Penyakit penghapus dosa,kewajipan solat walaupun sakit,adab menziarahi orang sakit,kisah Nabi Ayub,pengalaman penulis dan hikmah disebalik sakit,

Assalamualaikum..

saya mahu share artikel yang saya baca di surat khabar.
rasanya boleh memberi kekuatan bila kita sakit atau ada orang terdekat yang sakit.
ada jugak cerita mengenai pengalaman penulis,
kewajipan solat walaupun sakit,kisah nabi dan adab menziarahi orang sakit
(jangan ingat menziarahi sekadar menunjukkan muka kat orang sakit
macam kebiasaan sekarang ini...tak ye..).


sumber: Harian Metro nukilan Amie Sofia Ahmad.


diuji dengan demam dan batuk menunjukkan ia adalah peringatan dari 
allah SWT untuk menilai hambanya.


dianugerahkan kesibukan menghimpit,dan masa padat,
allah turunkan kesakitan yang seharusnya dianggap positif iaitu
ingin memberi kita rehat dari aktiviti berpanjangan.


kedua,bertujuan menyedarkan hambanya bahawa sehebat,sekuat,dan aktif mana pun kita,
dia lebih berkuasa dan ia juga penghapus dosa 
seperti mana sabda rasullulah SAW:
daripada Abu Said al-Khudri RA dan Abu Hurairah RA:
"tidak menimpa seorang mukmin satu penyakit yang berpanjangan,
kepayahan,kesakitan dan kesedihan malah dikacita,
melainkan dihapuskan sebahagian dosanya." (riwayat al-bukhari dan muslim).


teringat memori jatuh sakit bersendirian ketika menuntut di bumi anbia
apabila teman seperjuangan belum pulang daripada tanah air.
terpaksa menjalani pembedahan kecil akibat ketulan di mata(calaxion),
bersendirian menguruskan diri tanpa ibu di sisi.
berkat doa yang maha esa dan keluarga,
syukur dia datangkan pertolongan menerusi teman berhampiran yang menjenguk
saban hari bersama bekalan makanan.
moga allah memberkati mereka atas pertolongan itu.


Allah berfirman bermaksud:
"apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan(saja) mengatakan
'kami sudah beriman' sedangkan mereka belum diuji?
dan sesungguhnya kami menguji orang yang sebelum mereka,
maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang yang benar
dan orang yang dusta." (surah al-Ankabut,ayat 2-3).


oleh itu muhasabah diri,
usah dicela penyakit yang datang,
sebaliknya mengangap ia sebagai peringatan kerana
sesungguhnya kita mudah leka dan alpa.
peringatan itu bukan bermakna diri kita diabaikan,
tetapi ketahuilah hakikatnya Allah memberikan perhatian kepada hamba-Nya,
bukankah ia satu kemuliaan?


dalam menahan kesakitan,saya teringat kejadian menziarahi saudara
di hospital yang membuatkan hati inin kesedihan.
bukan kerana mereka ditimpa ujian tetapi kealpaan
dan kurangnya kesedaran kenapa didatangi penyakit itu
sekaligus mengabaikan solat.


bukankah kita diberi keringanan mengerjakan ibadat ketika sakit
seperti solat duduk bagi yang tidak mampu berdiri,
solat berbaring untuk tidak mampu duduk bahkan solat menggunakan
isyarat mata? ini menunjukkan tuntutan itu wajib dilakukan biarpun sakit.


kita mengadu dan meminta kepada Allah supaya disembuhkan segera penderitaan,
sedangkan kita lalai,mengeluh serta mengabaikan suruhan-Nya.


Allah berfirman: "dan apa juga bencana,kesakitan yang menimpa kamu,
ia adalah daripada tangan kamu sendiri(daripada perbuatan salah dan dosa) 
dan (dalam masa yang sama dikenakan bencana dan sakit) Allah mengampunkan
sebahagian besar dosa kamu."
(surah Asy-Syura,ayat 3).


inilah saat untuk kita merenung dan muhasabah diri 
atas dosa serta kesalahan dilakukan ketika sihat.
moga rasa sakit dialami membawa kita lebih dekat
kepada pencipta,banyakkan berzikir mengalunkan cinta kepada Allah.


selain ingatan kepada pesakit,
pelawat perlu mematuhi adab ketika menziarahi orang sakit,
termasuk jangan terlalu lama kerana ia boleh menganggu.
kedua,sentuh dan pengang tangannya,kemudian letakkan di dahi 
seraya bertanya mengenai keadaannya.
kemudian,doakan supaya pesakit cepat sembuh dan ceriakan
penderitaan mereka dengan menceritakan kelebihan,
kesusahan dialami Nabi dan sahabat,sekali gus menghilangkan gelisah.


