Review Maybelline the falsies mascara

Assalamualaikum....
Dulu tertengok video minah saleh mana entah kat youtube
guna maskara ini..dalam hati "wow hebat"
sambil bercita2 nak beli seketul tapi kat malaysia takde pun..


Tak lama lepas tu terjumpa dan tertest sekali maskara ini kat watsons.
maybelline bagaikan mendengar suara hatiku saja..
dan2 jual mende nih kat malaysiaku tercinta hahaha...eksaited nyahhh..

time tu tak beli lagi.bajet tunggu buat promotion harga runtuh macam durian runtuh
tapi orang eksaited nih dah mimpi2 hape kejadahnye pun tak tahu
last2 beli jugak dengan harga asal..padahal tak beli mula2 tu sebab taknak bazir
amalan syaitan,maskara kan ade lagi kat rumah...isk2..


 Packaging: botolnya seperti ini.kalernya ungu nak pink2 sedikit.


Pandangan sisi: berusnya sedikit melengkung.ada fungsinya.
cara pakai bukan macam kebanyakan berus maskara melengkung tu.
sila jangan salah faham.


Pandangan hadapan: ini bahagian hadapan berus yang melengkung tadi.
guna yang ini untuk berus bulu mata.


Tekstur berus: teksturnya semacam ini.kasar2 dan rapat2.

 Tanpa ketip+maskara: bulu mata saya kontot2 pasal hari tu terputus time ketip
dengan pengetip bulu mata murahan.padan muka haku T_T


Ketip+maskara mata kiri: ini saya guna banyak lapisan maskara.
suka effect dia kat bulu mata bawah.


Ketip+maskara mata kanan: ini lebih banyak lapisan maskara..
over senah..


* kalau ketip dan pakai hanya 1,2 lapisan saja effect melentik tu macam kebanyakan
maskara juga.maksudnya kat sini kesan lentik tu biasa2 je..
eleleh...bajet jadik translator.


* kesukaan saya adalah pakai tebal2.
4,5 lapisan sampai puas hati nurani HAHAHAHA...ini gelak puas hati.
jadi kesan melentik lebih nyata lagi ditambah kesan tebal.
agak mables..


* ketul2 bergumpal itu biasalah.
nama pun dia bagi kesan ala2 bulu mata palesu.
tapi bagusnya maskara yang satu ini dia takde luruh serdak2
kesan maskara kat dalam mata.


* kalis air.maskara saya wajib dari jenis kalis air
sebab saya mudah menangis.tak caya sila tanya papa saya(cehh tetibe).
bila menangis takde lansung effect hitam atau maskara luntur dan luruh.
takyah risau kalau nak meraung..
memanglah takyah risau,meraung pakai mulut bukan mata HAHAHA..
eh lempang sikit.


* keler hitam pekat dan ianya marbeles.
tahan lama juga.


* bab sapuan memang kena jaga.
selalu bila pakai asik nak comot2 je.terutama pakai kat bulu mata atas.
tak tahu sebab tekstur berus atau bentuk berus.


* harga rm35.00 kalau tak salah.
beli dekat watsons.


* ada bau sikit tapi tak kuat.


keseluruhan agak puas hati.
tapi takdelah sampai betul2 nampak macam pakai bulu mata palesu.
ini je maskara yang saya guna sekarang tapi takleh lawan
maybelline cat maskara..itu terpaling saya suka.



saya dengan hasil pakai maskara falsies.
kelip pok kelip pok mata haku senah =.="
muka over putih apesal? isk2..


like fanpage saya kalau sudi.

klik nuffnang nak bedah..amin..

tenkiu.