih skit bagus.

BETUL: kulit kawasan mata nipis dan ada had untuk menyerap lembapan.
kalau pakai secara berlebihan akan timbul masalah milia(biji2 timbul),
biji2 yang ada kadungan minyak dan mata berair.
sebaiknya pakai gel/krim sebesar sebutir nasi dan pedap2 bawah mata.
pastu urut melingkar untuk hilangkan hitam dan bengkak bawah mata.

PRODUK
SALAH: campur2 produk dari banyak jenama takpe...
produk mahal je bagus..

BETUL: sesentengah orang memang takde masalah kalau campur2 jenama produk.
pencuci jenama lain,toner lain,blablabla lain..
tapi tahu tak yang terpaling elok adalah memakai satu jenama yang sama untuk
kesemua produk?
sebab setiap satu produk dari jenama yang sama dicipta untuk menyokong antara
satu sama lain.
contohnya...pencuci ada bahan A,toner pula ada bahan B yang mana bila dipakai
kedua2nya akan bergabung memberi kesan yang memberangsangkan
seperti yang pengeluar janjikan.

produk mahak tak semestinya bagus..
saya pernah guna SKII..hampes...
tak sesuai dengan kulit..last2 murahan juga yang saya guna..
untung juga..takde membazir duit camne tu je kan..
bukannnya pakai mahal2 boleh tukar jadi muka siti nurhaliza..
itu ajaib namanya..

*sama macam mekap..murah tapi ade kualiti itu lebih bagus.
asalkan kita tahu cara yang betul nak guna.
semakin mahal semakin bagus adalah TIDAK BETUL !
yang penting tahu kandungan,kelebihan,kekurangan dan cara menggunakan yang betul.
ini adalah dari pengalaman selama lebih dari 8 tahun saya dalam bidang ini.

yang paling penting jangan cakap putih itu cantik.
saya tak percaya hanya orang berkulit putih itu cantik.
tak kira warna kulit,kalau ianya sihat ianya adalah yang terpaling cantik
(sebab senang mekap ke senah? huahahahaha..).

like fanpage kalau sudi
www.facebook.com/zoeyzauyah.blogspot.com

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.

Tutorial: make up for work:simply blue *SELEPAS 12.12.11,ENTRY INI ADALAH STICKY POST.SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRY TERBARU.

Assalamualaikum...

hari itu terlebih rajin...jadi saya buat tuto ini..
aceceh..macam banyak sangat masa terluang kan?
padahal bz dengan @#$@##$%^blablabla...
ok kauorang pun tak mahu nak dengar bebelan tak mendatangkan uwang itu...
=.="

selalu mekap pergi kerja asik nak yang coklat2 natural saja kan?
itu sangat bosan tahu?
jadi saya telah menyoal siasat hencik papa...
lelaki suka perempuan mekap kaler apa pergi kerja?
papa jawab biru...hehehe...apa motif tah tanya soklan camgitu...
nasib baik hencik papa layan saja kelakuan saya ini..

mari setat...
*biru lembut.pakai light2 saja..takyah terang sangat.
*saya tunjuk cara yang simple gila! inspirasi dari majalah jepun sebab
nak pergi kerja mana ada masa nak berlama-lama depan cermin iye dak?
*nampak kaler macam ungu tapi sebenarnya biru...
*boleh guna apa2 saja biru yang awak semua ada..

nak tau cantik ke tak sila try ok..

simple tapi fresh..
ini memang baju saya time kerja dulu..
saya sukakan ribbon sebagai loose tie itu...

ok saya sedang berkerja..didepan lappy...sambil posing depan kamera..
bos mana bos? (kaki report).

simple sajek senah oii...



mekap kerja kene simple,senang dan cepat nak buat pastu nampak fresh..
bukan mekap tebal sangat..kecuali kerje tempat kecantikan..
itu memang kene mekap vouge2 gilos...


nampak cam ungu lembut kan?
tapi ini biru..

lain2 tuto mekap boleh cari kat sini >>> TUTOMEKAP

lain2 tuto shawl boleh cari kat sini >>> TUTOSHAWL

P/S: setiap kali log in akaun youtube mesti ada komen tah hape2..
sekarang saya tak approved dan tak layan orang2 gila glamer camtu.
tak kira lah kat blog ke,fb ke,fanpage ke,youtube ke...
takde masa nak reveal dan bagi publisiti kat orang ngek camtu.
gila glamer dan nak publisiti murahan punya worang.

