DIY seluar jeans yang kotor.

Assalamualaikum.


amboi cik puan datin markonah buat tutorial diy jahit2 pulak yer.
macam ajaib je kan..tapi takyah lah malukan diriku dengan cakap2 macam tu.
nangis kang T_T


saya kurus kering,jadi susah sungguh nak beli jeans yang padan.
kalau ada tu memang suka sangat pakai.asyik ulang pakai yang tu saja.
tapi seluar saya selalu jadi kotor2 kat sebelah kiri.
bila kotor dah tak best nak pakai.pikir punya pikir apakebenda lah kotor tu.
macam getah2.takmo hilang walaupun ditonyoh menggunaka kekuatan kuasa kuda -.-'
rupanya itu kesan gam bulu mata palsu! ye lah,seluar yang saya pakai time mekap customer
mesti akan lekat kotor2 camtu..cisss betul!


jadi untuk menyelamatkan jeans kesayangan dahku tu,
terpaksa fikir cara yang konon2 style.konon je lah kan.sayang punya pasal kita tangan2kan..
hoi apa nih? kahkah.


mari berDIY!
.
.
.

jeans yang kotor.erk eleh...cam sikit je kotor tu kan?
tapi tak best wooo..



mula2 sila gunting kawasan yang kotor tu.
gunting agak2 ler.ikut suka nak kasi lubang tu terbuka luas ke atau tak.saya buat lubang luas.
nak kasi nampak kain lapik nanti.


step ke-2 pulak saya guna hujung gunting dan cakar2 tepi2 jeans tu.
alaa...tepi2 bahagian yang saya potong tadi.sila rujuk gambar ya puan2.
cakar2 sampai dapat efek benang2 dia serabut dan ala2 rock.



taadaaa! nak efek lagi rock pun boleh.cakar2 je senanh oiii..



guna kain yang ada corak comel2.saya guna kain kapas murah tu ja.
potong petak2 dan saiz biar besar dari lubang2 kat jeans tadi ok.



tampal dari sebelah dalam.pastikan yang corak2 bahagian luar tu menghala ke atas
(menghala ke lubang2 kita buat).
nampak tanda merah saya buat tu? saya jahit tangan kat bahagian tu.
pandai2 lah uolss jahit ok.bila buat tampal2 kat seluar camni cam susah sikit nak jahit guna mesin.
jadi saya jahit tangan saja.



taaadaaa ! hey,uolss jangan gelak dulu,ini boleh jadi satu trend.
sekarang pun saya dah tengok orang pakai camni tau.
ini DIY lagik jimat.kene jimat weh..asyik beli seluar jeans baru je kang kopak
lah haku.kang tak cukup duit nak kawen nanti..kahkah.


p/s: ada sekali tu waktu saya keluar pakai seluar ni,
ada sorang laki pandang saya semacam saja.maybe dia fikir,
"kesian pompuan nih,dah la muka pucat,badan kurus kering,miskin pulak tu.
seluar compang camping..tampal2 saja".
kahkah..haku pitnoh abang tu ke hape nih?


like fanpage saya di:
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik iklan nuffnang nak kawen.
tenkiu.


product review: eos lip balm.

Assalamualaikum.


bibir kering2 lalu bertukar menjadi seperti kulit buaya? 
amboi ngeri betul perumpamaan kau cik markonah oiii !


kalau bibir kering2 lepas tu sapu dengan lips balm lepas tu rasa cam tak best
sebab dia tinggal kesan wax kat bibir kan?
wekkk! bibir bukan lembab pun tapi rasa tak selesa.


sekarang tidak lagi..TING !!! 
eos lip balm.
hanya jual melalui online.setahu saya lah kan.setidaktahu saya tak pasti lak pulak kan..kahkah.
ada macam2 perisa.
sila baca apa dia tulis tu.amboi terus meloncat nak beli..kahkah(padahal itu haku ler tu).


ini yang saya punya.perisa lemon.
harga dia RM24.
belakang packaging ada tulis kandungan bahan dan lain2.
ada spf15 yang melindungi dari uva dan uvb.sesuai untuk sape2 yang selalu berada di luar rumah.
yang duduk dalam rumah macam saya pun boleh pakai.takde masalah.takde sape nak komplen haha.
ianya 100% perisa semulajadi dan bau dia pulak bau lemon yang mild.


syok pegang dia sebab luar tu macam getah.ringan dan kecik je.
senang nak sumbat dalam bag dan bawak pi mana2 saja.
kanan tu rupa dalam dia.produk sebenar.


atas tu bibir saya sebelum pakai lip balm ni.
tengah2 bibir tu macam kering2 dan kulit macam nak jadi berkuping.
bawah pulak selepas pakai.
best pakai dia.tekstur dia buat bibir rasa selesa.tak rasa wax.
lama2 pakai pun mantain lembab dan licin.bibir lembab licin ni penting.
kalau tak pakai lipstick,dia akan nampak cerah merah2.kalau pakai lipstick,dia akan nampak licin cantik.


\
aktiviti cewi selepas bibir dah lembab elok.
bukan saja lembab tapi juga selesa.
abaikan tang mata tu.bag mata dan bulatan hitam sungguh 'cantik' terletak T_T


kat mana nak beli? sila klik sini:
https://www.facebook.com/elly.stylista


like fanpage saya di:


klik iklan nuffnang nak kawen.
tenkiu.

saya dalam majalah dara jan 2013.

