Review Garnier BB Cream

Assalamualaikum..

saya tak pernah tertarik nak pakai BB cream.
pasal apa? pasal kulit ada cela macam saya ini bukan takat BB cream,
buaya cream pun tak jalan uollss..

hari itu pergi watson tetiba teringin nak beli.
tapi belum beli..balik rumah pikir2,makan,tido sambung pikir lagi
pastu ulang benda yang sama sampai haku pun pening weh !
last2 hari tu pergi watsons lagi terus sambar.
tu pun nak pikir lagi,nasib baik jejaka peneman saya tu rushing,
terus ambil dan pergi kaunter..semudah 1,2,3 tak sempat nak pikir apa dah.

esoknya terus try pakai.
meh tengok apa hasilnya meh.

AMARAN !
saya review dari pengalaman guna.
harap takde yang tanya2 lagi macam saya adalah pengeluar produk ni.
lain orang,lain kesan dan pengalaman guna.
semuanya saya tulis kat sini k.

gambar takde edit bagi kulit flawless ke hape.
kalau nampak ok pun sebab setting kamera tu punya kerja.
saya cuma tambah watermark saja.
ada gambar yang blur sebab ambil guna henpon.

saja eh nak letak gambar ni mula2.

Garnier BB Cream.
KIRI: packaging produk.
KANAN: tekstur produk.

> harga RM19.90 tapi saya beli time promosi RM17.90.

>20gm tapi macam sikit sangat produk dalam tu.

> boleh beli kat mana2 pasar raya,farmasi,watsons dan guardian.

> KATA PENGELUAR:
pelembab BB pertama garnier memberikan kecerahan yang menakjubkan
dengan hanya 1 langkah kulit terlihat cerah merata.
diperkaya dengan pati lemon asli yang mencerah dan membantu eksfoliasi.
spf26/PA+++ membantu melindungi dari sinar UVA dan UVB.
pigmen mineral memberikan hasil semulajadi yang tahan lama.
bebas minyak dan pewangi.tidak menyumbat pori,sesuai semua jenis dan warna kulit.
diuji dermatologi dan diuji untuk anti alergi/alahan.

dari awal pemakaian kulit terlihat:
1.lebih berseri. 2.lebih rata.
3.bintik/tompok hitam berkurang. 4.ketidaksempurnaan berkurang.
5.kemerahan/keradangan berkurang. 6.lebih halus/lembut.
7.lebih lembab. 8.garis halus berkurang.
9.pori2 disamarkan/kurang ketara. 10.nampak bercahaya.

PENGALAMAN SAYA GUNA:
> saya pakai nih kawan2 kata kulit nampak gebu dan cerah.
siap puji2 kata cantik auwww..
jejaka peneman saya pun puji cakap kulit muka nampak cantik.
ini lagi laaa haku auuwww..

> ada bau tapi tak kuat.

> tekstur krim cair macam fondation jenis cecair.

> hasil yang ringan.

> kulit nampak cerah tapi lama2 nampak biasa ja.

> kulit nampak bercahaya.kira glowing2 lah.

> kulit nampak licin dan sihat sebab ada effent glowing kan.

> bila sapu kat kulit rasa macam minyak2,lembab2 gitu.

> tak berminyak.

> cela,parut,kemerahan dan warna tak sekata tak dapat ditutup
dengan sepenuhnya sebab dia bagi hasil litupan yang ringan.

>produk dia macam sikit sangat.
saya picit tak keluar,ketuk2 pun tak keluar.
pastu picit dan ketuk lama2 baru dia nak keluar.
macam kita dah pakai separuh padahal baru je beli.
kalau cair sangat pun takkan camtu kan?

> bila dah lama2 pakai bercampur peluh dia jadi kusam sikit.
rasanya ini normal.pakai fondation pun akan jadi camni gak.

> cara pakai senang je.
titik kat dahi,hidung,kedua belah pipi dan dagu.
pastu ratakan seluruh muka guna jari.
selalunya saya akan pedap2 semula guna sponge sebab nak bagi lebih rata.

> kalau nak,boleh samarkan lagi cela guna concealer dan pakai bedak debu atau padat.
saya guna bedak pixy.

Gambar tak edit kecuali tambah watermark saja.

KIRI: sebelum.tak pakai apa2 mekap lagi.
warna kulit tak sekata,ada merah2 dan bintik2.

KANAN: selepas pakai Garnier BB Cream je.
belum pakai concealer dan bedak.
 rasa macam pakai pelembab je.
merah2,warna tak sekata dan bintik2 disamarkan tapi tak sepenuhnya.

gambar tak edit kecuali tambah watermark saja.
gambar ni saya dah pakai dengan concealer dan bedak pixy.

 KIRI: 
guna kamera yang disetinggkan.
ini sejam lepas pakai.
nampak gebu dan cerah.kawan2 puji uollss...

TENGAH: 
ini kamera normal.takde setting kasi gebus ke hape
tapi masih nampak gebu kan? yang penting nampak natural.

KANAN:
ini lepas 5 jam pakai.
dah campur peluh yang dasyat.
dia jadi kusam sikit tapi sikit je.
cela2 pun dah mula nampak semula tapi tak bape jelaslah.
rasa macam minyak sikit kat hidung.tapi sikit gak.
takde lah sampai kene lap teruk2 dengan tisu ke hape.

apa yang saya leh cakap,tak rugilah beli mende nih.
macam saya yang jarang pakai BB Cream,boleh je pakai sebagai makeup base.
kalau jenis orang yang suka mekap nipis2 tu sangat sesuai pakai jenama ini.
kulit nampak cantik.

like fanpage saya kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.