like fanpage kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.



ianya kek kalerfull warna dan kalerfull perisa

Assalamualaikum...

hari itu tengok kek kaler rona roni kat internet..
terus rasa teringin nak makan...
nasib baik ada kakna si tukang buat dan juga tukang jual kek..
nasib baik..nasib baik...

kek ini memang aisingnya comot2...
aising sedap uollsss....

kaler rona roni,setiap kaler perisa lain2..
sepatutnya kek ini perisa butter tapi kakna ubahsuai ikut suka hati dia haha..
ada perisa kopi,nenas,strawberry,blablabla..eh banyaklah..saya tak ingat.

kek ini sedap..aising pun sedap..

nak tempah kek yang sedap2?
boleh contact kakna kat no nih 012-4463570.
terutama kawasan ipoh,perak dan kulim,kedah.

like fanpage saya kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.

P/S: SORRY UOLLSSS...TAK SEMPAT MEMBALAS KUNJUNGAN ANDA.
NANTI SEMPAT SAYA KE BLOG AWAK2 OK?

Review: Meiko naturactor fondation.

Assalamualaikum...

orang dok tanya 'kau pakai ape zoey? kulit gebus2 lawa nak mamp!"
harap maklumlah..ayat takbolehblah kat belakang tu saya sendiri yang tambah..
kahkahkah...anda tertipu? duduk diam2lah..jangan nak buat muka pelik  T_T

inilah rahsia saya..cehceh tiru iklan...
dah lama dah pakai fondation nih..tapi tak tunjuk..tak pernah heboh2..
saje je..so ada masalah ke?
*gengster..

bukan taknak bagitau senah oiii...*gaya makcik2..
saya suka pakai fondation silkygirl saja sebab mekap nipis skit..
tapi sekarang suka pula naturactor ni haaa...
dah tua katakan..kenelah kaver lebih...kauorang niiihhhh...

mari setat promosi free...=.="
saya review berdasarkan pengalaman saya guna selama jadi jurusolek ye.
saya review kod kaler yang saya guna untuk diri sendiri..

 Meiko Naturactor fondation.

> saya guna kod 151..natural sikit..
produk nih ada 10 kaler.

> jenis krim padat.

> hasilnya tebal walaupun guna sikit.
so memang senang nak cover parut2 ke,hitam keliling mata ke...
jimat concealer dan jimat masa juga..

> tak berminyak.serius kau nyahhhh...mula2 sapu tekstur dia macam berminyak 
tapi tak pun..makin lama kat kulit,makin gebus2..takde minyak langsung.

> kalis air..serius memang kalis air..kalau peluh secara hebat pun
mekap kau tak terjejas cek kiah oiii...

> kaler dia cerah dari yang kita tengok kat dalam bekas.
so jangan nak over beli yang cerah dari kaler kulit kita..
tepung gomaklah kau..

> ada bau skit..skit je lah..

> sapu guna span biasa atau guna span basah untuk hasil 
mekap yang lebih tebal dan gebus...eh asik gebus2 je apesal?
*marah kat diri sendiri.

> pedap2 guna jari untuk cover parut.

> mula2 pakai akan nampak macam putih semacam..
tapi lepas mekap semua+peluh,mekap akan jadi cantik sangat2..

> lepas berpeluh dan lama mekap,
mekap akan mantain..
takde jadi gelap ke kusam ke..memang tahan lama.

> naturactor original ada pelekat hologram jenis kertas kat bontot produk dia.
sticker bontot lak kaler hijau.

> harga tak tentu..tapi murah dari kryolan.
ikut orang yang jual lah..selalunya dalam RM30+ untuk seketul..
*seketul? =.="

p/s: ramai yang tanya saya beli katne..
saya tak berapa puas hati dengan servis online shop tu..
jadi saya tak mahu letak link dia ok..

NATURACTOR TAK ORI..

> hologram kat bontot tu jenis licin dan berkilat.
kaler silver.pastu sticker kat bontot dia tu kaler hijau nak kuning2 sikit.

> bau terlalu wangi..alaa bau produk yang murah takde kualiti mesti kita
boleh tau kan?

> berminyak dan bila sapu kat kulit kesannya nipis.
tak dapat cover parut dengan berkesan.

> harga terlalu murah..RM10+ camtu.


