tips untuk kulit yang berjerawat.

Assalamualaikum..

kalau kulit awak2 semua ada jerawat jangan nak stress2 sampai hentak2 kaki..
hentak kepala lagi tak digalakkan..jangan..jangan..


jerawat? jangan jadi annoying macam budak dalam gambar ini..
*gambar lama tuh =.="

sekarang saya mahu share jaga kulit yang berjerawat.

TIDAK BOLEH DILAKUKAN:

1) jangan pakai bedak,fondation dan lain2 mekap.
kalau pakai juga kulit tertutup,masalah jerawat semakin teruk 
dan proses menyembuhkan jerawat menjadi lambat.

*orang selalu nak pakai mekap tebal2 untuk tutup jerawat tu,
tapi sebenarnnya itu adalah salah.
kecualilah awak ada majlis penting macam kawen ke,terpaksa lah cover dengan mekap.
tapi mekap tak dapat tutup jerawat yang timbul ok !
boleh disamarkan saja terutama untuk nampak cantik dalam gambar..

2) jangan sentuh jerawat dengan jari.
jari mempunyai bakteria sendiri.kalau sentuh kang jerawat akan menjadi semakin teruk.

3) jangan picit jerawat.
bakteria dari jerawat yang pecah akan membuatkan jerawat merebak dan naik lagi banyak.
malah kesan dipicit tu akan jadi parut,lubang,merah2,membengkak dan jadi radang.

4) jangan guna produk kelupas.
kulit akan jadi pedih dan bertambah teruk.

5) jangan guna produk yang berminyak.
nanti jerawat akan naik lagi banyak.
kalau pakai sesuatu produk tu dan kulit awak jadi berminyak,
cepat2 stop ok.

6) kurangkan makanan yang tidak sihat dan berminyak.
ada sesetengah orang tak boleh makan makanan laut dan kacang.
kalau itu buat muka awak naik jerawat,cuba elakkan ok.

7) jangan malas cuci dan merawat kulit ok.
kulit kotor akan mudah ditumbuhi jerawat.

8) jangan stress.terutama stress akibat selalu fikir pasal jerawat nih.
ini memang terbukti.saya pun pernah alami.
lagi fikir bab jerawat,lagi teruk dia naik.

9) elakkan produk yang berminyak,terlalu berkrim,berbedak,
buat kulit jadi tegang lepas cuci dan yang menutup permukaan kulit.

10) jangan guna banyak jenama produk dalam masa yang sama.

YANG PATUT DILAKUKAN:

1) rawat kulit guna produk yang khusus untuk jerawat.

2) sebolehnya pilih produk yang mengandungi bahan natural
seperti tea tree dan lain2 yang lembut.

3) makan banyak sayur dan buah.
memang terbukti sayur dan buah mampu menghilangkan jerawat
terutama semasa proses penyembuhan ini.

4) bersukan.hormon akan menjadi stabil.
hormon juga bersangkut paut dengan masalah jerawat.

5) ceriakan diri.
kalau kita ceria,tenang, dan tak kisah pasal jerawat..
perlahan2 hormon berubah dan masalah jerawat berkurangan.

6) pastikan kulit muka sentiasa bersih.
cuci,pakai toner,pelembab dan produk untuk merawat jerawat seperti
gel atau krim sekurang2nya 2 kali sehari.tapi pastikan semuanya khusus untuk merawat jerawat.

7) sabar..kene sabar untuk merawat jerawat.
bagi masa untuk kulit pulih.

8) dari pengalaman orang sekeliling dan diri sendiri,
jenama yang bagus untuk hilangkan jerawat ialah jenama
simple,clean & clear,clinelle, dan oxy.

ok dah ingat apa lagik tipsnya haha..
tapi ini semua lebih dari pengalaman sendiri sebab dulu pernah sekali
muka saya naik jerawat yang sangat teruk.
sampai nampak macam campak.
besar2,banyak dan hitam ok.
dah la tak pernah jadi jerawat,tiba2 jadi mestilah panik..
tapi sebenarnya buat tak tahu,terus rawat dan tak pakai mekap
dalam tempoh itu sangat membantu..
jadi selamat mencuba ya..

like fanpage kalau sudi..
ada kat sidebar atau boleh cari kat www.facebook.com/zoeyzauyah.blogspot.com

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.