Assalamualaikum.


saya tak tahu pun ada story pasal saya dalam majalah dara jan 2013.
kawan2 fb yang cakap baru terhegeh2 nak terkejut..kahkah...terkejut konon.


wartawan dara tak contact saya pun,tapi mungkin dapat story dari k.emy(wartawan rapi).
thanks.




muka depan dia yuyu zulaikha.blogger jugak.



story pasal saya ni.takpe,just nak share2 pengalaman kan.
ada yang tanya saya,saya ke tulis ayat2 semua tu.
eh mane adeeee..saya cerita2 dan bagi point2 penting.karang2 tu semua ahkak2 wartawan lah uolss.
setiap majalah kan ada cara penulisan depa sendiri.mana boleh tibai 100%
tulis apa yang saya cerita.saya merepek je pandai lah haha.


mekasih semua yang mendoakan saya.
kalau kita mendoakan kebaikan orang lain,malaikat pun akan doakan perkara yang sama untuk kita. :')
jadi uolss doakan saya dan bagi kata2 semangat,
uolss juga akan dapat kebaikan dan pahala yang sama.
terima kasih sangat2.semoga Allah merahmati kita dan memberi kejayaan dunia akhirat.amin.


like fanpage saya di:
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik iklan nuffnang nak kawen.
tenkiu.


saya dalam majalah rapi 15 dec 2012.

Assalamualaikum.


hari tu masuk majalah rapi 15 dec 2012.
takyah lah bayangkan saya masuk gedebuk dalam tu.hilang akal ke apa?
muncul saje deyy! muncul daaa..! kahkah..marah pula dia.




tak..tak.muka depan dia bukan saya.
bedah pelastik ke hapa tiba2 menjelma semacam siti saleha? haha.
rapi keluaran 15 dec 2012 muka depan dia siti saleha.



weewwiittt ! masuk sikit ja.tapi lantak la kan kite nak kecoh pun..haha.



cara saya hilangkan stress..ceceh.
bila lahh muka makcik ni nak jadi cover majalah pulak?
amboi berangan sungguh..kahkah.


mekasih kak emy intan payung.
sejak zaman dolu2 asik baca majalah ni,cam tak caya skang dok masuk rapi.
mimpi ke nih? mimpi erk? hahaha over.


like fanpage saya di:
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik iklan nuffnang nak kawen.
tenkiu.

saya dalam akhbar utusan malaysia.

Assalamualaikum.


paper utusan pada hari sabtu 15 dec 2012.
 secara tak pasal2 saya telah muncul dalam ruangan blogger pilihan.
tak sangka uolsss! 
ingat lagi sorang follower kat twitter merangkap pembaca blog saya pernah cakap
 dia tertunggu2 bila turn saya akan muncul dalam ruangan tu,
sekarang sudah muncul maaa...taaddaaa! pompompom!(bunyik mercun).


terima kasih kat kak ina yang susah2 cari saya sampai ke fanpage,email dan calling2.
interview time tengah ada family gathering,riuh rendah jadinya.kesian k.ina T_T


rasa bertuah dan syukur sangat2 dapat muncul dalam ruangan ni.
fatin liyana,irine nadia dan ramai blogger famous lain pernah masuk gak kat ruangan ni.
jadi cam jakun sikit lah kan bila saya pun masuk(jakun banyak sebenarnya haha).


kahkahkah...cam tak caya je tu muka haku.mimpi ka nih hoi?


tajuk pasal penyakit tapi ada sikit2 ja pasal penyakit.banyak pasal blog saya ni haa..
k.ina tau pasal penyakit saya melalui entry2 yang saya share pasal penyakit.
bila tengok ni,kembang kempis tak kasi can dah..cam tak caya muka dahku di paper ini.
awal2 pagi lagi kawan mesej bagitau masuk paper dan banyak terima ucapan tahniah.
apa nih? apa nih? i bukan terima award ok..kahkah.



terima kasih pada semua yang baca blog saya.
follower saya tak ramai tapi syukur sangat bila check kat nuffnang uniqe visitor saya
tiap2 bulan cecah sampai ratus2 ribu.cam tak caya je.
terima kasih semua dan minta maaf kalau ada salah silap.
kalau tersombong ke,tertulis bukan2 ke.bukan tak tau,kita blogger ni tulis macam2 kan.



like fanpage saya di:


klik iklan nuffnang nak kawen.
tenkiu.

tips kalau mahukan layanan baik ketika membeli mekap.