TESTING2..
gambar takde edit langsung ok.

gambar atas:
kesan parut hilang lepas pedap dengan naturactor.
pedap nipis je nih..kalau pedap lebih lagi dia akan cover lagi elok.

gambar bawah:
keliling mata yang gelap.
pedap nipis naturactor keliling mata..terus dia cover kawasan tu.

HASILNYA..

sebelum dan selepas mekap guna naturactor.
mekap akan jadi cantik dan tahan lama.

nak tuto mekap macam nih?

like fanpage saya kalau sudi..

klik nuffnang semoga dapat bedah..amin..

tenkiu =)

Tutorial: Red Lips & Round Eyes.*selepas 5.11.11 entry ini akan menjadi sticky post,sila scroll ke bawah untuk entry terbaru.

Assalamulaikum...

saya sangat sukakan lipstick kaler merah ang2..
walaupun saya mungkin akan kelihatan gila kuasa,
tapi saya tetap suka..
heeyy..kauorang macam tak paham pula...gila kuasa sekali over gila
kan trademark saya...

boleh saja kalau mahu mekap macam ini pergi 
dinner,photoshoot dan lain2 majlis/acara yang sesuai.

mari setat..
*mata memang sengaja buat eyeliner over camgitu..
*bibir atas saya lukis semula buat lebar dari garisan asal sebab
bibir saya nipis kat atas.

konon2 sedang berdinner lah nih..

yang ini semacam pontianak bersama darah didalam gelas...
ERRKKK!!!

ala2 menggoda...tapi masih ada muka jahat...
takyah tergoda dengan pompuan nih...jahat nih..tengok muka pun tau...
hahahaha hampes!

gaya nak anggun jek...
padahal tengok pun rasa nak lempang..



yang ini macam makcik2 sedang meminum air sirap dirumah kenduri
sambil bergosip "anak kau bila nak kawen jah?"
kasihan makcik2 sekelian..saya dah menggunakan nama mereka =.="

reaksi apakah ini?
ini reaksi 'jemput minum sirap'
hahahahha....dinner minum sirap pun sodap..!

lain2 tuto mekap leh cari kat sini >>> TUTOMEKAP

lain2 tuto cara pakai shawl boleh tengok kat sini >>> TUTOSHAWL

like fanpage kalau sudi.
ada kat sidebar atau boleh cari kat www.facebook.com/zoeyzauyah.blogspot.com

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.






Review: Garnier mineral 24H Light sensitif deodorant.

Assalamualaikum...

uolsss..uolsss..cik puan dah dah kembali nih...
rindu betul kat awak semua..kat blog pun rindu jugak..
padahal selama tutup blog ni pun keje menghadap muka belog
sambil upload semula gambar ilang sambil mulut potpetpoet..
bukan mulut saja..kepala pun nak join sama potpetpotpet...over nyahhh..!
jadi perlu ke nak merindu randa kat blog lagi?
ha? perlu ke? perlu ke? perlu ke?
dahhhh..tak minta jawab pung hahaha hampes@$#$#%$%# !!!

kali ni nak review deodorant.
semua benda yang saya review kat blog berdasarkan pengalaman saya guna.
yang saya tak guna saya tak review ok.
kalau ada sponsor untuk buat entry promosi pun saya akan guna dulu.
takde unsur2 membodek sampai semuanya baik2 saja...
ada paham? tak paham takpe..saya sendiri pun tak paham
kahkah..

Garnier meneral 24H Light sensitif.

diperkayakan dengan penyerap mineral dan pencerah lemon.
anti-kelembapan tanpa henti dan perlindungan anti-bakteria dan bau.
kecerahan yang boleh diukur dengan kesan anti-hitam dan pengecilan liang roma.
keing dengan pantas,tidak melekit.
tanpa alkohol dan telah diuji secara dermatalogi.


itu kata pengeluar..kata saya pulak?
*cehceh...

> dah lebih dari sebulan pakai.
mula2 pakai dulu bawah lengan naik biji2 sampai gatal dan sakit.
pastu tinggal parut tapi tak lama.
ini normal untuk saya sebab saya dah lama pakai nivea,
setiap kali nak tukar deodorant lain mesti akan naik biji2 dulu.
pastu baru akan jadi ok.

> jenis cair..bila pakai mula2 macam melekit sikit.

> cepat kering..kiranya melekit tu tak lama.

> bau kuat dan tahan lama.makin lama bau makin best.
kadang2 bau dia macam perfume Lancome miracle..
cessss nak branded je kau ya cik puan?
SAYA SUKA BAU DIA...!!! fine takyah nak kecoh =.="

> kulit bawah lengan jadi putih.
ini serius tak main2...

