penyakit episod 2.

Assalamualaikum...

sambung balik..

umur 18 tahun nak pergi plkn.
budak ini exited nak join plkn.dapat pulak kem kat langkawi.
owh itu kem tercantik di malaysia waktu tu.


menambah over eksaited diriku itu,
saya sibuk2 nak buat medical check-up walaupun time tu belum
wajib untuk buat.


the result is...
failed senah oiii..nak ulang lagi ayat kekecewaanku itu?
FAILED..ertinya gagal.


tengok kat x ray jantung saya dah bengkak.
maaflah,doktot yang tengok bukan saya.
kalau saya tengok pastu paham apa itu hasil x ray baik
haku medical check-up diri sendiri saja hahahaha...


saya dirujuk ke hospital baru kulim.
ini bukan rujuk selepas bercerai..hey pahamlah,ini bab hospital bukan
bab hubungan.foineeee...T_T


jumpa pakar 3 kot.pakar jantung.
ambil berat,ukur tinggi dan tunggu giliran secara bersabar.
ramai la hoi !


jumpa doctor tanya sejarah keluarga,simptom dan macam2.
lepastu 3 bulan lagi jumpa semula then ambil darah.
buat benda yang sama je tiap kali temujanji.


pastu saya kene pergi hospital seberang jaya untuk buat echo
iaitu scan dada macam scan baby dalam perut ibu mengandung.
buang semua baju kita then pakai baju yang depa sediakan.
baju besar dan labuh dan bertali..eh explaint pulak haku nih.


baring dan ikut je arahan depa.
kadang2 kene mengiring lah,letakbantal kat belakang lah,
langut(mendongak) dan macam2.
mula2 letak jeli kat bahagian nak discan tu,
pastu depa akan scan kat dada,tekak dengan perut.
kena tahan bila dia tekan2 time scan tu sebab kadang2 rasa sakit.
sikit je lah..tolong jangan nak mengada sangat eh haha..
kadang2 depa akan buka bunyi.boleh dengar bunyi jantung berlubang yang very the peliks.


kemudian depa akan print gambar2 yang discan tadi dan buat report
untuk doctor tengok.
macam saya nih ambil semua then bagi kat doctor kat kulim pulak.
hey apesal tiap2 hospital gov takde semua peralatan ha?
tekdelah kene ulang alik pi sana sini.
sekali temujanji ambil masa 2,3 bulan untuk buat benda kecik2 je.
membazir masa kan? haaa tengok,kan dah bebel.


 saya kene ulang alik kat hospital dan buat benda2 macam
x ray,ambil darah,check biasa2 tu semua selama 1 tahun.
buat benda yang sama je.


sejak mula jumpa pakar jantung saya dah mula diberi ubat.
ubat untuk kencing,ubat hape tah dan pil garam.
tak tahu apa motifnya.dari mula2 ok kuat sihat,terus makin lama
makin lemah..betul2 macam orang sakit..
ubat kencing tu lagi hampes...asik nak kencing dan buang air je.
naik kereta berjalan jauh memang seksa.


dalam tempoh ni antara hospital yang saya kene pi ialah
kulim,s.petani(saya tak pi),seberang jaya,a.setar(hospital lama) dan penang(penang ini last sekali).


waktu ini doctor cakap saya masih boleh dibedah.
lepas tampal saya boleh ok semula.
kalau hospital baru a.setar siap awal,saya akan dibedah kat sana.
kalau tak,saya kene bedah kat penang.


last saya kene pi hospital a.setar jumpa pakar jantung dari penang.
katanya nak buat prosuder yang dipanggil TOE hape tah.
TOE ni masukkan wayar berkamera melalui mulut sampai ke jantung kot.
tapi bila jumpa pakar tu cakap saya tak sesuai buat.
jadi dia buat surat minta saya masuk hospital penang selama 3 hari untuk
buat prosuder lain iaitu engiogram
prosuder nih masukkan wayar melalui paha sampai ke jantung.
ini bukan bedah..baru nak check lubang dan keadaan jantung je.


tempoh 1 tahun nih kedaan saya berubah.
dari sihat dan kuat secara mengejut saya jadi makin lemah.
berjalan je rasa sesak nafas dan penat.
takleh solat berdiri macam biasa.kene solat duduk.
takleh buat kerja kuat2 macam selalu.asik tak larat je.


makin teruk bila dalam tahun yang sama saya eksiden.
jatuh moto time balik kerja tengah hujan.
nak elakkan orang lintas jalan saya break mengejut.
motor dan saya terseret atas jalan sampai keluar percikan api.
selipar putus 2,seluar terkoyak.
kereta belakang yang tolong saya.sorang cina dan sorang melayu.
kedit habis,depa yang tolong call bapak saya.
lepas pi hospital settle semua saya terbaring lama kat umah  uolllsss..
kaki teruk.lutut berlubang,kaki luka teruk,pastu jadi nanah pulak..
habis lekat parut sampai skarang.
setahun kemudian berubat cara tradisonal baru saya tahu
rupanya tulang belakang saya dah lari sikit dari kedudukan asal.
ini semua akibat eksiden tu..setahun i tak tahu senah =.="


lepas eksiden saya jadi makin teruk.
suara hilang.orang tak biasa dengar akan rasa pelik bila saya bercakap
jadi saya banyak diam.
lama jugak macam nih.bukan sebulan dua tapi makan tahun ok !