Assalamualaikum..



 saya si tukang mekap mesti la selalu beli barang2 mekap.
tak semua berjenama tapi kadang2 masuk jugak tempat mekap yang branded.
saya nak share pengalaman saya beli mekap atau lain2 benda.tak kira di tempat biasa atau berjenama.


pengalaman saya? kalau pakai macam biasa2(gaya saya kan macam bebudak sikit)
dan nampak cam tak berduit je minah nih..diaorang layan biasa2 saja.geram tau.
so...kalau nak beli terutama yang branded2 saya suka pakai dan buat gaya ala2 mak datin duit sekoyan
kah kah..tak caya? sila try.layanan yang lebih baik uolss akan dapat.


takyah la pakai betul2 cam mak datin.yang penting gaya tu mesti ada.
macam saya selalu jalan ala2 orang kaya(padahal KAYAP).
pegang bag cam mak datin(sila google cara selebriti pegang bag) dan tunjuk macam banyak duit sikit.
dalam tempat tu saja.kat luar takyah ler..kang orang hingat kau kaya tak ke carik nahas tu?
tak pasal2 orang rompak ke hape ke.


selain tu sila lah search sikit2 pasal produk jenama tu dan apa yang uolss berminat.
konon2 uolss memang tahu jenama2 nih semua.konon je lah kan..muahaha.
pastu kalau dia suggest benda2 yang mahal dan luar dari bajet,takyah tunjuk atau cakap
tak cukup duit atau tak mahu sebab mahal.tapi cakap je "saya lebih berminat yang itu(benda dalam bajet)"
atau "saya lupa nak bawa banyak cash dan kad" tapi paling selamat anguk2 ja atau cakap "oooo"
pastu pergi la belek2 benda yang masih dalam bajet uols.
kalau setakat masuk nak usha2 tapi tak berniat nak beli,
pun bolehhhh..tapi gaya tu mesti ada jugak ok...tapi saya rasa zaman sekarang ni budak sekolah pun
boleh dah pakai jenama2 ni semua.


ini cara saya.saja nak share dengan uolss.
bukan menipu..tak cakap pun kat dia yang kita mak datin kan? ha ha..just tunjuk gaya yang kita 
mampu beli produk2 yang mereka jual..barulah mereka layan dengan lebih baik.


p/s: saya pernah masuk satu tempat jual mekap ni,
mula2 pergi dulu diorang asyik layan lebih kurang saja.pernah satu tahap takde sapa layan saya!
tak kisah yang tu,tapi nak tanya apa2 pasal produk susah tau.
lepas tu saya guna taktik macam saya share nih..amboi,baru langkah masuk sikit dah 2,3 orang
tunggu,tanya2 dan sedia mengekor saya..kah kah.


pictures from google.
sephora! nak pergi!!!!!


pictures from google.
ranum dan menggiurkan kaunter urban decay ni T_T


ok sudah.
like fanpage saya di www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage



klik iklan nuffnang nak kawen.tenkiu.

tunku bantal moden tu boleh jadi bahaya?

Assalamualaikum..


uolsss....(kepochi),baru2 ni kite mengalami kejadian yang scary giler(ya a auu).
bukan jumpa hantu uolsss..kalau jumpa pun kite debik je..eh tak bukan debik,
kite tunjuk je muka kite tak mekap,14 batu dia larik uolsss muahahaha..
eh tak..tak..cakap besor haku nih T_T


dulu2 nak tunku badan kena guna yang berat gedabak kan.
sekarang nih ada versi moden dia buat cam bantal tu je.
dalam dia ada air,on suis dan bila panas off pastu dah boleh guna dah.


pelik benar lah kalau cik puan datin markonah takde benda ni sama.
kakak saya beli untuk saya guna bila badan rasa tak selesa sebab badan saya banyak angin.
selalu lepas dia panas saya akan off dan terus tuam kat mana2 bahagian badan yang tak selesa.
tapi satu malam tu lepas dah panas saya off dan biar jap atas katil.
tiba2 ada bunyi pelik,tengok2 bantal tu dah pecah uolsss...!
pecah keluar air panas berasap kemain lagi sebab tengah betul2 panas kan.
nasib baik pecah slow,kalau meletup memang habislah sebab dia jadi cekang time panas.
alhamdulilah Allah lindungi saya.kalau terus tuam badan macam selalu tu mesti dia pecah
kat saya dan melecur habis badan ni.


picture from google.
macam ni lah rupa tunku moden jenis bantal yang saya guna tu.



tak lama lepas tu masuk paper metro pada 7.12.12
lelaki berusia 25 tahun melecur sebab tunku moden meletup bila terlalu panas.
saya tak pasti pulak dia kena tunku yang macam mana.
semoga dia sembuh.


uolss kalau nak guna tu hati2 tau.
saya share ni pun sebab nak semua yang guna tunku jenis ni supaya berhati-hati.
tapi saya dah serik nak guna dah...tak terbayang la kalau melecur.
alhamdulilah sangat2 Allah lindungi saya dalam kejadian tu.
boleh pulak tiba2 saya tak terus guna cam biasa  tapi rasa nak biar dulu atas katil.
kalau tak?


like fanpage saya di www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage



klik nuffnang nak kawen.
tenkiu.

mari menahan sakit T_T

Assalamualaikum..


bulan 10 sebelum raya haji yang lepas saya pi ijn.
jumpa doctor check body berserta mental sekali..HOI !

urusan di jalan raya amatlah mudah sekali.jamming2 seperti kebiasaan tu ade tapi kejap saja.
cam ajaib pun ada.magic apa nih jalan clean dan clear saja?
tapi urusan kat dalam ijn sana nun kau jangan harap lah nak clean and clear cam kat jalan raya tadi.