>liang roma mengecil tu saya tak pasti laa..
tak pandai nak tengok hahahaha...

> tapiiiiii...'rumput2' di bawah lengan cepat naik..
tak macam nivea dulu..

> harga tak pasti sebab yang ni hencik papa bagi.
dia beli tapi tak pakai..bila dia tau saya nak try deodorant nih
terus dia bagi dua botol..haaa hamik kau..

memang saya suka sangat2 deodorant nih terutama tang bau tu.
nak tido pun saya pakai tau..suka bau wangi  dia dan kesan cerah kat bawah lengan.

like fanpage kalau sudi.

klik nuffnang semoga dapat bedah..amin..

tocetoce..




mata sape warna warni? iyee mata saya...

 Assalamualaikum..

hari itu mekap sebab jadi model inner bawal.
jadi model kejap...kejap je lah..kat blog sendiri pulak tu..
memang menteharukan tahu? T_T

sesaje nak mentry mekap secara kalerfull.
hasilnya memang kalerfull betul diriku ini..
hahahaha..bangga dengan diri sendiri konon..
 meh tengok meh..
biru,pink,hitam dan silver.

 sebelum dan selepas mekap.
adakah saya malu menunjukkan muka tanpa mekap?
tidak..tidak..
mekap itu menambah keyakinan tapi wajah asli itu patut disyukurkan.
cehceh..cakap macam bagus ja saya ini...

naik kalerfull menengok muka sendiri..=.="

entry ini takde motif pun..

like fanpage saya kalau sudi:

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.


hasil belian yang memberangsangkan

Assalamualaikum...

kalau awak semua membaca entry ini,mesti awak semua sumpah2 dalam hati..
"budak zoey gedik perasan bagus nak tunjuk semua benda yang dia beli kat belog bajet
semua orang kagum pastu hentak2 kaki nak beli jugak macam yang dia beli"
weh panjangnya kata hati awak semua...
T_T
eh tak..tak..hati awak semua baik2 saja..
hati saya ja yang..err..baik juga..kahkah..

hujung tahun berlainan dari hujung..hujung..hujung.. tahuuuunnnnn yang lepas.
tahun ini murah rezeki..alhamdulilah..
jadi saya telah membeli dan membelah dan membebel sebagai ganjaran kepada diri sendiri.
hey..membebel itu semacam keperluan juga kerana berasa diri seakan membazir tahap cipan punye
tapi sebagai ganjaran selepas dugaan2 sepanjang tahun ini adalah berbaloi juga rasanya.


yang ini henpon baru dari koleksi samsung galaxy blablabla..
nak beli iphone tak mampu uoolsss..henpon murah-murahan sahaja yang mampu disambar.

nak citer skit nih..dulu saya adalah penggila henpon.
selalu tukar2..tapi sejak pakai nokia 3610 terus melekat sampai sekarang
sudah masuk 5,6 tahun pakai..tapi biasalah..
henpon itu pun sudah agak mereng sampai saya rasa nak kunyah2 sampai lumat..
jadi henpon itu akan jadi henpon kedua saya..
henpon pertama jatuh kepada henpon baru suci murni idaman kalbu..PUII!

beli henpon baru ini pun sebab terpaksa sahaja..
kalau tidak saya hanya membuat deekkk saja kalau ada yang kutuk2 henpon
lama daku yang usang itu..saya jenis tak kisah punya worang.


henpon ini kaler putih sebenarnya tapi dapat cover free kaler pink.
pink senah oiiii...terus berasa ayunya diriku walaupun time cakap memang langsung takde ayu..

ini bag beli kat padang besar hari tu.
bag pink 1 lagi dah rabak2 kat bahagian dalam akibat menampung barang kepunyaan tuan belog.
kalau nak tau,tuan belog nih kalau dah boleh sumbat barang memang tak bagi peluang langsung.

saya suka bag ini..ianya pink dan ringan.
kain kat bahagian dalam tebal dan kuat sikit dari bag yang lama.
boleh pegang tali pendek ala bag datin2 atau boleh saja pegang tali panjang tu letak kat bahu.

beli baju lagik..
nampak baju terus beli tak sempat nak fikir apa dah..

beli mekap miss rose,maskara kening kaler coklat dan bulu mata palsu.
untuk mekap customer.

awak semua tengok saya asik soping janganlah kata saya si penggila soping sangat.
saya membeli bila perlu sahaja.terutama mekap.
beli sikit2 untuk guna mekap customer.
kalau saya kaki soping gila2 punya takdelah saya tengok kaki soping yang sebenar pun
naik takut..itu haku tengok pun rasa nak pengsan =.="

P/S: papa belikan something untuk saya..
thanks sayang..bakal sedodon dengan family bakal mertua..
eh gediklah kau zoey ! kahkah..=)

like fanpage saya kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah...amin..

tenkiu.




