Review essence white eyeliner.

Assalamualaikum...

hai geng..

sejak menghampiri usia gold nih kan..
asik bermalas malasan je nak update belog semua menatang nih...
sesuatu yang normalkah untuk budak kecik beralih menjadi budak besar?
*hey,tolong gelak dalam hati boleh tak T_T

tapi tak macholah bro kalau takde entry..
saya selaku ketua darjah kelas budak2 baik akan cuba
menjadi rajin secara berdesup melebihi kerajinan sebelum2 ini.
pasnih kauorang jangan nyesal sudah asik entry haku je naik haaa T_T

biasalah..mukadimah memanglah takde kena mengena pun.
entry ini pasal review celak putih,bukan sesi aduan rakyat si gadis takut menjadi tua..
FINEEEEE!

AMARAN !!!
saya review berdasarkan pengalaman guna.
semua dah tulis kat entry ini.
harap pasnih takde yang mesej dan komen tanya macam2 kat saya 
macam saya pemilik jenama ni =.="
pastu tanya soalan yang mana jawapannya dah ada kat entry ni.
lain orang,lain kesan dan kepuasan guna ok.
saya pulak jarang chat2 atau mesej2 walaupun online fb,
jadi maaf kalau saya sombong..hihi..

 essence white eyeliner.
RM4.90
boleh beli kat watsons.

sebenarnya ada seorang kakak jurusolek yang rekemen jenama ni kat saya.
dia ada blog tapi sesumpah saya tak hingat langsung dia punya link dan nama blog..
biasalah..bakal jadi tua..=.="

> jenis pensil tapi tekstur berkrim dan lembut sangat2.

> senang nak garis mata sebab lembut.

> kaler pekat.kat waterline pun senang je lekat.takyah nak pakai tenaga
kuda pi tenyeh menatang nih.

> agak tahan.takdelah sapu je kejap dah hilang.
tapi takdelah tahan satu hari tu senah oiii...
tapi lebih tahan dari jenama2 lain yang saya guna.

> kena hati2 guna pensil nih sebab dia lembut.
kadang2 dia melekat time kita sharp atau patah time kita garis mata.

> kaler betul2 putih pekat.bukan jenis berkilat ke,kaler krim ke hape ke...


meh tengok hasil saya pakai.

 ini saya tak tenyeh pekat2 pun..
garis nipis2 ja.nampak terang kan?

ni mekap untuk tutorial pink vintage makeup.
saya guna celak putih tu kat waterline.

nak tau tuto mekap camnih?

like fanpage saya kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.