sejuk gedi terketar2 macam kat london when snow is falling down pastu kena paksa
buat exercise 6 minutes walk.walaupun disuruh buat takat yang termampu tapi stress gua tau.
dapat buat 3 minit je dengan maksimum jauh dahku berjalan ialah blablabla ok,tak ingat tapi merosot
dan jantung ni cam tak stabil pulak.penat sesak nafas ko toksah nak cakap lah.
nasib baik ada abam2 hensem nak mamp! kat situ.body berketul cam fahrin.
siap pegang tangan gua lagi beb..time gua semput lah.dia check2 je.kau jangan pikir lain.
tapi time tu sempat usha tangan dia.tangan dia? lembutnya..hoi gatai!
pastu proses jumpa doctor,amik darah,amik ubat,cucuk vaksin,amik appointmen tukar appointment,
amik ubat,tukar ubat dan blablabla serta seterusnya.sehari weh duduk situ.


masuk toilet dan ambil gambar.kurang sikit stres dahku..hey ni terapi ke hape ni?
muka tak mekap pasal nak tunjuk muka sakit..haha.
kang mekap 14 inci doctor pun tak kuasa nak melayan sebab dia pikir haku sihat sejahtera saje.


bosan.bila bosan amik gambar kasut sendiri dan post kat instagram.
saya duduk kat wheel chair sebab nak ke hulu hilir dan larat la weh nak jalan.
semput kang.tapi kesian kak na lah.dia pun semput sebab tengah pregnant dok tolak dahku pi sana sini.
terberanak kang tak pasai sungguh..terpaksa uolsss..hanya kami yang paham T_T


sesi ambil ubat yang lama.
dahku pun bosan lagi buat kesekian kalinya.


comel gila sampul surat pedriatic.


hari tu saya kena amik darah.banyak gila dia amik darah sebab banyak yang doctor nak test.
darah lambat keluar.tukang hambik tu asik pandang saya je sebab dia takut saya sakit dan tak tahan.
alhamdulilah..result darah saya semua ok.tekanan darah pun ok.padahal selama bertahun2
 darah saya kurang dan rendah sampai teruk saya tau.makan ubat yang doctor bagi pun kurang berkesan.
tiba2 saja ok sedangkan ubat doctor bagi dah habis.apa ni? rupanya sebab saya dah kuat makan skarang ni.
lorrr...makan banyak tekanan darah boleh ok rupanya.tapi berat tetap turun.hanya 34 kg.
weh ni tulang saja ka apa ni?  T_T

satu lagi saya kena cucuk vaksin cegah demam,selesema,batuk dan lain2 yang berkaitan.
setahun sekali saya kena cucuk ni kat hospital swasta.tahun lepas buat kat kpj.tahun ni ijn cucuk sendiri.
malam tu saya tidur sambil tahan sakit.mengerang kau tau!
dua2 tangan kene cucuk.memang sakit yang amat2.tambah2 yang cucuk vaksin tu.
hari2 berikutnya pun masih sakit lagi.siap demam2 uolss..dah la pastu raya haji.nasib baik boleh bertahan.



sebulan lepas tu(bulan 11) saya kena buat ct scan pulak.
doctor hairan sebab penat saya dah kronik,tapi simptom2 kat saya tak macam kronik sangat.
jadi dia minta buat ct scan kat paru2 untuk cari punca sebenar penat ni.
mana tau kot2 selama ni sangka sebab jantung dan paru2(masalah sedia ada),rupanya ada punca lain ka kan.
1st time saya buat ni.dulu doctor pernah plan nak buat tapi cancel.


bilik menunggu untuk ct scan.ni dia punya  flow.baca kat surat dia saja pun dah ketar lutut senah oiii..!
saya dah lama tak buat benda2 ni semua,jadi tiba2 rasa cam takut2.padahal dulu haku steady je.
hampeh tol! 12 jam sebelum buat ct scan saya tak boleh makan dan minum benda2 yang ada coklat,kopi dan lain2.saya ada gastrik teruk,jadi 4 jam sebelum prosuder baru saya mula puasa
tapi pi sana kena tunggu lama,so lama gak kena puasa.tahan je senah walaupun dah rasa cam nak pengsan.


bosan tunggu.ada 3 orang yang tunggu nak buat ct scan ni tapi diaorang scan kat bahagian badan yang mana
tak tahu pulak.uncle india masuk dulu.masuk relaks,keluar pun happy semacam.
dia nak mental haku ke hape nih? huahahaha..


masuk tu pakai baju depa,timbang berat,diterangkan sikit pasal prosuder.cucuk iv line 
(cucuk masukkan jarum ka apa benda tah kat lengan),pastu cucuk masukkan ubat kat situ.
dia cakap rasa panas sikit tapi tak rasa apa sangat pun kecuali rasa ubat tu mengalir.
pastu dibawa ke bilik untuk ct scan.baring dan diselimut.
depa pasang mesin untuk check tekanan darah tu kat lengan kiri.lengan kanan yang iv line tu
disambung dengan mesin air hapekebenda haku pun tak tau haha..


mula2 dia alirkan sikit air tu masuk badan melalui iv line tu pastu
nurse tu cakap "rasa perit kan?" saya angguk2 ja.memang perit pooonnnnnnnnnnn haaa kau tengok panjang tak panjang haku taip tu? hahaha..tangan naikkan ke atas.macam angkat tangan la.
pastu dah ready semua ikut arahan depa,depa masukkan kita bawah mesin scan,kejap tolak,
kejap tarik..serius cam ngeri je haku kat bawah tu haha.