Tutorial: Red Lips & Drama Look *INI STICKY POST.SELEPAS 26.11.11 SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRY TERBARU.

Assalamualaikum...

tajuk nak gempak jek...
mahunya tidak...mekap ini memang drama habislah...
mata dramatik,pipi dramatik,mulut dramatik..
hey gila kuasa punya mekap...
mekap je gila kuasa..saya tak gila kuasa...tak..tak..

boleh ditry kalau mahu pergi dinner,ptohoshoot atau apa2 saja
majlis/tempat yang dirasakan sesuai..
kalau takat nak pergi pasar malam takyah la sibuk2 nak try...
jangan nak over sangat ehhh...

p/s: macam biasa,video ini punya bunyi2 bunyian yang menghampeskan...
biasalah..biasalah..anak2 jiran bernanyayilah,jiran bertukanglah,
blablablah lah..belah la weh!
(tensen dengan diri sendiri)
(@#%%^%&%^)

sekarang saya sudah tahu camne nak buat video takde
bunyi2 tu semua..jeng3x....tunggu video saya yang akan datang...

mari mulakan...

*saya guna naturactor dalam tuto nih.
*bulu mata bawah tersilap pakai dalam tuto nih..konpius punya pasal...
kasihan T_T
*kipas dalam gambar saya beli kat padang besar..
memang niat nak buat tuto ala2 dramatik mulut merah/oren macam ini.











like fanpage kalau sudi.
ada kat sidebar atau boleh cari kat www.facebook.com/zoeyzauyah.blogspot.com.

klik nuffnang nak bedah..amin.

tenkiu.

Review: essence no limits volume mascara waterproof

Assalamualaikum..

hari itu beli produk essense..
pungpang2 jurusolek lain citer pasal produk ini,
hati saya pun apa lagik..berdesup melonjak2 mahu mencuba.

produk essence dari jerman.
harga murah sangat2..
boleh beli kat watsons.

saya beli beberapa produk.
tapi sekarang mahu review maskara dulu ya.

dia ada banyak sangat jenis maskara,tapi kebanyakannya
tak tulis pun waterproof ke hape..
habis tu tak ke kemain lama tercegat depan kaunter tu dengan
bersusah payah mencari yang waterproof ?
pahan ke tak paham? tolong paham boleh tak?
(budak ini emo bukan elmo eh..elmo itu comel).
last2 beli yang biru ini..

gambar atas: 
essence no limit volume mascara waterproof.
harga RM11.90
warna hitam
packagingnya kaler biru muda.

gambar bawah:
berus maskara macam ini.
susah lah  time pakai..asik nak comot saja.

testing...
1) saya ketip bulu mata dengan pengetip biasa,
pastu pakai maskara tu dalam 2,3 kali lapisan.
kesannya biasa je kan? kalau pakai 1 lapisan lagilah tak nampak lentik ke,
tebal ke..biasa saja.

2) saya pakai beberapa lapisan dan ketip dengan pengetip panas.
dia jadi berketul dan melekat2 pula.

3) selepas 8 jam pakai.
letikkan tak tahan lama dan bawah mata tu jadi comot2..
waterproof tak berapa berkesan.

*ada bau..saya pakaikan kat anak sedara yang umur 5 tahun pun
dia komplen apesal bau busuk macam expired ja..
sebenarnya bau takdelah busuk tapi masih tak berapa menyenangkan.
saya tak suka maskara yang berbau.

* berus dia tak menarik.
bila pakai asik comot.tambah2 lak kalau pakai kat bulu mata bawah.

* tektur tak pekat atau banyak.
bila pakai jadi nipis dan kurang berkesan.
kene pakai banyak lapisan baru nak nampak macam pakai maskara.

*tapi kalau pakai banyak lapisan dia berketul pula..

