makan gambar..erk?

Assalamualaikum...



secara tiba2 saya terjumpa komen dari siapa entah
kutuk2 gambar saya.
katanya "comel tapi semua edit"
dan satu lagik dia jugak yang komen "kat luar tak camnih pun"
dan ada pula yang pernah kata "edit sampai tak nampak hidung"
HAHAHAHA...ok cukup gelak..kang tercekik air liur sendiri
memang tak pasal2.



perasan ke idak eh..saya selalu bagitahu saya takde edit teruk2 kat gambar saya.
sebab apa? sebab kamera saya sangat hebat dan power.
ada gambar yang saya edit,tapi selalunya saya deepkan kaler sahaja.



muka flawless? mata bulat gedabak sebesar bola sepak takraw?
takde..takde..tak pandai buat semua tuh.
potosop pung bengap sampai hari ini belum pandai nak guna.
minta cce ajarkan,sekali cakap terus dia potpet2..
berlalulahsudahramadan..hahha eh lempang sikit..
tak..tak..berlalulah saya membelahkan diri tak jadik nak minta tunjuk ajar.



serius saya tak pernah cakap saya ini cantik atau comel gila kat luar.
saya biasa2 je.tak macam dalam gambar sangat.
dalam gambar sangat lain sebab effect mekap dan camera settings.
dan kawan saya juga selalu cakap saya jenis yang makan gambar..
hey takyah la bayangkan saya kunyah2 gambar tu semua..
sembelit haku setahun kahkah...
ini makan gambar yang maksudnya muka nampak cantik dalam gambar berbanding di luar.



 ditambah pula effect gaya buat2 comel..PUIII ! bhahaha...



mekap 14 inci? mekasih..saya adalah si tukang mekap..
mesti nak mekap2 punya..tunjuk contoh kat bakal customer semua..
ye mekasih..hahha eh kau dah kenape? macam terima award ke hape tah.




hidung tak nampak,kulit gebus flawless gila bukan sebab edit tapi sebab kamera punya settings.
"kamera..saya sayang kat awak"
*minta2 bf tak baca nih...kang dia pikir saya buang tebiat ke hape.


 
ini muka takde mekap langsung dan kamera pun guna cap henpon samsung saja.
takde edit,takde setting macam kamera sonyku itu..



saya adalah yakin dengan diri sendiri.
kalau tak,takdelah sibuk2 nak bubuh gambar sebelum dan selepas mekap
kat blog dengan fb.



motifnya kat sini..
tak suka jangan tengoklah deyyy.. thambi!
minta maap pakcik thambi..terguna nama pakcik pula..
(berlari anak sorok muka dalam perigi).



like fanpage saya kalau sudi


klik nuffnang nak bedah..amin.


tenkiu.