sampai satu masa tu depa bagitau nak alirkan air,tahan sikit sebab rasa panas.
air tu sangat laju dan panas! rasa dia mengalir dari lengan ke dada,cam masuk kepala hotak sikit..
pastu pi ke seluruh badan.mula2 tahan..tapi tak dapat tahan terus jerit2 saya kat dalam tu.
mula2 depa tak sedar kot,lepas tu saya jerit lagi,lambai2 tangan pastu kelupur sikit dalam tu haha.
staff dia datang dan chek pastu cepat2 dia cakap " ok last2,tahan sat"
cepat2 depa scan untuk last sekali dan tarik saya keluar.dia tanya "ok tak?" depa takut saya sesak nafas.
saya geleng2.cam blur gila tahan semua tu.depa suruh cuba bangun,tapi saya tak boleh.pening sangat2.
saya baring lama2 dan pastu dah ok dah.nurse tu cakap saya makan ubat blablabla jadi takut saya 
sesak nafas.bila semua dah selesai depa tanggalkan iv line dan calo beteh! 


time tu ada sorang laki dok tunggu nak buat ct scan.saya keluar2 saja terus cakap kat kakak saya
yang saya jerit2 dalam tu.dia pandang semacam.rupanya kakak saya cerita dia ada tanya macam2
terutama sekali sakit ka tak.dia dengar saya cakap jerit2 tu mesti nebes benau lah dia kan?
kesian lah saya buat dia camtu hahaha.


tempat cucuk iv line.buat kesekian kalinya dahku menahan sakit.
saya tak tau apa efek dari ct scan ni.
2,3 hari balik pun saya sangat lemah.setiap masa sakit kepala.makan ubat tak jadi apa.
pastu demam teruk.badan sakit sangat2.memang dasat rasa dia.saya tak tau nak cakap camna.
kepala hotak cam blur2 sikit.rasa tak selesa.loya,hilang selera makan,jadi emo tak pasal2.
percaya tak,sampai sekarang saya masih lemah.memang efek dia ka erk?


ini time demam.cam hebat je kesan ct scan.sepatutnya saya tak demam dah
lepas cucuk vaksin cegah demam hari tu.tapi kesan ct scan lagi kuat rupanya.
TERUK WEH! TERUK!
ok takyah scary sangat.ini pengalaman saya sendiri ja.badan saya memang dah lemah sangat2.
jadi apa2 pun macam tak boleh tahan.kalau uols masih ok dan diminta buat ct scan tu,
uolss buat je.bagus untuk tahu penyakit kita.efek dia mungkin berbeza untuk setiap orang kan.
macam saya cakap,saya dah memang lemah.tu yang tak boleh tahan tu.
don't worry,ct scan tak sakit pun.saya jerit2 tu pun sebab rasa tak selesa sebab badan saya lemah.
bukan sebab sakit.



bulan 4 ni baru jumpa doctor dan dibertahu result scan.
semoga dapat tahu punca dan ada cara merawat.amin.
banyak lagi urusan belum settle.semoga Allah permudahkan urusan semuanya.


semua gambar ni dari instagram saya.paham2 lah kualiti tu hampeh sikit.


like page saya di www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik iklan nuffnang nak kawen.tenkiu.

product review: silkygirl moisture shine lip colour.

Assalamualaikum..


perasan tak sekarang selang 2,3 hari baru saya update blog?
bukan pemalas,saya rajin2 saje(puji diri) tapi saya bizi uolsss...bizi menjahit tudung terbaru..yahoo kuat2 !
jadi sekarang ini curi2 masa sikit saya nak review lipstick yang saya beli hari tu.
ewah,masa pun nak kena curi..lempang kang baru tahu.


silkygirl moisture shine lipstick.
saya masuk watsons tak pandang kiri kanan terus beli lipstick ini.
tak tahu pun yang lipstick ini baru dilancarkan waktu tu.
balik rumah baru terperasan iklan kat tv.lipstick silkygirl terbaru rupanya.
jakuness betul haku ni T_T


warna 01 naked truth.
amboi seksi betul nama beliau T_T
harga RM15.21 waktu tu je lah.harga asal tak pernah kaji selidik pulak.
tempat beli kat watsons ada,guardian ada,mana2 yang ada kaunter silkygirl.
jangan  gi beli kat kedai emas poh2 ke,bank singa mengawan ke,itu kau buang tebiat ke hape?


niat di hati nak cari kaler nude2.sekali terbeli kaler oren2 ni daaa...tapi lawa gak kaler ni.
nampak cam terang kan? tapi bila pakai agak natural.
nama pun moisture shine,jadi lipstick ini jenis melembabkan dan bersinar.takde efek glitter tu semua,
cuma bibir nampak basah2.lipstick ni takde bau ye puan2.tapi tak tau lah kot2 hidung saya yang tak bau.


bila sapu di bibir warna dia tak terus rata.boleh nampak dalam gambar ni kan?
warna dia macam tak nak melekat kat kulit bibir macam kebanyakan lipstick lain
tapi saya rasa ini agak normal untuk lipstick jenis melembabkan dan bersinar.

macam biasalah,lipstick jenis lembab2 ni tak boleh tahan lama2 atau sepanjang hari.
ada waktu kita kena ulang sapu.tapi itu normal.
secara keseluruhan,saya suka lipstick ni.warna dia cantik dan rasa best bila pakai 
sebab dia lembab2 dan buat bibir nampak full kalau disapu tebal2(banyak lapis).



hasil selepas pakai.waktu ni saya pakai nipis2 saja.
sekarang saya suka pakai tebal2.memang lawa kaler dan efek dia.


warna dia natural.


ni saya pakai tebal sikit. suka woohhh warna dia.




klik iklan nuffnang nak kawen.
tenkiu.

saya dalam majalah remaja.