* kata waterproof tapi tak sampai sejam lepas pakai 
dah comot2 terutama kat bawah mata.

kesimpulannya saya tak suka.
jenama maybelline paling bagus.
lepas nih mesti awak semua akan selalu nampak saya guna maskara
essence nih kat tutorial..murah kan..leh lah guna banyak2..
kalau jenama maybelline sayang nak guna
hahahaha...pecah dah rahsia..pecah dah..rupanya kedek tuan blog ini..

nanti saya review yang lain pula ya..
ada gak produk dia yang saya cuba dan betul2 bagus..
so tungguuu...

like fanpage kalau sudi.
ada kat sidebar atau boleh cari kat www.facebook.com/zoeyzauyah.blogspot.com

klik nufnang nak bedah..amin..

tenkiu.

inner bawal style terbaru

Assalamualaikum...

hey kawan2..tahu tak inner bawal adalah style terbaru-terkini-dan-sensasi?
ke saya sorang je rasa ianya adalah terbaru?
baheklah..baheklah..takyah nak lama2 memalukan diri sendiri yang ketinggalan T_T

inner ini 4 segi kalau nak pakai lipat 3 segi macam bawal biasa.
ianya comel,ringan,sejuk dan yang paling penting senang nak bentuk.
takyah sibuk2 nak spray kiwi atau guna lilin semata2 nak bagi keras kat depan.
boleh bagi muncung lagi tapi saya suka buat muncung biasa saja..
boleh adjust kepanjangan yang kita nak.
harga RM8/pcs..murah kan?

inner nih handmade tau.
pembuatan dia kemas sangat2..
saya tak jumpa walau 1 pun benang yang terkeluar.
kain bawalnya pulak jenis yang berkualiti dan senang dibentuk.

kalau mahu dapatkan inner super comels ini sila klik 


ownernya si cantik ini >>> Babynalisa Emerald Full

kat sini bukan jual inner bawal je,ada lagi tudung bawal 2 tone,
aksesori kepala yang comel2,ice-cream shawl,pashmina satin dan leopard,
lace scarf.

yang penting saya suka inner bawal ini..cantik dan senang nak bentuk hokes !

inner bawal biru muda.

boleh pakai dengan tudung bawal biasa juga.
saya rasa pakai tudung bawal dengan inner nih lagi senang dan cepat.
kalau pakai tudung bawal terus,kat depan tu susah nak jadi muncung.
yang inner nih senang..sekali letak terus boleh pin sebab dah terbentuk elok.

okes..kalau awak semua belum terpengaruh tak tahu nak cakap apa...
memang pungpang2 haku sejak tadi T_T

pandangan tepi..

ribbon comel tu juga dari babynalisa collection.

ini style tudung bawal yang saya reka hari tu.
boleh cari kat label 'tutoshawl'.
tajuk 'tutorial cara pakai tudung bawal cute style'

inner hijau.

warna inner memang terang dan mengancam auwww!
ok takyah lah nak bayangkan lepas pakai terus bunyi auww tu =.="

inner ni boleh buat teknik *slunting uoollsss...
*inner yang bersilang.

entah hape yang saya belit2 sampai boleh jadi bersilang macam ini..
tapi ianya sangat comels bukan?
hihihihihihihihihi...(gelak gediks).

inner biru muda.

cuba lihat sekali lagi,2 kali lagi,3 kali lagi,ok cukup !
style ini adalah tidak sama dengan style mula2 tadi walaupun style bawalnya sama
dan bahannya juga sama..
eh peninglah !

inner ini boleh buat macam2 style juga tahu.
tahu ke tak tahu ni? (emo).

pandangan dari tepi.

saya lapiskan inner diantara pemakaian tudung bawal.
macam style je kan?
hahahhahaahaha...CUKUP !

inner pink kemerahan tapi kamera saya dah tukarkan kaler tu
jadi merah terang =.="

boleh pakai dengan pashmina dan shawl.

dah macam inner neck fungsinya kan?
 tak rugi kalau beli inner nih.

lace scarf jingga.

skarang kan glamor dengan style dian pelangi tu?
style tu pakai bawal dengan lace scarf.
ataupun boleh pakai lace scarf sebelum pakai inner bawal tadi.
kot2 nak lagi kemas dan taknak rambut terkeluar kan.

bentuk 4 segi dan lipat 3 segi kalau nak pakai.
boleh adjust saiz time lipat 3 segi tu.

terima kasih sangat2 kat babynalisa emerald untuk semua inner dan aksesori yang comel tu.

like fanpage saya kalau sudi.
ada kat sidebar atau boleh cari kat www.facebook.com/zoeyzauyah.blogspot.com

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.