berikan kata-kata hikmah kepada pesakit.
jangan menjamah makanan yang dihadiahkan kepadanya
kerana ia mungkin menghilangkan pahala ziarah itu.
terakhir,pelawat digalakkan membaca doa bermaksud:
"ya Allah ! hilangkanlah penyakitnya,wahai tuhan bagi
manusia sembuhkanlah, engkaulah yang menyembuhkan,
tidak ada sembuhan melainkan sembuhan daripada-Mu juga,
sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit".
(riwayat at-Tarmizi).


menyingkap kisah Nabi Ayub yang sabar diuji melalui
angkara syaitan memusnahkan harta kekayaannya
sehingga menjadi fakir,mencerai-beraikan keluarganya hingga bergelar sebatang kara.
ditambah pula penyakit kulit yang teruk dan pelbagai penyakit lain
hingga baginda menjadi sangat kurus,malah isteri dikasihi
turut meninggalkannya lantaran termakan pujukan syaitan.


tinggallah Nabi Ayub sendirian dalam kesakitan,
namun baginda tetap tabah kerana yakin dan beriman bahawa Allah sentiasa bersamanya.
lalu Allah berfirman:
"dan(sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub,ketika dia berdoa merayu tuhannya
dengan berkata:
sesungguhnya aku ditimpa penyakit,sedang engkaulah saja
lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.
"maka kami perkenankan doa permohonannya,
lalu kami hapuskan penyakit menimpanya serta kami kurniakan kepadanya:
keluarganya,dengan seganda lagi ramainya,
sebagai satu rahmat daripada kami dan sebagai satu peringatan
bagi orang-orang yang taat kepada kami(supaya bersabar dan mendapat balasan baik)."
(surah al-Anbiya, ayat 83-84).


betapa Allah mengangkat darjat hamba yang bersabar
tatkala diuji kerana dugaan itu menjadi kayu pengukur
ketabahan dan kesabaran kita.
bersama-samalah kita rebut peluang ini walaupun diri menanggung derita,
kerana syurga menanti kita.

:')


minta maaf kalau saya tersalah tulis atau apa ya.

like fanpage saya kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.

21 comments:

nabila azmi said...

sgt muhasabah diri...time kasih tau=)

ikafantasi said...

sgt b'guna

Phat said...

nice sharing ZZY

jemput singgah

http://phatthegreat.blogspot.com/2012/03/cerita-tentang-nur-syaza-sofia.html

AIRA said...

tersentuh..kadang2 kita selalu merungut bila sakit...T_T

nuruashia said...

penyakit tu adalah medium ntk Allah uji kite..DIA nk tgk kte tbh n redha ke x..anai kite tbh, syurga tmpatnyee

Mizz ErMa said...

so, moral of da story is..ingatlah, kita hanyalah insan yg kerdil d sisi Allah..=')

Feza said...

nice post.

Akulah Pak Lan said...

sekali sekala baca insap plak rasanya

zOeY zAu YaH said...

nabila: sama2 kita muhasabah setiap kejadian yg menimpa kita ok =)

zOeY zAu YaH said...

ikafantasi: thanks.

zOeY zAu YaH said...

phat: tq.

zOeY zAu YaH said...

aira: tu lah kan...kita kene selalu la ingat hikmah2 ni semua kan.

zOeY zAu YaH said...

nuru: ye...

zOeY zAu YaH said...

mizz: btl tu..dan disayangi juga sbb tu dia bg ujian.

zOeY zAu YaH said...

feza: thanks ya.

zOeY zAu YaH said...

apl: sgt2 hehe...

♥e'in♥ said...

nice sharing awak.. :')

Magic Chic said...

Thanks Zoey berkongsi manfaat ini utk renungan bersama. Rasa sedih bila org pernah tanya Kak Sham, penyakit akak ni berjangkit ke? Itu yg ditanya apabila melawat akak sakit. Time sakit pelbagai ujian lain melanda selain ujian sakit. Akak doakan kita sama2 sihat.Amin...

LidiaSuraya said...

Timbul rasa insaf dlm diri.. Huhuhu tq sharing

Juliet_iRa~" said...

apa2 pon kembali kepada fitrah dan sentiasa igt pada Allah yang mencipta kita..insya-Allah setiap y berlaku pasti ada hikmahnya..:)

Nora_Aniza said...

bagus cik zoey..