Assalamualaikum..


cerita saya ada dalam majalah remaja keluaran 15.11.12.
saja shared2 lagi.thanks pada kak nurul huda.
dan thanks pada semua2 yang bagitau saya muncul dalam majalah ni.





1 
tiba2 je rasa setaraf dengan che ta bila story pasal dahku berada cover..
hoi over lah senah ! muahaha...padahal story pasal pengalaman ada penyakit je pun.


2 copy 
amboi letak frame..siap edit letak bokeh.ini kerja orang takde kerja tapi asik bz memanjang.
bz hapa pun haku tak tau kat dia T_T
muka2 yang terpaksa dimasukkan sekali muahaha...uolss kene redha okes.


e20121114_223508 copy
again..






klik iklan nuffnang nak kawen.tenkiu.

braces jernih dan tak sakit.

Assalamualaikum...


sape2 yang ada gigi taring,gigi berlapis dan gigi tak sama a.k.a pagar tak siap
 sila angkat tangan dan hooraayy ! anda telah termasuk ke dalam geng cik puan datin markonah T_T
penyelesaian masalah gigi tak cantik tu adalah dengan memakai braces..TING !
braces tu sakit la hoi! dah tu nampak besi2 tu kan? pertuturan jadi tak jelas pulak kan?
 nak jaga bukan senang kan? banyak yang tak boleh buat.
sekarang takyah risau lagik..hari tu terbaca kat paper ada teknologi baru dah mai kat malaysia ni haa..
jom baca.


METRO AHAD 25 NOVEMBER 2012.
pengarah perubatan dan ortodontik clearpath, dr khaled abouseda berkata,
bagi menggantikan pemakaian pendakap gigi konvesional yang sebelum ini membabitkan prosedur yang menyakitkan,satu teknologi diperkenalkan dengan mengeluarkan pendakap gigi lutsinar tanpa besi dan dawai.


"clearpath mencipta sistem yang terbukti dapat membantu pesakit dalam mendapatkan rawatan pergigian sama ada gigi terkehadapan,jarang dan berlapis tanpa membabitkan pendakap logam atau seramik dan lekapan sepanjang tempoh prosedur itu dilakukan."
*dr khaled abouseda juga pengarah perubatan dan ortodontik klinik pergigian asnani,
fellow di world federation of orthodontics serta ahli american association of orthodontics.


rawatan clearpath aligner adalah revolusi baru dalam kaedah rawatan ortodontik menggunakan sarung pendakap yang jernih dan direka khusus megikut keperluan gigi pesakit.
aligner ini akan dimuatkan pada gigi yang berfungsi membetulkan posisi gigi dari awal hingga akhir.
rawatan ini dilaksanakan oleh pakar ortodontik cleapath yang bertauliah dan tempoh rawatan bergantung antara enam hingga 18 bulan dengan membabitkan 12 hingga 30 penyelaras.


"clearpath menawarkan pilihan baik kepada pesakit yang berkeinginan memiliki gigi lurus.
pesakit mendapat kebebasan untuk makan,menggosok serta menggunakan flos gigi tanpa sekatan daripada pendakap logam.rawatan clearpath amat berbaloi."


produk ini mula dipasarkan sejak 10 tahun lalu di pasaran asia barat,afrika utara,russia,eropah dan hanya kini memasuki pasaran asia tenggara.
ia berkualiti tinggi dan melalui proses pembuatan yang unik kerana menawarkan jalan penyelesaian untuk meluruskan gigi melalui teknik bersih,mudah dan jernih.


sarung yang jernih.


perbezaan antara braces konvesional(kiri) dan clearpath(kanan).

perbezaan pemakaian braces antara yang konvesional(kiri) dan clearpath(kanan).
*all pictures taken from google.


ok..saya teringin nak buat... T_T tempat buat tak tahu pula.harga pun tak tahu 
tapi mesti  tercekik air liur kalau dengar ni muahaha..! 
kalau nak tau lebih banyak info dan klinik yang buat rawatan ni,sila lah sama2 kita menggoogle.
kalau uolss nak tau,michele phan pun pakai braces jernih.adakah dia menggunakan teknologi ini? jeng..jeng..jeng...!
ok,untuk saya sendiri kena berangan dulu..lagi 2,3 tahun baru saya akan fikir betul2 nak buat ke tak braces2 ni semua.


like page saya di:


klik iklan nuffnang nak kawen.
tenkiu.


product review: elf lip exfoliator(original)

Assalamualaikum...


ramai orang ada bibir kering.kering kontang,kering kelupas,kering berdarah,
weh scary maakkkk...!
pastu pakai lipstick tak mau lekat dan nampak tak lawa dah sebab bibir jadi kuping2.
jadi kene jaga elok2.salah satu cara dia ialah scrub buang kulit kering dan kuping2 tu.
ada scrub khas untuk bibir.dia lebih lembut dan selamat.bibir kita ni lembut dan nipis.
bukan tebal cam kulit biawak BHAHAHA..


jadi saya nak kenalkan uolss dengan scrub bibir jenama elf.
jenama ni popular kat luar negara.tak caya,silalah tengok video mekap kat youtube.
melambak yang guna produk jenama nih.


elf lip exfoliator
RM20.
2
ini packaging dia.kat belakang ada kandungan bahan2 dan cara guna.
produk ni original dari us.bukan tiruan tau.
ini salah satu produk yang terlaris kat us..rugi kalau uolss tak try.


