Facial cara tradisional.D.I.Y facial scrub,D.I.Y facial mask,D.I.Y eyemask.

Assalamualaikum...


percaya atau tidak dah beberapa tahun tak beli masker dan scrub
yo yo ooo kat pasaran tu.
ini serius..baheklah..akan membeli yang baru nanti sebab macam kasihan
kat diri sendiri je kan takde menda2 yang penting untuk kaum perempuan itu.


tapi..tapi..tapi..
jangan ingat saya tak jaga langsung bab2 itu ya kawan.
sia2 belakalah pengalaman kerja salun dolu2 kalau saya buat deeekkk je
kat muka sendiri.
facial itu perlu..dah makin kertu nih haaa..mesti jaga lebih sikit.
lambat lagik i nak kawen nyah...*tetibe.


jadi saya sangat rajin membuat scrub dan masker sendiri.
guna bahan2 yang sedia ada kat rumah je..


p/s: kadang2 malas,guna gak scrub dengan masker CCE punya..
buka tiub,picit2 terus tenyeh kat muka.


meh nak share cara saya buat facial hari itu.
saya buat malam sebab lepas buat kulit boleh relaks
dan kulit dibaikpulihkan waktu kita tidur.
keberkesanannya lagi mables di waktu malam.
ini fakta weh fakta !
ceceh beremosi datin yang seorang ini..bhahaha...datin konon..



 bahan yang digunakan.kuantiti agak2 je ok.


1) dalam bekas tu gula putih.saya letak dalam plastik dan tumbuk2 skit dengan lesung batu
nak bagi lebih halus.tak halus sangat pun takpe.kasar2 sikit baru feel scrub tu mables.

2) minyak zaitun jenama shurah.
guna je apa2 jenama yang sesuai.tapi toksah buang tebiat carik minyak zaitun
jenama petronas,minyak zaitun shell,minyak zaitun esso..
itu nak kene lempang namanya tu..

3) lidah buaya.bukan lidah jin..itu mak haku pun pandang sebelah mata je uollss..
takde napsu even hanya untuk hiasan..bhahaha punya demand mak hakus..

4) safi rania gel untuk keliling mata.
takyah berangan terus jadi mata  rozita che wan.
kalaulah boleh,takdan kat hangpa,sejuta tiub saya beli kang..over ke hape tah.

5) krim kunyit tia amelia.boleh je guna krim malam k.
sepatutnya malam2 saya pakai krim kunyit dengan krim pemutih tia,
tapi krim pemutih habis,pakai krim kunyit ja la.

6) pencuci muka tia.
jangan guna pencuci jamban.itu over eh..

7) headband untuk facial dan tuala bersih.


sepatutnya cuci muka dulu sebelum scrub.
tapi saya guna minyak zaitun kan,kang nak cuci kesan minyak kene cuci lagi muka..
so saya terus je scrub muka.


campur gula putih dengan minyak zaitun.
kuantiti tu agak2 je lah.jangan pekat sangat,jangan cair sangat,jangan buat banyak sangat.
buat untuk sekali guna ja ok.

sapu seluruh muka dan urut lembut dalam gerakan membulat selama beberapa minit.
elakkan kawasan mata dan bibir.
time nih rasa kasar skit tapi best betul..macam massage je eh..

pastu cuci muka dengan pencuci yang sesuai.
saya guna pencuci muka tia.
pasal ada minyak zaitun,mungkin kena cuci 2,3 kali  untuk hilangkan
kesan minyak tu.

tapi time cuci saya selalu rasa tak puas macam ade lagi kesan minyak,
tapi sebenarnya itu kesan kulit yang sangat licin dan lembut !
bukan minyak tau..hape daaa..selalu buat pun selalu nak pening2 sendiri..
very the @#$@#$%$#%

lepas lap muka dengan kain bersih,silalah ke step seterusnya iaitu masker.
p/s: lap muka bukan tonyoh2,tapi pedap2 muka dengan kain supaya air menyerap ok.

lepas scrub muka lembut dan licin sangat2.



 ambil lidah buaya yang fresh from garden..bhahaha..ayat nak hebat jek..
yang nak letak kat mata tu hiris bagi bentuk lebar2 dan letak jap dalam peti sejuk.
nak bagi effect cooling dan relaks kat mata nanti.