lepas ni saya akan citer lagi.
pengalaman dan test saya kene buat kat hospital penang pulak.
 tunggu ye sebab ini macam permulaan kepada perubahan hidup saya.


like fanpage kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah.amin.

tenkiu.

33 comments:

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hmm bad experiences..

cik chinta said...

sebalik senyuman, tak sape tahu apa kite rasa dan lalui kan?

hunny_bunny___chumutt said...

dalam tawa ade tangisan. .
:'((
cabo3x

nabila azmi said...

hai..zoey kuat..insyaallh...kite doakan jugak ...kuat tau...muaxxxx ..flying kiss cikit=)

iyka syafika said...

semoga zzy shat nnti..amin..
n dah tekan ur iklan sbb i nk sgt u shat walafiat.

lovebliss said...

zoey..br2 ni ayah sy masuk hosp.at first doc ckp kene buat bypass tp lps masuk kamera melalui paha tu check2 dah xde..tp bkn la hilang sepenuhnya..skrg dia dah kluar hosp..tp sejak blk ni dia byk tdo..senyap..xbyk ckp..xnk mkn..bile tanye dia x nk jwb..sy dan adik beradik risau..dia dah x seceria dulu...ape agak nye perasaan berada di situasi gitu ek..

Shu Shinju said...

kesian kamu.... be strong k...;)

Nurul Husna Mohd Hassan said...

luaran nmpk hepi, dlmn tuan bdn je tau. kuat zoey kuat :)

Juliet_iRa~" said...

zoey tabahnya hati awk..

mmg perit la kan tbe2 dpt tahu ada skit mcm ni..

dgn eksiden lagi..xtau apa y awk rs tp turut rs sedih..

smoga semakin kuat dan tabah!

:)

aniswany said...

berat mata memandang
berat lagi bahu yg memikul en...
zoey kuat ! ;')

zOeY zAu YaH said...

saizuan: tu yg brharga tu hehe

zOeY zAu YaH said...

cik chinta: iye lah..

zOeY zAu YaH said...

hunny: hhehe biasa ja.thanks.

zOeY zAu YaH said...

nabila: thanks.

zOeY zAu YaH said...

iyka: hehe iklan tu saje je tulis gitu.konon org baca cam doa lah haha..mekasih tau.

zOeY zAu YaH said...

lovebliss: ssh hati,down,tekanan,atau menahan rasa sakit.org sekeliling kene happy2 depan dia.so dia pelan2 akn rasa happy gak dlm hati.teknanan mmg x bgus.kene bwk kuar gak gi jln2 ke kasi dia happy n fkr hal lain selain sakit.saya penah rasa,so saya blh agak apa yg dia fkr.semoga ayah awk sembuh..amin..

zOeY zAu YaH said...

shu: insyaallah..thanks.

zOeY zAu YaH said...

nurul: time sakit je tak happy haha..thanks ya.

zOeY zAu YaH said...

juliet: perit gak time tu..tp jap je.thanks ya.

zOeY zAu YaH said...

aniswany: thanks ya..

Cik Eka said...

kita tunggu..smoga kuat smnagt yer

zOeY zAu YaH said...

cik eka: thanks hehe..

elyna mirsada said...

be strong zoey..ely doakan zoey sht sht slalu.

zOeY zAu YaH said...

elyna: amin..thanks.

miss niedNied said...

be strong kak zoey ... dugaan utk akak :(

Misya Mialen said...

siannya. tabahkan hati yea.insyallah, sis doakan yg terbaik utk u.

LidiaSuraya said...

Kuatkan semangat k? Apa yg datang sure ada hikmah nya.. Take care zoey

Feza said...

you're a strong girl. and cute too. hihi

✿ pink velvet ✿ said...

suke baca kisah cik zoey ni, bkn suke sbb ape, suke sbb tgk ketabahan cik zoey ... slame ni dok ingat cik zoey takde pape, skali bace, nahh ... mcm nak menitik air mata

zie_ira said...

tabah ny ZZY :) ,semoga ZZY kuat n sihat2 sentiasa ye ,insyaAllah ^^,,

hei2,ira da update blog laa,hehe

Reensyarinie said...

cik zoey..awk sangat kuat..saya kagum :)

♥ zatieebayim ♥ said...

semoga sembuh ye cik zoey :')

hatiAMIRA said...

time ni sis dah ade encik papa ke belum ?