3
bentuk dia macam lipstick.bau wangi coffee.
tekstur dia minyak2 dan ada biji2 bila disapu.nama pun scrub senah oii..
tapi ini scrub bibir yang lembut.toksah risau bibir calar ke hape kahkah..


scrub ni diperkayakan dengan vitamin E,shea butter,avocado,grape dan jojoba oil
untuk menyuburkan dan melindungi.merawat dan melicinkan bibir.
kandungan utamanya adalah gula dan rasa manis2 bila kita guna.
takde rasa tak sedap dan selamat kalau2 kita tertelan.tapi jangan over sengaja nak telan.
lempang kang baghu tau.


4
ini sebelum pakai.time ni tak teruk sangat.ada masa dia jadi kuping2 memang tak best.
nampak kawasan saya bulatkan tu? haa..kat situ area yang selalu jadi kuping sampai berdarah.


5
sapu2 produk tu kat bibir.buat macam pakai lipstick.
lepas tu urut lembut dalam gerakan membulat.saya guna jari manis.buat lembut2.
lepas tu guna kapas yang dibasahkan dengan air dan cuci kesan scrub tu.


7
lepas tu boleh la pakai lip balm atau lip gloss.saya pakai vaseline ja nih.
kering dan kuping dah keluar.bibir rasa lembut dan nampak licin.
senang nak apply lip balm,lip gloss dan lipstick sebab senang nak lekat dan nampak cantik.


1
amboi dan2 jadi cewi..bibir saya dah ok..uolss pun kena try sama.
terutama yang alami bibir extra masalah tu.
yang nak kahwin ke,dinner ke,try la benda ni.nanti mekap tang bibir tu jadi cantik lepas sapu lipstick
 sebab bibir sihat dan licin.yang tak suka pakai lipstick pun kena try benda nih sebab bibir nampak
cantik dah walaupun tak letak kaler.



selain produk ni,ada lagi produk lain dari jenama elf terutama mekap.
original.bukan tiruan ok.
kat mana nak beli?


fb page: elly stylista
fb owner: norbaishatul huzalli razali

SEBARANG PERTANYAAN DAN PEMBELIAN SILA KLIK LINK
YANG SAYA BAGI NI OK.BUKAN TANYA ATAU ORDER KAT SAYA.TQ.


like page saya di www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik iklan nuffnang nak kawen.
tenkiu.

product review: magic lip tint,3 jenis masker dan beauty tools.


Assalamualaikum..hari tu saya dapat produk untuk try.
diri sendiri bz tak sempat nak menerai,habis seisi rumah jadi mangsa testimoni saya.
produk2 ni memang best ! moh tengok hasil test mengetest saya tu.



TONYMOLY MAGIC LIP TINT.
RM26/1 JAR



kata pengeluar:
lip tint ni kaya dengan bahan melembabkan,tiada kandungan paraben,warna yang natural,senang dibawa kemana2 dan senang digunakan.memerahkan bibir selepas disapukan,mengadungi vitamin yang membantu peredaran darah dan menyihatkan.


3 perisa dan 3 kaler.
strawberry,green apple dan grape.
ini pakai kat mulut,bukan masuk mulut.
tu carik nahas ke hape tu? bhahaha..




 

benda ni magic.sapu di kulit(bibir la hoi!) dan dia akan bertukar warna.boleh jadi pink,merah,peach,hitam,
eh tipu! warna dia ikut orang juga,bukanlah maksudnya otak kau blue dia kan jadi blue,tapi setiap orang warna dia mungkin akan jadi berbeza..haa tu maksud dia.
HAHAHA*gelak tiada motif.










ini saya yang punya.
warna ungu dan perisa anggur.
bekas dia kecil molek.senang nak sumbat kata dalam bag.
takde tumpah2 ke hape sebab dia jeli bukan cecair.

















tekstur dia macam jeli.
bau wangi anggur.
nampak kesan colek tu? rakus punya tukang mekap.. hahahaha uhuk!











sebelum pakai lip tint ni.
bibir pucat2 dan kering kan.


















selepas pakai lip tint ni.
bibir bertukar jadi warna pink.
mula2 sapu dia macam petrolium jeli tu.tak nampak lagi warnanya.
lepas tu pelan2 dia bertukar.
jangan berangan bertukar jadi otromen ke hape...tukar warna je senah.








   best benda ni.dia tak lekit2 macam lip gloss.tak 'berat' macam lip balm.kalau bibir kering dan pakai lip balm kita mesti rasa wax dia tu kan.tak selesa dan tak sedap...euww!
tapi yang ni tak..dia rasa ringan je.bibir lembab dan lembut.bau wangi dan perisa sedap.jimat masa sebab takyah susah2 nak pakai lip balm,lipstick dan lip gloss.3 benda tu weh.sapu je magic lip tint ni,fungsi dia dah jadi macam tiga2 benda tu.terer kan?








abaikan pori besor macam dinosour tu T_T.
warna dia sangat cantik! saya pakai jadi kaler pink lembut.tapi kadang2 bila saya pakai dia jadi pink terang.
kalau pakai dengan lipstick warna dia akan tukar juga ikut kaler dan keadaan.magic hapa ni? muahaha.
tak tipu,memang bibir rasa lembut,lembab dan nampak basah2 full lips gitu..macam pakai lip gloss je,tapi tak pakai pun.






