Meh nak share pasal penyakit saya ASD PULMONARY HYPERTANSION WITH EISEMANGERS.

Assalamualaikum...

hari ini bajet doctor.
nak setori pasal penyakit saya.
tak.bukan nak minta simpati ke bantuan ke hahaha..ceh berlagak.
cuma nak share je sebab rasa macam nak share.
bukan semua orang tau pasal sakit ni pun tapi berharap 
saya akan citer secara hebat macam doktot tu semua.
itu haku sendiri pun pening..hahaha...
saya citer dari pengalaman dan cara yang senang nak paham.
saya akan citer sikit2 ye..
sumbat semua satu entry kang pengsan kauorang semua hahaha..
ASD PULMONARY HYPERTANSION WITH EISEMANGERS.
tapi senang cerita jantung berlubang dan paru2 tekanan tinggi.
 CAMNIH BERMULA...
bermula dari jantung berlubang je.
jantung berlubang selalunya dah jadi waktu kita dalam perut mummy 
*cehhh sebut nak mat saleh je hahaha..
saya dapat tau ada jantung berlubang time kecik2 dulu.
doctor bagi surat pergi check kat spital tapi mak bapak buat dek je..
saya lagilah buat dekkk pasal saya sihat dan kuat 
*iklan milo.

serius saya kuat sampailah umur 18 tahun.
saya nak pergi plkn.
time tu takyah check-up,tapi saya gedik nak buat medical check-up.
last2 tengok x ray jantung saya dah bengkak.
cancel plkn haku..ingat lagi nak ubatkan hati time tu
pergi makan kfc dengan kakna pastu buat sepek mata baru hahaha..
tapi tak sedih pun..hati batu betul budak nih.

bermulalah aktiviti melancong ke spital seluruh malaysia..
saya  kene buat macam2 test.
tapi tak best bila hospital kerajaan nih hantar saya pi sana,pi sini.
temunjanji 2,3 bulan sekali,ambil masa padahal just check sikit2 dan buat benda yang sama.
antara spital yang saya kena pi time tu ialah spital
kulim(baru dan lama),s.petani(tapi saya tak pi),a.setar,seberang jaya dan penang(last sekali).
semua ni ambil masa 1 tahun ulang alik tau !
 mula2 doktot cakap saya boleh bedah then sihat..
yeaaa.. tak takut langsung sebab fikir nak sihat je.
dalam tempoh 1 tahun dan bila mula ambil ubat badan saya dah makin
teruk...saya tak kuat dah.
selepas 1 tahun saya jumpa pakar jantung kat a.setar.
pastu ada benda saya takleh buat..kene pi penang.
kat penang saya buat macam2 test.
 last2 saya takleh bedah sebab teruk dah.
dah effect ke paru2.
then depa hantar saya ke ijn..
kat ijn saya diberitahu yang saya takleh dibedah,takleh buat apa dah.
siap ada jangka hayat lagi.
 sampai sekarang saya ulang alik ijn.
ini baru citer camne saya boleh tau pasal sakit ini.
entry nanti saya bagitu terperinci
simptom2,sakit yang macam mana saya rasa,pengalaman  dan lain2.
 percaya tak saya pernah duduk atas kerusi roda ja pastu takleh bercakap.
nanti saya cerita ok.

like fanpage saya kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah..amin.

tenkiu.