ambil daun lidah buaya tu dan sapu2 jeli dia tu kat seluruh muka
termasuk kat kawasan mata.takyah risau,kat kawasan mata pun boleh uollss..
jangan kau taruk kat dalam mata sudah..mana tau kot2 konpius ingat itu eyemo ke hape kan
kahkah..

pastu letak daun lidah buaya yang dalam peti ais tu kat bawah atau kelopak mata.
best betul..sejuk je rasa.
kat kawasan muka mungkin rasa tegang sikit.sikit je lah.


biar kering(dia macam menyerap kat kulit,bukan tegang2 macam masker biasa)
lepas dah kering tu cuci muka sampai hilang kesan jeli,lendir2 kat muka dan mata.
cuci dengan air bersih je.takyah guna pencuci muka dah.

lepas tu muka rasa lembut sangat2.



lap muka dengan kain bersih.
pakai gel untuk mata jenama safi rania.uolss boleh je guna apa2 brand yang sesuai.
pastu pakai krim kunyit tia.awak2 gunalah krim malam awak2 tu k.

kulit takde edit.saya tau eyebag dan dark circle itu sangat teruks..tapi nanti saya citer k.
time nih kulit saya kat tepi hidung dan dagu jadi kelupas dan merah2.
nape entah tapi selalunya akan ok semula.
lepas buat facial nih pun nampak ok  dah.jadi uolss kene try gak ok.


lepas buat tu TAAARRAAA...!
hasilnya kulit muka lembut sangat2 !
lembab !
licin !
agak cerah berbanding sebelum buat.kira takde kesan kusam dah !
tang mata tu rasa relaks sangat tak rasa dah letih2 !
fresh !
amboiii banyaknya tanda seru senah oiii..sekeh sikit,sekeh sikit..



KEBAIKAN(sumber dari google dan blog,tapi lupa blog yang mana).


ALOE VERA/LIDAH BUAYA:
anti penuaan dan atioksida.
vitamin C,vitamin E dan zink sebagai antioksida membantu melambatkan penuaan.
kandungan nutrisinya mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.
kandungan zat meresap ke kulit,melembabkan dan untuk awet muda.

kandungan PH dalam lidah buaya membantu mengawal minyak
dan jerawat.

mendinginkan kulit dan bagus untuk merawat kesan sunburn.

merawat kesan luka dan iritasi kulit tanpa meninggalkan parut.
ini terbukti dari pengalaman kakak saya sendiri.
dulu dia kemalangan dan muka luka teruk sangat2.memang TERUK !
paham2 lah kemalangan muka terseret kat jalan tar kan..
dia sapu lidah buaya hari2 sampai sembuh.takde parut langsung kesan luka tu.
TERBAIK OKES !

untuk mata pulak lidah buaya
boleh kurangkan sembab,eyebag dan cegah kedut.
mata rasa fresh dan relaks.


MINYAK ZAITUN:
melembabkan kulit.
melembutkan kulit.
menghalang kulit dari kerosakan akibat sinaran uv dan kanser.
tidak menyebabkan alergi.
tidak menyumbat liang pori.
mengandungi vitamin,mineral dan antioksida yang bagus untuk kulit.
anti penuaan.
menyembuhkan luka.


GULA:
agen penyental yang bagus.
menanggalkan kulit kering dan sel mati.
membersihkan
eksfoliasi/memperbaharui kulit.
kesan urutan.
tidak menyumbat pori dan tiada kesan sampingan.
menghaluskan kulit.
melembut dan menyihatkan kulit.
mencegah kemunculan jerawat.


mungkin ada yang akan cakap
"kulit saya minyak,takkan nak pakai minyak lagi?"
percayalah,awak tak cuba awak tak akan tau kesan dia macam mana.
tak kira apa pun jenis kulit,sila cuba dulu samada ok atau tak dengan kulit.
kalau tanya saya pun mana saya boleh tau sebab lain orang,lain kesannya.
cuba sendiri ok.
dan mesti akan ada yang tanya macam2 masker tradisonal saya pakai..
biasalah..saya suka tukar2 juga.


selamat mentry kawan2.
 kesan dari scrub dan masker ni sangat2 best !
mesti cuba tau.


like fanpage saya kalau sudi.
(sekarang saya dah tak approved sesiapa pun kat fb peribadi.
kecuali yang betul2 kenal..like page je k).


klik nuffnang nak bedah..amin.


tenkiu.