SHISEIDO WHITENING MUD MASK.
RM2.50/1 PCS
RM20/10 PCS

kata pengeluar:
mask ini dengan teknologi penjagaan kulit sheseido terbaru memutihkan,memulihkan dan anti penuaan.mengandungi sebatian yang berkesan memerangi penuaan kulit yang dikenali sebagai REVITALIZER LAG.ia cepat diserap ke dalam lapisan kulit,membenarkan kulit untuk mengekalkan kelembapan dan nutrien.
melawan bintik hitam,jerawat,tompok akibat matahari,mengurangkan saiz liang pori,mengurangkan kedutan,meningkatkan pertumbuhan semula kolagen kulit dan keanjalan.
membuatkan kulit lembut dan licin.



tekstur dia krim likat.sapu seluruh muka dan biar kering.elakkan kawasan anak rambut,kening,mata dan kawasan yang lembut dan sensitif.saya suka sapu nipis2 sebab cepat sikit kering.
ada bau yang mild.satu paket ni kita boleh pakai 2,3 kali.jimat tak? jimat tak? bila tunggu kering ni muka rasa sejuk je..












dah kering tu silalah tarik sambil menahan sakit..eh tak..macam scary je haku tulis tu kah kah..
masker ni jens peel off.bila dah kering kita tarik2 dia.feeling best betul time ni sebab dia kuat melekat.tarik2 tu kotoran akan keluar.
kulit jadi lembut sangat2..dan rasa fresh.tak caya silalah cuba sendiri.
best betul! 











taadaaa! kulit jadi lembut.
bila tengok cermin,cermin pun jeles pasal kulit dah nampak putih sikit.
boleh bajet comel ala2 budak korea.
korea tengok nangis ni weh! hahahha.











SHESEIDO NATURGO BLACK SEA MUD MASK.
RM2.50/1 PCS
RM20/ 10 PCS

kata pengeluar:
mask ini berasal dari lumpur laut dalam termasuk mineral dan natural essence.
membersihkan pori dengan mendalam,menyeimbangkan pengeluaran minyak dan sebum,mengurangkan pigmentasi untuk kulit yang cerah.
pengunaan dalam masa yang panjang akan menggalakkan proses pemulihan kulit.membuang kotoran dan mengurangkan jerawat.sesuai untuk kulit sensitif, berminyak dan kombinasi,mengecilkan pori,menanggalkan kulit mati dan meninggalkan kulit yang sangat licin dan segar.



CCE cuba yang ni.
tekstur krim hitam dan likat.
bau mild.satu paket boleh pakai 2,3 kali juga.
sapu seluruh muka dan biar kering.kalau saya suka pakai nipis2,cce suka pakai tebal2.tapi ini saya yang sapu,jadi suka hati arr kan nak sapu nipis ke tebal ke muahaha..









ini jenis peel off juga.
kering je terus tarik hiyakkk!!!
sampai tertido cce nih T_T
saya tarik tang dagu dia pun dia tak sedar2...tapi rajin tarik tang dagu dia je,part lain buat sendiri la..haha..












esok tu bangun dengan muka berseri2 lah kononnya makcik ni..muahahaha..
dia kata best.kulit dia yang kelupas2 tak rata tu pun tertanggal sekali.





SHESEIDO BLACK MINERAL MUD MASK.
RM2.50/ 1 PCS
RM20/10 PCS

kata pengeluar:
efektif menanggalkan bintik hitam dan putih hanya dalam masa 30 minit!
membersih dan memberi kesan pemutihan dan tegang.
















ini alin yang try.
tekstur krim hitam pekat.sapu seluruh muka dan biar 30 minit atau sehingga kering.
ada bau yang mild.
sama juga,satu paket boleh pakai 2,3 kali.
















lepas kering tarik dan tengoklah sendiri kotoran yang melekat tu.ni hasil yang alin dapat..euuww! ok..sangat geram bila tengok kotoran ni melekat kan.jadi uolss harus mentry dan tengok sendiri hasil kat muka uolss.
alin cakap muka dia rasa bersih dan lembut.
EPISTICK FACIAL HAIR REMOVAL.
RM6.00
cce yang pulun try benda ni.senang nak tanggalkan bulu2 dimuka.
dia tanggalkan bulu dari akarnya.
muka licin,mekap senang melekat dan tahan lama,pori2 pun mengecil.


20121118_202229
benda ni pula untuk tanggalkan bintik di hidung.
dia macam getah yang lembut untuk kulit.
senang nak picit2..tak sakit.



kat mana nak beli semua benda2 yang mables ni?
untuk pertanyaan dan order,sila klik sini:
fb page: Le Chantique Shope
owner: Zai Zack'a
whatsapp: 018-2452444
message only: 012-2292739


like page saya
www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik iklan nuffnang nak kawen.
tenkiu.