Review contact lens hitam Blythe i lens nudy black 16mm

Assalamualaikum..

saya suka berlagak jadi minah saleh dan minah korea.
tapi minah saleh yang terpaling saya gila nak jadi.
minah korea teringin sikit2 saja pasal mereka juga adalah bermata asal
hitam seperti diriku.
tapi nak minta maaf siap2 kat minah anak pak saleh..
saya tak bermaksudkan diri anda,jadi anda boleh sambung tonton tv citer 
vanila-cekelat-izara-itu-lawa-betul-lah-kau !

dah sekian lama very the verangan pakai contact lens kaler2,
jadi baru2 ini saya beli lens hitam pula.

gambar atas:
time order rasanya macam jenama luna hapekebende tu eh.
bila sampai brand blythe pula.pasrah je lah..
1st time beli lens dapat dalam kotak.
lens case tu dapat free.

gambar tengah:
sticker 2 botol nih tak sama.
sticker brand blythe gak.
depa packing semula boh jenama depa kot kan? mana tahu kan.

gambar bawah:
corak lens.


picture source from google.
sebenarnya saya order jenis king black.
corak macam dalam gambar ni.
tapi saya dapat yang lain..jenis nudy.
picture source from google.
saya dapat nudy black.
corak macam gambar nih.
redha je lah dari tak dapat langsung kan.

 gambar kiri:
sebelah pakai dan sebelah tak pakai.
dia besarkan mata.

gambar kanan:
pakai lens kat dua2 belah mata.

p/s: gambar tak mekap uolsss...
selalu tidur pukul 5 pagi dan hadiahnya adalah mata dan rupa
seperti nenek2 ye puan2..sila jangan tiru.

> 45% polyhema dan 55% water immersed.

> curve 8.6mm

> diameter(saiz) 16.5mm-18.0mm

> tahan 1 tahun tapi saya tak pernah pakai lama2.
kadang2 tak sampai 2 bulan saya dah tukar baru.

> RM25 sekali pos.

> saya beli yang ada power sebab rabun.
tapi sebelah power jadi kembang2 pandangan.
tak tahu nape.pastu bila dah tanggalkan lens
pandangan mata jadi kembang2 gak sikit.

> mula2 pakai rasa pedih2 atau tak selesa.
tapi tak boleh salahkan lens 100% sebab keadaan mata gak
kadang2 jadi punca.
tak cukup tidur,mata letih,habuk,tangan tak bersih dan air cuci yang salah
pun antara punca gak.

> keselesaan tu biasa macam lens korea lain.
pakai lama2 mata rasa kering tapi
tahap keselesaan tak macam lens 16mm lain yang saya pernah pakai.
kira yang ni kureng skitlah.

> mata nampak besar.

> mata nampak hitam pekat.

> lepas pakai lens nih rasa kaler hitam adalah so not in me...
lepas mekap pun mata nampak..hmm..tah biasa je rasa haha..
pasnih nak carik kaler lain pulaklah.

> boleh beli lens macam nih kat mana2 je yang jual lens korea.

> saya rasa saya tak akan pakai dah lens nih
sebab macam tak sesuai je dengan mata.
bila pakai lens saya pentingkan keselesaan tapi yang ini tak seperti yang diharapkan.
lens korea yang paling selesa dari jenis kira2.

sorry kalau macam banyak je yang negatif tapi nak buat macam mana,
saya review dari pengalaman sendiri guna.
tak ok takkan nak cakap ok gak kan? nipu namanya tu.

tu je.

like fanpage saya kalau sudi.

klik iklan nuffnang nak bedah.amin..

tenkiu.